Isnin, 20 Januari 2014

Arghhh! Susahnya menjaga hafazan quran.

ru_01.5

Hafaz quran. Dengar seperti mudah. Nampak macam senang. Yup memang senang. Senang kah? Nak jaga, itu yang bermasalah bagi kebanyakan orang termasuk lah diri saya sendiri.

Bercerita tentang penjagaan halazan quran, sukar tapi tidak mustahil. Mahu atau tidak sahaja. Betul tak? Dalam keadaan bekerja sekarang ini, masa untuk membuat ulangan bacaan al-quran agak terhad. Waktu kerja 8.00 am hingga 5.00 pm. Kalau benar-benar tiada apa nak dibuat di pejabat, baru lah saya curi-curi masa untuk baca.

Ditambah pula dengan masa untuk anak dan isteri. Anak nak itu, isteri nak ini. Tu belum hal-hal rumah lagi. Masa untuk masyarakat lagi, biasanya dari lepas maghrib hingga isyak. Kadang-kala saya merasakan, “Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk sentiasa ingat ayat-ayatMu”. Doa mesti serentak dengan usaha. Itu tanda orang yang berjaya. :)

Antara langkah yang saya lakukan adalah dengan membuat jadual harian dan mewajibkan (memaksa) diri untuk ikut jadual. Kalau saya buat jadual untuk diri saya, lepas itu saya sendiri yang tak ikut. Betul ke orang macam ni? Sihat ker? Jadi, nak tak nak kena ikut ler. Hehe.

Zaman sekarang telefon bimbit kan semakin canggih, jadi saya buat tetapan jadual di dalamnya. Ia akan mengingatkan saya juzuk berapa yang mesti saya baca pada hari ini, esok dan seterusnya. Kalau tak, saya nanti baca ikut sedap sahaja.

hafazan1

Antara cara lain lagi ialah saya mendaftarkan diri untuk Bantuan Menghafaz Quran yang diadakan oleh Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pihak MAIWP akan mengadakan Ujian bagi peserta yang mendaftar.  Di Labuan ujian diadakan setahun sekali. Kalau di tempat lain, rasanya setahun dua kali sesi ujian hafazan. Ini antara medan yang saya gunakan untuk menguji tahap ingatan al-Quran saya. Jadi, bila tahu tarikh ujian ini akan diadakan, semangat nak mengulang pun jadi lebih sikit. Banyak juzuk di boleh habis dalam sehari. Ini hanya sebagai pemangkin dan penggalak sahaja. Tapi kalau ada saguhati yang diberikan oleh MAIWP itu adalah bonus untuk orang yang menghafaz Quran , dan moga dengannya banyak lagi sumbangan yang boleh diberikan oleh golongan penghafaz quran di seluruh negara.

Ada lagi cara yang saya bercadang nak buat tapi sehingga kini masih tertangguh, iaitu menggunakan khidmat guru muqri. Cara ini memerlukan saya guru al-Hafiz untuk mendengar tasmik (bacaan) saya. Saya bercadang untuk tasmik dengan ustaz masa saya belajar di Maahad Hafiz Klang dulu. Cuma, masa dan tempat tidak mengizinkan saya berbuat demikian. In Sha Allah bila ada kesempatan nanti saya akan berjumpa dengannya. Kalau dengan cara ini saya bercadang kalau boleh setiap kali pertemuan saya tasmik 5 juzuk. Ia makan masa paling cepat 2 jam 30 minit. Entahlah, bimbang kalau masa yang diambil ini terlalu lama. Tapi takpelah ini cuma perancangan. Pelaksanaan nanti kita berserah kepada Allah.

panduan-memelihara-hafazan  Antara tips yang diambil dari internet

Kalau ada lagi cara lain yang saya gunakan untuk jaga hafazan saya, saya akan berkongsi dengan anda. Ok, sampai sini sahaja. Baca juga tulisan saya yang lain. Wasalam.