Rabu, 10 September 2014

MELIHAT RASULULLAH

Rasulullah telah meninggal dunia. Umar RA ketika meninggalnya Nabi SAW, beliau tidak dapat menerima hakikat kematian Nabi SAW. Lalu beliau ditenangkan oleh Abu Bakar RA yang menyatakan kepadanya: Jika engkau menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Jika engkau menyembah, maka Dia lah tuhan yang maha hidup lagi tidak mati.

Jadi para sahabat ketika itu telah, secara rela dan dada terbuka, menerima kematian Nabi SAW sebagai kematian yang benar-benar berlaku. Istilah “mati” yang difahami oleh para sahabat ketika itu ialah berpisahnya jasad dari roh. Dan para sahabat Nabi SAW juga sememangnya tahu kewujudan ayat yang berbunyi:

Jannatul_Baqi_Madinah

Firman Allah:

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢا‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ (١٦٩)

Bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Penerangan ayat

Hidup dalam ayat di atas bukan sebagai mana kita hidup. Kita juga tahu bahawa orang yang mati syahid jasad mereka berada di bumi. Jasad mereka tidak diangkat oleh Allah ke langit.

Dan kalau kita lihat dalam hadis yang menyebut Isra dan Mikraj, Nabi SAW bertemu dengan para Nabi dari langit yang pertama hingga langit yang ke tujuh. Walaupun begitu semua para sahabat memahami bahawa mereka dahulunya telah meninggal dunia. Dan kehidupan mereka bukan seperti kita hari ini yang memerlukan makanan untuk tubuh fizikal yang sentiasa akan merasai kematian.

Mereka juga tahu bahawa orang yang telah mati tidak kembali lagi ke dunia ini. Para sahabat Nabi SAW adalah orang yang paling tinggi keimanannya selepas nabi SAW. Dan bandingannya dengan iman kita pada hari ini adalah sebagaimana yang disebutkan Nabi SAW pada sabdanya:

mosqueuhud++

 

[عن أبي هريرة _رضي الله عنه_ قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ( لا تسبوا أصحابي لا تسبوا أصحابي فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه )

[10]10] رواه البخاري (3470 ) ومسلم (2540) واللفظ له

Bermaksud: Jangan kamu mencela sahabatku, kalau lah kamu menafkahkan emas yang kamu miliki sebesar bukit uhud, ia tidak akan sama dengan secupak gandum yang diberikan oleh para sahabat, juga tidak sama dengan separuh darinya.

Siapa di antara para Nabi dan rasul yang tidak mati hingga hari ini?

Para ulama bersepakat bahawa satu-satunya Nabi yang tidak meninggal dunia, secara ijmak, adalah Nabi Isa. Jadi kalau kita kata bahawa Nabi Muhammad sentiasa mendatangi majlis zikir – bagi yang mendakwa demikian- maka apa beza dengan mati atau tidak mati. Soalannya nabi Muhammad telah meninggal atau belum?

Adakah sahabat Nabi SAW sentiasa melihat Nabi SAW secara sedar, setelah kewafatan Nabi SAW?

Iman para sahabat, tidak boleh dinafikan, iman yang tertinggi dari kalangan umat Nabi SAW. Bagi yang mendakwa bahawa mereka – sahabat nabi- sering berjumpa Nabi secara yaazah –secara sedar, maka perlu mendatangkan hadis-hadis yang menyokong dakwaan mereka itu. Ini perkara agama, bukan benda main-main, ia perkara serius. No money no talk- eh silap- No hadis no talk…. nonsense..ok.

Kalau mereka menyebut bahawa sahabat nabi tidak melihat Nabi SAW secara jaga- yaqazah-,  tetapi mereka mendakwa bahawa diri mereka –sesetengah golongan kumpulan tarekat- telah melihat nabi secara sedar – jaga- yaqazah-, maka seolah-olah mereka ini lebih hebat dari keimanan para sahabat. Sedangkan sahabat nabi sendiri tidak melihat nabi secara sedar –yaqazah- setelah kewafatan Nabi SAW.

Benarkah mereka –golongan melampau ini_ melihat Nabi SAW dalam majlis mereka?

Green-Eyed-Cat-Wallpaper-eyes-28331395-1413-1060Gambar hiasan sahaja 

Sebenarnya apa yang berlaku ialah mereka hanya mendakwa bahawa Nabi SAW hadir ke majlis mereka. Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang melihat tubuh badan Nabi SAW. Para pengikut pula hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Tok Guru (SheikH)  mereka.

Nasihat saya kepada golongan yang taksub (fanatik buta)

fanatic_9 Gambar hiasan sahaja

Tunjukkan dalil dari mana datangnya kepercayaan sebegini. Jika tidak ada dalil,maka kita perlu tinggalkan ajaran yang songsang ini, yang tidak berdiri di syariat yang nyata.