Jumaat, 2 Disember 2011

Muallaf Pakai Tudung???

Baru-baru ini aku terbaca di internet tentang seorang pereka fesyen muallaf. Namanya HANA TAJIMA SIMPSON.Rasa-rasanya pernah dengar tak nama ni. Kaum Wanita mungkin kenal, itu pun jenis yang minat bertudung kontemporari la.

Sekali dengar, rasa macam bunyi nama jepun je. "Ooooh ni muallaf Jepun la agaknya". Di bawah ni gambarnya:

Apa yang aku tertarik adalah usaha Hana untuk memakai pakaian sebagaimana yang dituntut oleh islam. Tudung digayakan dengan gaya terkini, mudah-mudahan para wanita yang kurang minat bertudung apabila melihat Hana bertudung ia diambil sebagai contoh atau role model.

Ini antara biografinya:

Nama: HANA TAJIMA SIMPSON
Umur: 23 Tahun
Memeluk Islam Pada : Umur 17 tahun
Kerjaya : Pereka Fesyen
Warganegara: Britain
Keturunan: Darah Campuran British dan Jepun
Membesar di Britain


Perkataan 'MUALLAF' bermaksud yang dilembutkan hatinya menerima Islam. HANA selepas memeluk Islam dia seboleh-bolehnya ingin menurut cara yang dituntut Islam dalam berpakaian. Hatinya begitu lembut untuk menerima perintah Allah dalam hal bertudung.

Tidak seperti adik-adik kita, kakak-kakak kita, makcik-makcik kita yang telah lama memeluk Islam, atau pun lahir dalam keadaan ISLAM yang apabila ditanya kenapa belum bertudung, "belum sampai seru" jawapannya. Ini tidak dipanggil Muallaf (orang yang dilembutkan hati) tetapi mereka telah menjadi "orang yang telah KERAS HATINYA".

Kerjaya HANA tidak menghalangnya menjadi seorang muslimah yang baik (A GOOD MUSLIM).

"Nak pergi Umrah?"

Ada orang ajak pergi umrah. Kawan-kawan. Bukan tak nak pergi. Bukan pasal duit, ermmm duit pun satu hal juga. Tapi yang lebih difikirkan, "tak kan aku nak pergi sorang-sorang je?". Lagipun aku dah pergi umrah. Isteriku belum pernah lagi, jadi aku rasa tak perlu lah aku nak pergi lagi, kalau bukan bersamanya.

Umrah sepertimana yang diketahui hukum mengerjakannya adalah Sunnah Muakkadah. Walaupun begitu ada pendapat yang mengatakan bahawa ia wajib sama seperti haji.

Berdasarkan Ayat:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
bermaksud: Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah..AlBaqarah (2:196)

Walau apa pun, sama ada ia sunnah muakkadah atau wajib, aku telah melaksanakannya. Lepas tanggungjawab la gitu.

Bukan tak nak pergi lagi. Tapi sekarang ni banyak benda yang sedang bermain dalam fikiran. Simpanan pun bukan banyak mana. Tapi insya-Allah bila sampai masa, aku kan pergi jua untuk kesekian kalinya.