Ahad, 21 Disember 2014

141220- Rollerblade di Kompleks Sukan Air Labuan

Macam biasa pada hari Sabtu saya dan keluarga pergi bersarapan di tepi pantai berdekatan Hotel Tiara. Agendanya, makan dan duduk-duduk sebentar. Tengok anak-anak main di taman permainan.

Pastu ke Kompleks Sukan Laut WP Labuan. Selalu juga saya ke sini. Tapi bukan untuk melawat muzium, tapi main rollerblade. Alhamdulillah hari ni, kawasan ni kosong. Kadang-kala ada program di buat di situ. Kalau ada, kami main rollerblade di tempat lain.