Isnin, 9 Julai 2012

KELEBIHAN SYAABAN (3)

5. DENGAN AMAL SOLEH DI KEHIDUPAN DI DUNIA INI AKAN MENJAMIN KEJAYAAN KITA
Amal soleh adalah kejayaan sebenar di dunia ini.
Firman Allah: Kahfi (18:45-46)
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا . الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلا

45. dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seperti air Yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
46. harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.

Segala nikmat kekayaan yang kita miliki, bukanlah jaminan bahagia di akhirat, yang paling penting ialah amalan yang kita lakukan dengan segala nikmat yang Allah beri.


Amal soleh adalah peneman di hari Akhirat
Sabda Nabi: 
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى وَاحِدٌ، يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
Bermaksud: Mengikuti mayat (ke kuburan) ada tiga perkara: Dua akan pulang dan satu akan kekal. Mengikutinya ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka ahli keluarganya akan pulang bersama hartanya dan tinggallah amalannya. HR Bukhari:6514, Muslim:7613

6. PELBAGAI CARA UNTUK BERBUAT AMAL SOLEH DI DUNIA INI
Firman Allah: Al-Baqarah (2:215)
وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Bermaksud: ............dan (ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya).

Firman Allah: Zalzalah (99:8)
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
 Bermaksud: Barangsiapa yang melakukan amalan sebesar zarah (atom), dia akan melihat kebaikan daripadanya.

Semua jenis pekerjaan yang diredai Allah, ia akan dihitung sebagai kebaikan.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ 
Bermaksud: Dari Abu Hurairah Katanya: Sabda Nabi SAW: Iman itu tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih pecahan. Yang paling afdal ialah perkataaan LA ILAHA ILLALLAH, sekecil-kecilnya ialah mengalihkan penghalang perjalanan, dan rasa malu itu juga sebahagian dari iman. HR Muslim:162

Jenis-jenis amalan yang boleh dilakukan (bukan ibadah utama atau rukun)
i- Membaca al-Quran. Sabda Nabi:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُول: الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Bermaksud: Barangsiapa yang membaca sehuruf dari kitabillah, maka baginya satu kebaikan, kebaikan ini diberi sepuluh seumpamanya. aku tidak katakan Alif Lam Mim, satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. HR TIrmizi: 3158, Disahihkan oleh al-Albani.

ii- Tasbih dan Zikir
عَنْ أَبِى ذَرٍّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالُوا لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ. قَالَ « أَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ 
Bermaksud: Dari Abi Zar bahawa datang sekumpulan sahabat Nabi, mereka bertanya kepada Nabi:Wahai Rasulallah, Ahli Duthur (golongan pencari pahala) datang dengan pahala-palaha, mereka solat seperti kami solat, mereka berpuasa seperti kami puasa, mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka. Sabda Nabi: Bukankah Allah telah jadikan bagi kamu apa yang kamu sedekahkan, sesuangguhnya setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah dan setiap tahlil (La IlaHa Illallah). HR Muslim:2376


iii- Berjalan ke masjid
أَلا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاةِ بَعْدَ الصَّلاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ
Bermaksud: Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang Allah akan hapuskan dosa dengannya dan mengangkat darjat. Mereka berkata: Ya, Wahai Rasulullah. Sabda Nabi: Sempurnakan lah wudu' walau ketika keadaan yang sukar, dan perbanyakkan langkah ke masjid dan tunggulah solat, setelah selesai solat. Itulah amalan yang terbaik (dengan mengikat diri dengan amalan itu) (HR Muslim 369)

7. PENUTUP: MALAM NISFU SYAA'BAN
إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَنْزِلُ اللَّهُ -تَبَارَكَ وَتَعَالَى- إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا، فَيَغْفِرُ لِعِبَادِهِ إِلاَّ مَا كَانَ مِنْ مُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ لأَخِيهِ
Bermaksud: Apabila malam nisfu Syaaban, turun Allah Taala ke langit dunia, maka Dia mengampunkan hamba-hambanya kecuali yang musyrik (melakukan syirik), atau yang memutuskan persaudaraan. HR Baihaqi, disahihkan oleh Al-Albani.

Menjauhi perkara BID'AH pada malam ini- termasuk mengkhususkannya untuk bangun malam atau pada siang harinya dengan berpuasa atau solat yang tertentu.

SIRI 1

SIRI 2
SIRI 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan