Isnin, 11 Januari 2016

PANTAI REMIS DI PETANG SABTU

Kali ni bawak anak-anak pergi ke pantai Remis Jeram. Ala bukan jauh pun. Pantai belakang rumah jer. Bukan betul-betul belakan rumah, tapi dekat betul lah, dan terletak di jalan belakang rumah untuk ke sana. 

Biasanya jarang ke sana. Entah lah tak tahu apa tarikan yang ada. Laut pun tak boleh dibuat mandi. Gerai meniaga memang banyak, jadi kalau pergi duit tu memang terbanglah.. hehe. Budak-budak nengok mainan, makanan, air, merengek-rengek nak. 
Ramai orang di sini petang ni. Tak sangka ramai. Mungkin semua pun macam saya, datang sekadar nak hiburkan anak-anak daripada terperap kat rumah. Saya pun naik boring jugak tak de buat apa-apa di rumah. jadi tu yang ajak ke sini. Alhamdulillah parking senang dapat walau jalan sesak pada petang tu.

BELI MOTOR TANPA RIBA?

Saya dah beberapa kali membeli motor. Suzuki 120 RG Sport, Modenas Kriss 120 dan yang terkini Yamaha LC135.

Dua motor saya beli secara cash dan satu secara hutang kedai. Yang tunai tu alhamdulillah. Yang hutang kedai ni, saya tercari-cari yang boleh menjual secara islamik. Tapi menghampakan, tak ada yang boleh dan tahu jual beli secara Islam memandangkan 99% kedai motor adalah pemilikan non muslim. tak hairanlah jika tawaran yang diberikan hanya secara konvensional.

Saya tidak punya pilihan lain pada ketika itu. Kisah lama sebenarnya, tahun 2008 dahulu. Sekarang pun saya masih tak pasti kedai mana yang boleh jual secara islamik.

kalau secara konvensional (harga jual + bunga) bahagi bulan pinjaman = bayaran bulanan. Di sini bayaran yang di bayar bukan harga jual, tapi harga yang berubah setelah dicampur dengan bunga.

contoh: sekadar contoh. bukan harga motor saya. hehe.

Harga Motor: RM37500.00 + GST RM 2250.00= RM 39750.00
Kadar bunga: +- 5%. setahun.  berbeza ikut kedai. kat sini saya main letak jer.
Kadar bunga setahun=  RM39750.00 x 5%=  RM 1987.50

Kadar bunga 5 tahun (ini kalau nak pinjam 5 tahun lah): RM 1987.50 x 5= RM9937.50

Kadar bayaran bulanan = (RM 39750.00 + RM 9937.50) bahagi 120 bulan = RM414.10

dalam kiraan di atas, harga jual tidak sama dengan harga akhir yang dibayar. Sepatutnya harga jual tidak berubah. Pertambahan inilah dipanggil riba. Dan dalam satu jual beli hanya boleh ada satu harga sahaja untuk satu barang yang dibeli. Riba dalam transaksi ini ialah RM 9937.50. Tu kalau sorang yang buat riba, kalau 10 orang berapa agaknya riba yang dijana. Kalau seratus? Lagi banyak... tu belum kira berapa banyak motor atas jalan.

Dalam transaksi riba, kelewatan pembayaran akan menyebabkan denda dikenakan. Dan hutang menjadi semakin banyak setiap kali denda dikenakan. Hutang + denda dan kadar bayaran baru adalah dikira selepas jumlah baru tadi dikira. Riba atas riba.

Kalau secara islamik: (Harga jual) bahagi (bulan pembiayaan) = bayaran bulanan.

Harga jual: Disebabkan transaksi jualbeli ini secara ansuran, maka kedai akan membuat pengiraan lain berbanding harga tunai. Harga tunai = RM 39750.00 atas jalan.

Setelah mengambil kira kadar keuntungan yang perlu diperoleh oleh kedai maka kedai menjual motor tadi dengan mengambil keuntungan sebanyak 5% menjadikan harga jual motor tadi sebanyak :RM 49686.50.

Jadi motor dijual dengan harga yang dipersetujui bersama iaitu RM 49686.50. Ini harga jual yer. Jadi lepas ni takde lagi pertambahan ada harga. Harga dah tetap.

Pembanyaran bulanan sebanyak RM 414.10.

Apa beza dengan transaksi di atas?

yang pertama ada pertambahan pada harga ketika akad. Pertambahan=riba.
Pada yang kedua harga adalah sama tanpa pertambahan. Tiada pertambahan= tiada riba.

Apsal tak jual murah-murah, dah kata takde riba.
Penjual berhak menjual barangannya mengikut apa yang dirasakan sesuai. Namun, pembeli ada hak untuk membuat penawaran untuk menurunkan harga. Jadi jadilah pembeli yang bijak (berfikir untuk kehidupan dunia dan akhirat)



KEHILANGAN BUKU REKOD KESIHATAN ANAK

Satu benda yang memang dianggap tidak penting ialah Buku rekod kesihatan anak. Saya dah lama tak bawak anak pergi klinik untuk imunisasi dan tak pasti pada umur berapa yang perlu diimunisasi.

Sekarang pulak, barulah menggelabah mencari buku yang entah dimana letaknya, setelah beberapa tidak dipedulikan. Sebabnya: anak saya masuk darjah satu 2016. Cikgu sekolah minta buku tu. 

Apa yang perlu dibuat?
Saya cari no telefon Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkenaan perkara ni, saya disambungkan ke bahagian pembangunan kesihatan, dan dari situ saya disambung ke satu unit, saya tak pasti unit apa. Saya diminta menghubungi klinik kesihatan yang pernah dikunjungi untuk imunisasi anak. Saya terbayang Labuan. Dulu tinggal di Labuan, dan pernah bawa anak ke Klinik Kesihatan di sana. 

Yes. Dah ada jalan nak selesaikan. Tapi... yang jadi masalah, saya dah tidak tinggal di Labuan. Tapi apa pun saya hubungi Labuan untuk bertanya berkenaan perkara ini. Saya diminta menghubungi Bilik 7 dan saya diberi no telefon untuk dihubungi. Setakat ini saya belum call Bilik 7 tu. Mungkin ada yang tertanya apsal bilik 7. Bilik tu memang khas untuk urusan kanak-kanak.

Baru sahaja hubungi klinik tu, butiran anak saya berikan dan pegawai yang menjawap panggilan menyatakan akan menghubungi saya berkenaan hasil pencarian rekod suntikan anak di sana. Jadi sekarang ini saya akan menunggu hingga dapat hasil carian dan selepas itu saya akan memaklumkan kepada pihak sekolah.