Selasa, 20 November 2012

Balik ke Tanjung Karang - Part 2


Segala kisah di bawah berlaku pada 18 Oktober 2012. Baru hari ini saya berkesempatan muatnaik cerita dan kisah ini.
_____________________________________________________________

Sekali lagi pengumuman, tapi kali ini meminta kami mengambil kupon makanan di kaunter Airasia. Beratur ambil kupon lima minit.

Sekarang dah ambil kupon. Beratur lagi sekali di hadapan reatoran Jesselton pula. Jarang sekali saya makan di restoran ini. Melainkan keadaan yang sebegini. Pengalaman penerbangan LEWAT di Labuan ini adalah kali kedua.

Entah apa menu yang disediakan di sini. Harapnya yang sedap lah. :)  .
Tadi masa saya beratur untuk mengambil kupon makanan, risau juga rasa, sebab saya tak ambil insuran. Tak tahu termasuk sekali atau pun tidak pakej makanan jika berlaku kelewatan seperti ini. Jadi, saya beranikan diri -alhamdulillah-ada kawan2 satu pesawat, Us Sharudin (USIA) dan tuan hakim mahkamah syariah WPKL.

Kupon dah dapat, makanan pun dah dapat. Alhamdulillah. Cuma tadi agak kelam kabut sedikit kerana petugas memberitahu nasi belum masak. Lalu kami beramai ramai meminta ditukar menu lain. Dapatlah roti sanwic. Ok lah tu.

Berkejaran pula untuk naik ke pesawat kerana pengumuman menaiki pesawat telah diumumkan. Terlihat di skrin monitor yang menayangkan jadual penerbangan tertera PANGGILAN AKHIR.
Masuk ke dalam pesawat, masih banyak kerusi kosong. Harapnya semua sempat masuk sebelum pintu ditutup.


Kelihatan satu-persatu penumpang masuk mengambil tempat masing-masing dalam pesawat.
Sekarang kami berada dalam pesawat dan sedang dalam perjalanan ke LCCT dijangka tiba pada 4.10pm.
Soalan dalam minda saya, bilakah saya akan sampai ke kampung?? LCCT -KL Sentral-Klang-Tanjung Karang. Malam kot.

Adakah ini ujian daripadaNya? Allahu a'lam. Ujian dari Allah datang dalam bentuk yang berbeza dan dalam kemampuan setiap hambanya. Cumanya kita sebagai hambanya perlu sentiasa berusaha dan bertawakkal kepadanya. Dan dalam diri perlu sentiasa beringat bahawa Qadarallahu wa ma yasha'u fa'al Allah mentaqdirkan dan apa yang dikehendakiNya berlaku. Reda atas segala ketetapanNya, inilah yang menjadi keutamaan. Gembira, sedih, senang, susah, kaya, miskin. Allah menyukai/mengasihi orang-orang yang sabar.
Sabarkah kita??
Sambung lagi nanti :)  .


Balik ke Tanjung Karang....


Perjalanan di bawah bertarikh: 18 Oktober 2012 lalu. Baru hari ini berkesempatan untuk muat naik kisah di sini.
______________________________________________________________________________
Hari ni bertolak balik ke kampung halaman di Tanjung Karang.

Menaiki penerbangan Airasia. Harga tiket lebih kurang RM 250+- pergi dan balik.
Semua penumpang dah dipanggil masuk ke dalam pesawat. Mencari tempat duduk masing-masing. Ya, tempat duduk saya 15B. Tengah rupanya. Masa daftar masuk di web tidak perasan lagi. Ye lah, saya tekan next, next, next... Nak cepat. Ermmm tak pelah. Mana-mana pun sama. Yang penting sampai ke destinasi.

Bila hati dekat dengan Allah


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ (18)
18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.


Surah at-Taubah 9:18

Mari kita baca... ;)

Masjid (rumah Allah) di Malaysia ini biasanya tersergam indah. Kenapa? tak betul ker? Jom Lihat di bawah ini.