Jumaat, 11 Disember 2009

Rokok......kenapa?

Kenapa? Kenapa mesti merokok? Kepuasan? Apa yang puas? Entahlah, tapi yang pasti aku tidak suka bau asap. Tak kira lah asap apa sekalipun. Asap rokok ke, kereta ke motor ke, semua aku tak suka. Aku terfikir apa sebab orang merokok. Macamana mereka boleh termerokok?

Aku masih lagi memikirkan rasionalnya merokok. Kalau kita lapar kita makan nasi. Kalau dahaga kita minum air. Kita tidur sebab kita mengantuk. Setiap sesuatu ada sebab dan tujuannya. Kalau merokok? Sahabat-sahabat kita yang merokok tentu lebih mengetahui. Tapi takpe lah, aku tulis di sini adalah berdasarkan pemerhatian aku. Mungkin ada yang setuju, dan ada yang tidak setuju.

Kalau rokok kita makan atau sedut asap. Asap ini melalui rongga tekak ke arah paru-paru yang menapis asap ini dan akhirnya terbitlah ia sama ada dari hidung atau mulut. Tidakkah kita tahu bahawa asap yang kita sedut itu berbahaya. Aku tak tau macamana nak tegur orang yang merokok supaya tak merokok. Tegur salah, tak tegur lagi salah.

Korang perasan tak orang merokok ni tak kira masa dan tempat kalau diorang ni nak merokok. Harap korang yang baca ni tak la merokok, daripada merokok sedekah lah banyak2 kat masjid, lagi baik.