Sabtu, 12 Oktober 2013

PENGALAMAN BELI KASUT SECARA ONLINE DI ZALORA :)

 Sekali sekala nak bercerita juga berkenaan hal kehidupan ni. Hehe. Takkan nak serius je muka kan? Hehe.
Saya biasanya membeli online melalui web lelong.my tapi kali ni nak mencuba pulak beli dari lain syarikat.

Bagaimana boleh timbul keyakinan membeli?
1.       Keraguan memang tak dapat dinafikan memang ada. Biasanya, kalau satu benda tu kita belum kenal maka tentunya sukar untuk terus berurusan. Bak kata orang putih “Trust must be earned”. Selama ini memang saya tak pernah jenguk laman web Zalora ni, kalau ada pun saya selalu buka Lazada, tapi tak pernah beli apa-apa pun.
2.       Kemudian ada rakan di ofis yang beritahu pernah beli melalui Lazada. Dia ceritakan bagaimana proses beli dari awal hingga habis, baru lah saya faham tentang cara pembelian di Lazada. Barang yang dibelinya juga dah sampai. Kurang dua hari katanya sampai ke sini Labuan.
3.       Jadi keyakinan dalam hati saya pun bertambah. Dari pembacaan di internet, ia menunjukkan Lazada dan Zalora adalah bernaung di bawah syarikat yang sama. Ini membuatkan saya terus membuat pembelian di Zalora.

Bagaimana proses pembelian?
1.       Pilih barangan yang diingini. Kasut contohnya. Kemudian pilih saiz.
 
2.       Tekan butang “ADD TO BAG”. Sekiranya masih ingin membeli tekan butang “CONTINUE SHOPPING”. Sekiranya telah selesai memilih maka tekan butang “GO TO CHECKOUT”.

3.       Kalau ada kupon, sila masukkan. Saya ada kupon 10%, jadi apa-apa harga yang dipaparkan akan dikurang lagi 10%. Kalau di web tertulis diskaun 26% maka barang tersebut akan jadi 36% lah kiranya. Haha.

4.       Selepas itu, daftar masuk. Paparan yang akan dilihat adalah seperti ini (contoh).
 Saya membayar menggunakan kad hutang (Credit Card), saya rasa lebih mudah guna ini.  Dan lagi satu sebabnya, ada tambahan lagi diskaun sebanyak 5% jika guna kad kredit. Itu yang membuatkan ia lebih menarik. Jadi saya masukkan butiran yang diperlukan.
 
5.       Untuk makluman, ketika ini pembelian masih belum muktamad lagi. Selesai sahaja menekan butang ”PLACE ORDER” maka urusan pembelian telah pun selesai. Anda akan dimaklumkan melalui emel sekiranya penghantaran telah dibuat.
Berapa lama penghantaran?
1.       Untuk makluman, saya berada di Labuan sekarang ini. Jadi penghantaran di alamatkan ke Labuan.
2.       Di bawah ini adalah gambar pembelian sebenar. Dibeli pada 7 Oktober 2013 jam 9.13 pm. Ia tiba ditangan saya pada 9 Oktober 2013.

3.       Jadi berapa hari kalau dikira? Kurang 48 jam. Saya rasa memang laju urusan penghantaran ini. Dan saya merasakan tiada halangan untuk saya membuat pembelian lain pada masa akan datang.

Berapa kos penghantaran?
1.       Ini adalah soalan pertama saya kepada kawan saya tempohari. Percuma? Macam tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Tahniah bagi Zalora kerana perkhidmatan yang cemerlang ini.
2. Di bawah ini kotak berisi barangan yang dipesan.

Komen berkenaan barang yang dipesan.
1.       Kasut yang dibeli sama seperti di laman web. Baju (untuk isteri saya) cantik, kain sedap dipakai.
2.       Komen? Alhamdulillah.
Itu lah kisah membeli di lazada. masa yang diambil untuk siap lebih dua jam. Hmmm sebab tu lah saya jarang update blog ni. Masa untuk update tak berapa ada. Ada kerja yang perlu lebih diutamakan berbanding blog. Tapi apa-apa pun, Insha Allah saya akan curi masa update blog ni. Hehe.

JOM PUASA HARI ARAFAH



Bilakah Hari Arafah?
Ia adalah hari ke Sembilan dari bulan Zulhijjah setiap tahun Islam. Ulama telah berijmak bahawa puasa Hari Arafah adalah seafdal-afdal hari untuk berpuasa.

Apakah kelebihan puasa pada hari Arafah?
Dan kelebihannya telah disebutkan dalam hadis:
جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :" صيام يوم عرفه أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده " [ رواه مسلم ] .

Bermaksud: telah datang dari Nabi SAW katanya: (berkenaan) Puasa hari Arafah, aku memohon dari Allah, agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya. HR Muslim.

Hukum puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji.

Bilakah bermulanya takbir raya dan apa lafaznya?


Berapakah jenis takbir hari raya Aidil Adha?
 
Takbir Hari Raya Aidul Adha ada dua jenis:

i.                    Takbir Mutlak bermula dari awal zulhijjah hingga hari raya. Boleh bertakbir di jalan, di pasar, di mina, dan sambil bertemu dengan yang lain dalam keadaan bertakbir.

ii.                  Takbir muqayyad iaitu yang terikat dengan selepas solat fardu. Khususnya apabila solat itu dilakukan secara berjamaah sebagaimana yang disyaratkan oleh kebanyakan ulama.
Dan takbir itu tidak terhad disuatu tempat, bahkan ia boleh di tempat solat hari raya, dalam perjalanan ke masjid, ketika duduk menunggu solat sebaiknya seseorang itu bertakbir dan jangan duduk senyap sahaja, sama ada pada hari raya Aidul Fitri atau Aidul Adha. Kerana hari ini (hari raya) adalah hari yang sepatutnya kita membesarkan syiar islam iaitu dengan bertakbir.

Bilakah bermulanya takbir hari raya Aidil Adha?

 Takbir Hari Raya Aidil Adha bermula dari fajar hari arafah dan terhenti waktu asar pada hari keempat. Dan takbir yang ma’thur ialah

"الله أكبر . الله أكبر . لا إله إلا الله. .. والله أكبر . ولله الحمد "

Dan ada lafaz yang berbeza sebagaimana disebut oleh Salman RA

" الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرًا "،


Lafaz takbir tidak yang ma'thur
1. Berkenaan berselawat ke atas Nabi selepas takbir (perkara ini di Malaysia tidak diamalkan secara meluas, namun ditulis disini sebagai Pengetahuan) dan apa yang berkaitan dengannya dari zikir-zikir, ia tidak disebutkan dalam hadis Nabi SAW seperti lafaz:
 
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا محمد وعلى أنصار سيدنا محمد و أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليما كثيرا ..
Di atas adalah sebahagian lafaz takbir di Negara arab seperti di mesir . Lafaz ini tidak diamalkan di Negara kita.

Selawat ke atas Nabi adalah perkara yang telah disyariatkan tidak mengira waktu untuk diamalkan. Perbuatan mengkaitkan dan menetapkan lafaz sebegini pada waktu ini (pada lafaz takbir) adalah tidak pernah disebut oleh Nabi SAW dan tidak dari para sahabatnya.
2. Begitu juga dengan lafaz yang kita biasa dengar berkaitan dengan takbir raya iaitu:

" لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وهزم الأحزاب وحده ...
 
Ia sebenarnya tiada dalil yang mengaitkannya dengan hari raya. 


Kemudian berkenaan takbir muqayyad selepas setiap solat, ia bermula dari solat fajar hari arafah (subuh hari raya), dan berterusan sehingga dua puluh tiga solat fardu iaitu hingga hari keempat raya. Di mana takbir terhenti selepas solat asar pada hari itu (takbir yang terakhir ialah takbir selepas solat asar). Wallahu a’lam. 

Jadi, apakah Lafaz takbir sebetulnya?

Para ulama berselisih faham kepada beberapa pendapat:

Pertama: الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد

Kedua: " الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد "

Ketiga: " الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد

Dalam lafaz takbir ini, ia adalah luas kerana ketiadaan nas dari Nabi SAW yang menunjukkan lafaz perlu ditetapkan begitu atau begini.
 
Dipetik dan diterjemah dengan beberapa perubahan dari sini