Rabu, 3 September 2014

2014 Feb. JALAN-JALAN MAKAN ANGIN: KUNDASANG

Percutian ni dah lama cuma baru berkesempatan nak update di sini.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Dari Labuan kami menaiki feri. Itu sahaja cara untuk keluar dari labuan menuju ke tanah besar. Lagipun kami pandu sendiri ke sana. Lebih selesa begini. Hehe.

Kami bermalam di Promenade Apartment dua malam. Tapi bukan dua hari berturut2 lah. Selepas satu malam, kami bertolak paginya ke Kundasang.

Agak excited ketika memandu ke sana. ye lah ini kali pertama saya bawa family ke sana. Sebelum ini saya pergi ke sana atas urusan kerja, pergi sendiri jer.

Alhamdulillah dapat juga pergi bersama ke Kundasang.

Hotel?
Promenade Apartment tu, saya tempah dan bayar secara atas talian sebab lebih murah. Mula-mula rasa ragu-ragu, boleh kah guna secara online ni. Tawakkal, jadi saya teruskan sahaja. Bila sampai sana saya tunjukkan bukti pembayaran, dan kemudian diproses dan di beri bilik.

Boleh pilih bilik?
Ye boleh tapi bergantung kepada kekosongan.

Hotel di Kundasang?
Saya dah cari online, tapi macam was-was jadi saya tak tempah. Bila sampai di sana baru cari hotel. Pergi sana, pergi sini. Kami melalui sebuah hotel, Cottage hotel, terlintas di minda macam pernah ada yang sebut nama hotel ni. Saya terus singgah. Sebenarnya ada kawan bagitau hotel ni di berpatutan harganya. Kebetulan saya terlihat.

Kami tinggal satu malam sahaja.

Apa yang menarik?
Tempat yang kami lawati antaranya:
1. Pasar sayur
2. Kawasan penternakan lembu susu, Dairy Farm (berbayar)
3. Memorial Park (berbayar)
4. Ladang strawberi (belum musim, tak dapat tengok)
Sebenarnya banyak lagi, cuma saya tak berkesempatan pergi semua. Yang pastinya ketika jalan balik ke Kota Kinabalu kami singgah di Rumah Terbalik.

Kami bermalam satu malam lagi di Promenade Apartment. Keesokannya kami ke pasar kering. Lepas zohor baru bertolak semula ke Menumbok.

Video tu dimuatkan gambar-gambar sekitar lawatan kami di sana. Ada tempat yang tidak dimasukkan sebab gambar tak dapat dikesan dan hilang kot.

Sekian.