Rabu, 23 Disember 2009

Kiamat dah dekat....??

Sekarang ramai yang bercerita pasal filem 2012, aku bukan kaki gi wayang so aku tak nengok lagi filem ni. Apa yang aku tahu sinopsis filem ni, rentetan berlakunya kiamat di atas muka bumi.

Kalau dari segi sains, memang setiap sesuatu yang dicipta atau tercipta akan mengalami proses kematian. Bintang, matahari dan semuanya kecuali Zat-nya yang maha suci. Motorsikal yang kita miliki, hari ini baru, beberapa ketika ia akan usang dan akhirnya tidak boleh digunakan lagi. Rumah pun sama jugak, hari ni kita beli rumah dengan rekabentuk yang paling canggih dan diubahsuai dengan harga yang mahal, namun setelah itu ia akan tetap menjadi ketinggalan zaman apabila tiba waktunya dan tetap menjadi buruk dan lama kelamaan ia mungkin akan roboh.

Tiada suatu pun yang kekal atas muka bumi ini. Diri kita yng kita selalu lihat di cermin, hemsemnya aku, jelitanya aku, aku kena beli pencuci muka, alat solek, dan sebagainya. Tidak sedarkah kita semua kita akan menjadi tua dan akan menghampiri mati.

كل شيء هالك إلا وجهه
Maksudnya:setiap sesuatu (akan) musnah kecuali Zat-nya.

Banyak tanda kiamat yang telah muncul sepertimana yang di nyatakn oleh Nabi SAW, kalau tidak silap, lebih dari 60 tanda yang disebutkan (kebanyakannya tanda-tanda kiamat kecil), contohnya:
1. Manusia akhir zaman berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi
2. Perempuan lebih ramai dari lelaki.
3. Dan lain lain lagi.

Ada lagi tanda-tanda kiamat kecil yang belum berlaku. Seperti ……(tak ingat daa). Dan yang paling utama adalah tanda-tanda kiamat besar seperti munculnya imam mahdi dan turun nabi isa dengan membawa syariat nabi Muhammad.

Yang aku nak persoalkan di sini adalah bgaimana kiamat boleh berlaku sekiranya tanda-tanda besar seperti yang dijanjikan di dalam hadis, masih tidak berlaku. So nak percaya hadis ke? Atau nak percaya propaganda orang barat. Diorang buat tu sekadar perniagaan filem. Kita pulak mempercayainya. Susahlah macamni kalau orang islam sendiri percaya benda yang tiada asas yang jelas. Ia lebih kepada ramalan yang dibuat leh nostradomus. So sebagai orang islam marilah kita kembali kepada ayat quran yang berbunyi:

يّسًأّلٍونّكّ عّنٌ السَّاعّةٌ أّيَّانّ مٍرًسّاهّا قٍلً إنَّمّا عٌلًمٍهّا عٌندّ رّبٌَي لا يٍجّلٌَيهّا لٌوّقًتٌهّا إلاّ هٍوّ ثّقٍلّتً فٌي السَّمّوّاتٌ والأّرًضٌ لا تّأًتٌيكٍمً إلاَّ بّغًتّةْ يّسًأّلٍونّكّ كّأّنَّكّ حّفٌيَِ عّنًهّا قٍلً إنَّمّا عٌلًمٍهّا عٌندّ اللَّهٌ ولّكٌنَّ أّكًثّرّ النَّاسٌ لا يّعًلّمٍونّ}

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-a’raf :187)

Hari kiamat, tiada siapa yang tahu waktu terjadinya. Apa yang perlu kita lakukan adalah kita beriman dengan apa yang di bawa oleh nabi SAW dan dan amalkan nya tanpa ragu-ragu dan serahkan urusan kiamat kepada allah. Dan lagi satu takyah banyak fikir bila nak kiamat, kalau sembahyang pun tak cukup, masjid pun pernah jenguk, asyik dok depan tv jer.
Perbaiki diri kita, jadi muslim contoh kepada yang bukan islam. Sekian….