Selasa, 24 Julai 2012

KAU PUASA TAPI TAK SOLAT!!

Selamat menjalani ibadat puasa. Nampaknya kita sedang berada dalam bulan Ramadan. Umat islam diwajibkan berpuasa.

Gambar hiasan
Firman Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, difardukan ke atas kamu puasa seperti yang difardukan ke atas umat sebelummu, semoga kamu mendapat ketaqwaan. Baqarah (2:183) 

Ayat di atas merupakan seruan Allah kepada mereka yang mempunyai iman dalam dada mereka. Maka sesiapa yang terpanggil dengan seruan ini, pastinya dalam dada mereka ada keimanan.

Tapi kan, yang menjadi masalah ialah orang itu hanya berpuasa tapi tak solat!!! Saya merasakan ini adalah perkara yang banyak berlaku di Malaysia melalui pengamatan saya. Mengapa mereka hanya rajin puasa tapi tak solat??? Bukankah puasa itu lebih sukar, dari mendirikan solat? Solat hanya lima minit, paling lama pun 15 minit. Kalau puasa, masa yang diambil lebih dari 12 jam seharian. Hmmm.

PUNCA TAK SOLAT
Antara punca utama ialah tiada latihan. Iaitu sejak dari kecil mereka tidak dilatih oleh ibu, bapa atau penjaga tentang pentingnya solat.

Sabda Nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين وفرقوا بينهم في المضاجع
Bermaksud: Suruh anak-anakmu bersolat ketika umur mereka tujuh tahun, dan pukullah mereka kerananya ketika berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka. HR Abu Daud : 495. Berkata Al-Albani: Hadis Hasan Sahih.

LATIHAN PUASA??
Banyak ibu bapa pada hari ini amat menitik beratkan dan memberatkan anak mereka dengan berpuasa pada bulan ini. Anak-anak yang baru berumur 5 tahun telah disuruh berpuasa padahal perkara yang ditekankan oleh nabi SAW adalah solat. Kesian anak-anak ini, atas salah faham ibu bapa, mereka yang menjadi mangsa. 

Antara ungkapan yang sering kita dengar "Saya nak latih anak saya puasa, supaya nanti bila besar senang nak puasa". Benarkah begini?? Saya tiada masalah dengan ungkapan tadi.Tapi pastikan seimbang dengan ibadat yang lain.

Masyarakat kita juga menyumbang kepada perkara ini. Biasanya orang akan bertanya " Adik puasa tak??", "Tak puasa, tak boleh raya", "Tak malu tak puasa". Ini menjadikan ibu bapa tergerak untuk mengambil langkah menggalakkan anak-anak mereka berpuasa. Ada juga yang memberi hadiah sekiranya anak-anaknya dapat melengkapkan ibadat puasa lengkap sebulan, atau memberi hadiah mengikut bilangan hari.

SEPATUTNYA BAGAIMANA?
"Adik dah solat?", "Jom adik, kita solat", "Adik, lepas solat kita sambung main semula, ok", "Adik solat penuh lima waktu, ayah bagi hadiah".

Kalau berkenaan puasa, setiap orang yang kita jumpa akan bertanya kepada anak kita (yang belum pun memaiyiz) "Puasa tak hari ni?" Tak percaya?? Cuba bawak anak anda jumpa kawan-kawan anda, jiran-jiran anda, sesiapa sahaja yang anda kenal. Pasti soalan yang sama akan ditanya. 

Saya amat menghargai keperihatinan semua masyarakat Muslim Malaysia. Tapi bukan itu sepatutnya yang berlaku. Solat banyak diabaikan oleh Muslim. Jadi apakah langkah yang perlu diambil supaya semua muslim di Malaysia dapat menunaikan solat secara lengkap lima kali sehari?? 

Latihan. Ya, latihan diperlukan. Ia diperlukan sejak kecil. Bukan hanya puasa. Tapi SOLAT. Sebab dalam hadis dalam nabi SAW amat mengambil berat perkara SOLAT.

JADI??
Puasa belum difardukan bagi anak-anak kecil sebab mereka masih kecil. Belum baligh. Jika ingin melatih mereka janganlah secara melampau memaksa. Ingat jangan dera mereka. Izinkan mereka makan apabila mereka lapar. Ok.

Solat juga tidak fardu ke atas anak kecil. Tapi latihan demi latihan adalah perlu. Bila sebut latihan, pemantuau berterusan perlu dijalankan. Sebab solat ni akan digunakan selama 365 hari setahun, 24/7, tanpa henti. Sebab itulah ia perlu diambil berat.

KESIMPULAN
Selamat berpuasa. Teruskan beribadat. Fahami setiap ibadat melalui Quran dan Sunnah. Terima kasih kerana membaca.

Khamis, 19 Julai 2012

JALAN-JALAN DI PAGI HARI SABTU (CARREFOUR)

Baru sempat di Update ke blog. 

Pagi pertama setelah pulang dari Labuan(malam 13 Julai sampai Klang), sebelum datang ke Carrefour ni kami tiga beranak pergi sarapan di restoran mamak. Waktu datang ke Carrefour ni, jam baru pukul 8 pagi, lebih kurang la. Biasanya sabtu dan ahad memang dibuka awal. Ni antara gambar yang sempat di ambil sekitar pasaraya ni.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apsal la pagi-pagi buta ni tangkap gambar vendor mesin (mesin jual air) ni. Saya kan tinggal/kerja di Labuan, kat Labuan tak de ke mesin ni??? Ada, di Bangunan Ujana Kewangan. Tapi saya sengaja ambil bila melihat perbezaan harga yang ada antara harga di Labuan dan di Semenanjung, khususnya di pasaraya ini di Klang.
 Nampak bukan harganya?? Tertera Rm 0.70 pagi satu minuman panas. Di Labuan harga minuman yang sama, berharga Rm 1.00. Lebih mahal RM 0.20.
Harga minuman sejuk pula RM 0.70, di labuan sama je dengan di atas, RM 1.00. Kalau di Labuan saya lihat orang tak henti-henti membeli minuman dari mesin ni. Ramai peminat walaupun harganya RM 1.00. Sebenarnya saya pun tak pasti dengan harga yang tertera di gambar masih valid/sah hingga hari ni, saya tak sempat nak beli sebab tak ada duit pecah. Sempat ambil gambar je.
Pagi ni tak da orang lagi. Kalau tak silap, kurang 10 orang pengunjung waktu ni. Lengang betul. Kalau pergi waktu lain tak tau nak cakap... ramai. Segalanya mudah dan tenang.
Kawasan buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan basah.
Bila datang membeli-belah hari sabtu, beg plastik tidak disediakan. Semua pun tahu benda ni. Cuma masa dah ghairah nak shopping, terlupa nak bawa beg kain dari rumah. Alhamdulillah terlihat ruangan kotak yang tidak digunakan oleh pasaraya. Memang barangan semua diletak dalam troli, yang jadi masalah nanti bila sampai rumah, takkan nak angkat satu-satu barang yang dibeli. Kalau ada plastik senang la. 
Jadi apa lagi, gunakanlah kotak-kotak ni. Bukan perlu bayar pun. Percuma, tanpa bayaran. Ambil je. Kalau nak isi makanan, jangan ambil kotak sabun. Takut bau sabun masuk/melekat pada makanan. Ambil la kotak sayur ka, kotak buah ka, tengok la yang mana sesuai.

Kehidupan dunia tak sama dengan akhirat?
Untuk kehidupan dunia kita selalunya nak mudah dan nak cepat. Kalau bab ini kebanyakan manusia amat pantas memikir dan melaksanakannya. Pergi pasaraya pagi-pagi takut bersesak-sesak.

Tapi jarang yang mengambil iktibar yang sama untuk kehidupan akhirat. Pada waktu puncak (peak hour) kesesakan memang berlaku, kalau pergi kerja akan tersekat dalam kesesakan jalan, kalau telepon waktu ni, casnya lebih mahal. Pada luar waktu puncak contohnya 2 pagi, kalau bergerak ke ofis berapa masa yang diperlukan?? berbanding waktu puncak?? tentunya masa lebih singkat dan lebih cepat bukan?? Off course..la kan

Begitu juga, permintaan kita kepada Allah (doa), jadi bilakah waktu off peak? Tentunya malam hari selepas setengah malam. Sebab itu, kita dianjurkan bangun hidupkan malam dengan amalan seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah. Ketika ini hanya benar-benar terpilih/terbaik sahaja yang berkemampuan bangun.

Doa kita ketika itu, -insya allah- akan diperkenankan oleh Allah tanpa sebarang hijab (halangan) lagi. Mari lah sama-sama kita menguatkan azam baru di sempenan bulan RAMADHAN ini.

Rabu, 11 Julai 2012

Memilih Pasangan (SIRI 2)- Pasangan Berharta

Setiap orang berhak memilih, lebih-lebih lagi dalam memilih calon suami atau isteri. Sekiranya semata-mata yang kaya (Tidak mengambil kira 3 faktor lain).
Hantaran zaman sekarang, sungguh kreatif
Entah berapa keping RM 100 ni??
Mengapa pilih yang berharta?
1. Mudah hidup aku lepas kahwin nanti. Cuci Kaki lah katakan. Semua tersedia.
2. Bahagia??
3. Money can buy every thing?
4. Yang penting kaya. Pedulik lah yang lain. (Mata duitan?)
5. Nanti panggil aku Datin okehh. Eh silap ... Puan Sri tau. Ye ke?
6. Sebab dia hensem? Tak hensem pun tak pe laa. Janji kayoooo.
7. Dia rajin ke Masjid? Ada ke yang macam ni?? Satu dalam sejuta kot. Sikit sangat ler.
Rumah di barat/eropah
Rumah orang kaya di Malaysia
Besaunya ekjoz

Mengapa jangan yang berharta?
1. Alamak, high maintanance la. Aku dah la gaji kecik.
2. Silap sikit terus naik court. Pening...pening
3. Nanti engkau dipandang rendah. "Dah la miskin, tak sedar diri!!", "Dulu , engkau tu aku yang pungut kasi harta kesenangan"
4. Sombong bahh.
5. Silap-silap aku yang kena jaga rumah. Househusband. Isteri, Puan Direktor beb....

Itulah kamu, jangan harta menjadi kriteria utama dalam memilih pasangan. Tapi kan, kadang-kadang si anak memang mahukan calon yang mempunyai ciri-ciri yang baik, mak bapak pulak yang bermata duitan, maka calon terbaik itu terpinggir, yang berharta (kononnya) yang dipilih. Ermmm.... Tak tau lah mana silapnya.

bersambung... Memilih Pasangan (SIRI 3) Pasangan Keturunan Mulia,Baik,Terhormat.

SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5

Selasa, 10 Julai 2012

Pernah dengarkah?? Kisah Yahudi buta, Rasulullah memberi makan.

Tentunya pernah...kan kan kan??
Gambar Hiasan Sahaja
Di bawah ini ada satu kisah yang biasa disebut-sebut dan diceritakan oleh ustaz-ustaz termasuk saya sendiri. Kemudian saya terfikir sendirian berkenaan perawi "hadis" ini dan tarafnya. Setahu saya yang ilmu tak seberapa ini bahawa cerita di bawah adalah bukan hadis dan tiada asal usulnya dalam agama.

Mungkin sahabat-sahabat, para pembaca budiman dapat mengkhabarkan kepada saya berkenaan darjat "hadis" ini. Kisah di bawah amat menarik (sekiranya sahih) untuk diceritakan bagi mengambil pengajaran dari kisah ini. Namun sekiranya tiada sumber sahih maka tidak patut untuk saya menyebutnya lagi.

Mungkin anda pernah mendengar kisah di bawah:

Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi buta lagi miskin, dan dia sentiasa mengingatkan setiap orang yang lalu dekat dengannya dan berkata kepada mereka "Sesungguhnya Muhammad adalah seorang pendusta, penyihir". Dia juga mencemuhnya dan mengejinya.

Walaupun begitu, Nabi SAW pergi kepadanya setiap pagi dan memberi makan kepada pemuda itu yang terlalu miskin tanpa Baginda berkata apa-apa walau sepatah perkataan dan tanpa memberitahu siapakah Baginda.

Berterusanlah begitu, Nabi SAW memberi makan kepadanya setiap hari sehinggalah datang saat kewafatan Baginda SAW, kemudian terputuslah bekalan makanan paginya.

Bengkel di Hotel Dorsett anjuran Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan

Tarikh: 10 dan 11 Julai 2012
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Hotel Dorsett , Labuan
Meja pendaftaran
Sedang menunggu kehadiran peserta lain sebelum majlis dimulakan.

APA??? Tak boleh puasa lepas nisfu Syaaban???

Perbincangan 
Terdapat beberapa hadis yang akan dihuraikan di sini
روى أبو داود (3237) والترمذي (738) وابن ماجه (1651) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلا تَصُومُوا ) . صححه الألباني في صحيح الترمذي (590) . 
Diriwayatkan oleh Abu Daud (3237), Termizi (738), dan Ibnu Majah (651), dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila masuk pertengahan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.
Disahihkan oleh Al-Albani dalam sahih Termizi.

Hadis ini menunjukkan larangan puasa selepas pertengahan Syaaban bermula enam belas.

Walaupun begitu,terdapat dalil yang mengharuskan puasa, antaranya:
Hadis 1:

Isnin, 9 Julai 2012

KELEBIHAN SYAABAN (3)

5. DENGAN AMAL SOLEH DI KEHIDUPAN DI DUNIA INI AKAN MENJAMIN KEJAYAAN KITA
Amal soleh adalah kejayaan sebenar di dunia ini.
Firman Allah: Kahfi (18:45-46)
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا . الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلا

45. dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seperti air Yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
46. harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.

Segala nikmat kekayaan yang kita miliki, bukanlah jaminan bahagia di akhirat, yang paling penting ialah amalan yang kita lakukan dengan segala nikmat yang Allah beri.

Jumaat, 6 Julai 2012

AMALAN BULAN SYAABAN (2)

3. BERSEGERA BERTAUBAT
Taubat itu WAJIB. 
Firman Allah: Nur : 31
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
.........dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Allah dalam ayat ini, memerintahkan supaya bertaubat.

Meninggalkan taubat adalah perbuatan zalim (dosa)


Firman Allah: Hujurat (49:11)

Khamis, 5 Julai 2012

AMALAN DI BULAN SYAABAN (1)


1. SYAA'BAN BULAN DIANGKAT AMALAN-AMALAN
حَدَّثَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
رواه أحمد والنسائي، وصححه الألباني
Bermaksud: Dari Usamah bin Zaid- RA- berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain seperti puasamu dalam bulan Syaaban. Sabda Nabi: Itulah bulan yang mana manusia lupainya, di antara Rejab dan Ramadhan, iaitu satu bulan yang padanya diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, Dan aku amat sukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa. Hadis riwayat Ahmad dan Nasai'e dan disahihkan oleh Al-Albani.

Maksud (AMALAN-AMALAN): 
Setiap apa yang datangnya dari seseorang individu daripada perkataan, perbuatan dan keadaannya, ditulis dalam buku amalannya sama ada kebaikan dan keburukan. 
Gambar hiasan 
Firman Allah:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ . وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) 8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Surah Alzalzalah : 7-8