Sabtu, 6 Disember 2014

141203- IRFAN DI SEKOLAH TAHFIZ

Anak merupakan permata hari. Walaupun kadang kala menyakitkan hati. Allah uji kita dalam pelbagai rupa. Untuk melihat sejauh mana kita dapat bertahan dengan sentiasa bersabar dalam setiap ketika.

Kali ni saya nak cerita pasal anak saya yang bernama Irfan. Mulai 1 Dis 2014, Isnin saya dah hantar dia ke Pusat Bimbingan Tahfiz al Ummi, PERKIM Labuan.

Perkara yang pasti kalau di tempat baru. Sesiapa pun akan mengalami kesukaran untuk membiasakan diri.

Tapi apa-apa pun, Irfan kalau ada orang yang dia kenal, semua jadi ok. Biasalah..