Isnin, 15 Februari 2016

Beli barang via Lazada- Express delivery

Semalam (14 Feb 2016, 5.30pm) beli telefon bimbit melalui Lazada menggunakan penghantaran ekspress. Kalau ikut dalam website dijangka sampai hari ini 15 Feb 2016. Setakat sekarang (12.10pm) ni belum sampai lagi. Biasanya penghantaran ekspres ni untuk kawasan dalam wilayah jer.

Haaa... tu lah telefon yang dibeli. Harapnya performance sama hebat seperti yang tercatit di atas kertas.

Kalau guna alamat rumah saya, tiada penghantaran ekspress disediakan.  Hanya penghantaran biasa. Saya beli telefon ni setelah membuat perbandingan dengan banyak jenis telefon di pasaran. Telefon ni didapati antara yang paling tinggi spesifikasi dalam kelasnya yaitu kelas pertengahan dan harga dalam bajet saya. Kalau nak cari yang hi-end, kena berhutang lah nampaknya, guna kredit kad. Kredit kad ni bahaya kalau dah terlalu banyak komitment, takut tersangkut bayaran, dia punya bunga kembang semangkuklah nampaknya. Beli tunai pilihan yang paling baik buat saya masa ini.


KEHILANGAN BUKU KESIHATAN ANAK (UPDATED)

Pertama-tamanya, alhamdulillah, buku tu dah jumpa. Sebenarnya saya pun memang dah tak ingat letak buku tu di mana. Maklumlah berpindah randah. Dulu kerja di Labuan, sekarang dah balik semenanjung. Barang-barang masa pindah tu, apa yang boleh muat dalam kotak-kotak tu, semua disumbat. Hehe.

Berbalik kepada buku tu, cari dalam rumah yang saya duduki sekarang memang tak jumpa. Dah punggah kotak-kotak yang belum dibuka. Teringat dalam kereta yang dah jual hari tu. Sebabnya, rasa macam ada terlihat dalam kereta tu. Kereta Kelisa tahun 2004. Tapi entahlah, rasanya masa nak serah pada pembeli hari tu, dah keluarkan semua barang dalam kereta.

Bukan apa nak cari buku ni. Pihak sekolah anak minta untuk direkodkan nanti kalau-kalau ada pemvaksinan imunisasi pada masa akan datang dan untuk melihat rekod suntikan yang telah diambil semasa kecil.

Setelah cari tak jumpa-jumpa. Masa pun berlalu, sehari, dua hari, seminggu dua minggu. Kemudian saya lihat buku tu ada dalam bilik. Hairan sungguh, hari tu semasa cari memang tak jumpa, tapi hari ni pula ada. Saya pun bertanya kepada isteri "Jumpa kat mana buku ni?". Jawab isteri "Kat kampung". Di kampung rupanya. Patutlah cari di rumah tak jumpa. Katanya adik ipar yang carikan dalam dua peti plastik yang disimpan di kampung.

Alhamdulillah jumpa. Hilang resah dan susah hati.