Sabtu, 2 Jun 2012

Bank Tenaga: Yoobao 11200 mAh

Apa khabar? Kali ni terasa nak buat ulasan (review) berkenaan peralatan elektronik yang sedang digunakan. Dalam bahasa orang putih, benda ni disebut POWER BANK YOOBOA 11200 MAH.

Apa gunanya? untuk mengecas peralatan elektronik seperti telefon bimbit dan internet pad. Jenis hp yang boleh guna alat ni untuk mengecas adalah:

1. iPad, iPad2, iPhone4, 4G,4GS,3GS, 3G, iPod Touch
2. Motorola Droid
3. HTC Android
4. Blackberry
5. Samsung Galaxy S
6. dan banyak lagi

Kenapa saya beli? Ermmmm. Hp yang saya gunakan sekarang ni iaitu Samsung Galaxy SII, rasanya kuat makan bateri. antara sebabnya saya selalu melayari facebook dan Internet. Jadi bateri memang cepat habis.


Kalau tak ke mana2, (dok labuan je tak pe), tapi disebabkan kadang2 lupa nak cas atau berjalan jauh, fikir punya fikir saya beli lah alat pengecas ni. Setakat ni OK, ALHAMDULILLAH. Dah sebulan guna pun. Warranty 1 tahun dari syarikat. Kalau tak silap.

Harga berapa? Saya bukan penjual tau. Saya beli di lelong.com.my. Harga RM 100 lebih je. Tak sampai RM200. Boleh cari kat situ,ok. Penghantaran melalui pos SKYNET oleh penjual. Hari tu, tengok di Maybank Supersave jual dengan harga RM 300 lebih.

Gambar Atas sekali: Ini lah rupa bentuknya. Tak besar pun. 
Gambar kedua: 5 Lampu LED. Setiap satu menunjukkan 20 peratus kuasa.
Gambar Ketiga: Kabel pengecas. Yang saya tunjukkan tu adalah penyambung USB (saiz standard) dan yang kecil tu mini USB. Saya tunjuk yang ini sebab saya guna Samsung S2. Banyak HP sekarang ni dah guna mini USB. Bagi yang guna HP lain jangan risau penyambung seperti yang dinyatakan di atas ada disertakan sekali.

Kat bawah ni spesifikasinya.

Specification

Device Type: Power Bank, Model:YB642

Capacity: 11200mAh

Weight :253g

Volume:120*75*25mm

Input: 5V^^-1000mA; Output: 1 DC 5.3V-1000mA(max); 2 DC 5.2V-2000mA (MAX)

Standard: GB 4706.18-2005

Color : White

Berapa kali boleh cas HP. How many times hp can be charged in one cycle? Entahlah, saya tak pernah uji pulak. Sebabnya kalau saya cas HP, saya tak tunggu bateri HP penuh . Sambil cas sambil guna HP.

Macamana nak cas bank kuasa (power bank) ni bila dah habis kuasa? oooh ada dua cara. 
1. menggunakan sambungan ke kuasa elektrik ke plag 3 pin. 
2. sambung ke USB komputer. 
Saya pun tak berapa tau masa yang digunakan untuk cas bank kuasa ni hingga penuh. Mungkin 3,4 atau 5 jam. Tak Pasti. Sori ekk.

Syor untuk anda? Bagi yang menggunakan smartphone biasanya amat memerlukan sambungan untuk mengecas. Kalau dah beli ni, lapang sikit dada kalau nak jalan jauh tempat yang susah nak cas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan