Khamis, 31 Disember 2015

TERSEREMPAK DENGAN KENDERAAN GOOGLE MAPS

Hari ni pergi Wisma Yakin untuk buat tempahan baju melayu. Ke Y. S. Tailor. Selesai di sana pergi pula ke Mydin cari-cari barang. Tapi tak lama lah di Mydin. Grab n go... Dapat barang terus gi bayar.

Keluar dari Mydin terus saya ke motor. Dalam saya nak keluar dari jalan depan Mydin ni, nampak pula satu kenderaan pelik, atas bumbungnya ada kamera yang agak tinggi. Saya agak dalam hati " ni mesti kenderaan google". Biasanya tengok dalam internet jer. Hehe hari ni boleh pulak terserempak.

Kalau tak silap kereta Exora. Saya pun tak pasti, sebab tengah naik motor. Dalam hati "kalau aku pandang, nanti mesti dia rekod muka aku, hehe".

Tak tak lah kalau dia tengah rekod, jalan pun tengah jem time tu. Tentunya dia snap gambar sekali dua macam tu.

Kalau ikut apa yang saya tahu, gambar kita kalau dah direkod, ia akan tersimpan dalam internet, cuma tak pasti berapa lama. Kalau saya buka google street rumah saya yang sekarang, masih lagi gambar rumah belum ubahsuai. Pulak depan rumah, ada jiran berbangsa India sedang basuh kereta. Harapnya takde lah sesapa buat benda tak senonoh atau kurang sopan depan kamera ni, hehe nanti diabadikan dalam internet. Bukan senang nak buang. Kena hubungi Google la agaknya.

Saya dah pun sampai ofis. Jadi nak teruskan kerja. Hehe




MULA MENYEWAKAN RUMAH YANG DIBELI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,

Beberapa minggu lepas saya membuat iklan di Mudah.my untuk menyewakan rumah yang sekarang ini telah selesai di ubahsuai. Selesai sahaja muatnaik maklumat ke Mudah.nya dan dipapar, beberapa orang mula menghubungi saya. Saya terfikir "Eh.. cepat pula orang hubungi saya" padahal baru sahaja tak sampai sejam. 

Kata saya kepada semua yang hubungi saya tu " saya cadang encik/puan pergi tengok dulu rumah dan kawasan, lepas tu kalau rasa sesuai baru komfomkan dengan saya dan teruskan booking". Yelah saya pun tak nak menyusahkan diri sendiri dengan yang bila tengok gambar rasa ok tetapi bila dah pergi, rasa suasana tak sesuai. Pendek kata tak nak pening kepala yang tengah pening. Hehe.

Daripada ramai yang telefon tu, ada seorang yang serius bertanya dan ingin terus tengok rumah. Jadi saya susun masa untuk pertemuan.

Pada hari pertemuan, beliau melihat rumah yang ketika itu belum 100% siap ubahsuai, lalu terus memberi kata putus jadi untuk menyewa. Saya dalam hati, mengucapkan rasa syukur kerana dapat penyewa dalam masa yang singkat dan tidak perlu bersusah payah mencari penyewa. Thanks  to Mudah.my.

Beliau terus mengeluarkan wang tunai untuk bayaran deposit, saya pun agak terkejut kerana dia terus ingin membayarnya. Saya terima bayaran dan berjanji akan menyiapkan rumah sebelum tahun baru.

Insya allah sewaan bermula 1 Jan 2016 iaitu esok.  

RUMAH DIMASUKI PENCURI WAYAR

Baru-baru ini (29 Disember 2015) rumah saya telah dimasuki pencuri.

Waktu kecurian
Dijangka antara jam 4.00 pm- 6.00 pm. Petang tuuuu. 
Mengikut tukang rumah, dia masih ada di rumah pada jam 3.00pm. Dalam jam 3.30pm dia keluar dari rumah setelah selesai.. Antara kerja-kerja yang dilakukan, mengemas rumah dengan membersihkan sampah dan membetulkan sedikit atap genting. Katanya lampu hidup. 


Perasaan tak sedap hati
Semasa saya pulang ke rumah saya cuba hidupkan lampu, tapi tak hidup, saya lihat suis pada DB jatuh (trip), saya naikkan semula. Pun tak hidup. Saya keluar, saya lihat wayar pada meter tidak bercantum. Sebenarnya meter belum masuk lagi, minggu ni baru nak mohon. Tapi bekalan elektrik ada. 

Jadi saya fikir, tentunya ada orang yang cabut benda ni, saya cantum semula wayar elektrik (penyambungan haram) hehe... sementara tunggu meter. Kebanyakan suis hidup kecuali lampu hall, kipas dan lampu bilik air. Dalam hati, mesti kena curi la wayar ni. 

Keadaan rumah
Rumah ni masih dalam ubahsuai, belum siap 100%. Pagar belum pasang lagi. Gril tingkap n pintu dah pasang. Kalau pencuri tu nak curi masuk ikut pintu atau tingkap ia adalah sukar sebab dah ber'grill'. dan tak ada kesan pecah masuk.

Masuk ikut bumbung
Saya agak, ini mesti dia masuk ikut bumbung. Saya tengok dari luar, atap genting dah beralih dari tempat asal. Adoiii. Saya nak naik ke atas siling untuk pastikan yang wayar kena potong dan dicuri, tapi tangga pula tak ada. Jadi saya pun balik ke rumah yang saya duduk sekarang untuk ambil tangga, tangga yang boleh lipat yang muat untuk masuk kereta. 

Bila dah ambil tangga, saya naik ke atas tu. Sah (bukan sah nikah ni) memang sah wayar dipotong. Shukur alhamdulillah bukan semua di potong, kalau semua, habis terbang duit saya. Atap genting terbuka empat keping. Mengikut kata tukang, masa dia pergi tadi genting tu dia dah betulkan ke tempat asal. 

Sukar tidur malam
Malam tu memang jantung berdebar, Allah sahaja yang tahu. Saya telefon tukang bertanyakan tentang apa cara yang boleh dibuat untuk elakkan orang ceroboh ikut bumbung? Saya punya cadangan 'apa kata kita simenkan atap genting tu?' kemudian tukang tu kata "Tak pernah dibuat orang ni". Dia tak nak buat. Kemudian lagi dia beri cadangan "kita pasang kayu perantara supaya ruang atap genting tu jadi kecil dan orang tak boleh masuk". Saya yang dah tak tentu hala ni, terus cakap " oklah kalau macam tu" Tukang kata akan terus buat kerja keesokan pagi. Alhamdulillah selesai hal ni.

Tidur dalam keadaan berdebar-debar. Memang tak lena. Asyik terjaga sahaja. 

Harapnya tak de lagi orang nak ceroboh masuk ikut genting bumbung. Sebenarnya banyak kisah terperinci, tapi tak pelah mungkin lain kali saya kongsi lagi.

Selasa, 18 Ogos 2015

BELI NOMBOR KERETA DI JPJ

Tadi keluar dari ofis lebih awal, lebih kurang 12.30 tghari. Ingatkan boleh sampai awal, tapi tersalah jalan entah ke mana. Itu pun dah guna waze, kalau tak guna, tentu lebih sesat jadinya. Ofis di pusat Islam KL, JPJ pulak kat Bandar Sri Permaisuri. Sebenarnya banyak lagi cawangan JPJ di sekitar KL ni, tapi setelah melihat jarak menggunakan Google Maps, di Bandar Sri Permaisuri lebih dekat, jadi saya pilih ke sana.
JPJ buka ke jam 1 petang?
Pasal benda ni saya tak terfikir lah pulak. Main redah jer ke sana. Dalam  minda saya, pastinya jam 1 petang tak ditutup. Yelah jabatan kerajaan kan nak mendahulukan rakyat dalam derita…eh eh silap… dalam perkhidmatan. Bukan sekali saya saya tersalah lorong di highway, dua kali tuuu. Saya bukan naik kereta, tapi naik motorsikal. Hp diletakkan di dalam raga, dengan perisian Waze dihidupkan. Jadi mata saya terpandang-pandang ke dalam raga. Silau pulak cahaya  matahari. Tu yang tersalah jalan, sebab tak berapa nampak laluan di Waze tu. Bagusnya Waze ni, kalau dah tersilap jalan, ia berikan jalan alternatif.
Tiba di JPJ
Saya tiba di JPJ, lalu saya kunci motor dan letakkan helmet dalam peti motor. Saya terus melangkah masuk, saya dapati orang tak ramai. Saya lihat ada lelaki agak berusia, lalu saya terus bertanya bagaimana untuk mendaftar nombor plat kenderaan. Saya diberikan no giliran.
Lama tak menunggu?
Baru sahaja saya nak duduk, nombor telah dipanggil. Saya terus ke kaunter lalu memaklumkan ingin membeli nombor kenderaan. Saya dilayan dengan ramah oleh petugas ketika itu. Tahniah.
Apa dokumen yang diperlukan?
Ini yang saya tak tahu ni. Sebelum saya ke JPJ, saya banyak buat pencarian dalam internet tentang prosedur membeli nombor. Agak rumit berbanding dengan urusan sebenar di kaunter ini. Saya nak belikan nombor ni untuk isteri saya. Sebabnya nak samakan dengan no kereta dan motor yang dekat rumah tu. Dia nak beli kereta baru.
Saya ditanya “nak ambil nombor negeri mana” saya beritahu “ Labuan”, jawabnya “Maaf, Labuan dan Langkawi tak boleh sebab dua tempat tu bebas cukai”. Jadi terpaksalah ambil no selangor. Mujur masa tu no yang dikehendaki tu ada.
saya bertanya “ apa dokumen yang diperlukan?” saya beranggapan pastinya pelbagai dokumen yang diperlukan. “ ic atau salinanannya sahaja”. “ Tak perlu isi borang ke?” “tidak “ jawabnya. Saya merasakan betapa mudahnya urusannya. Kurang dua minit selesai. Salinan tadi pun dipulangkan semula.
Berapa bayarannya?
Petugas di kaunter tadi ada mempelawa nombor 3 digit. Saya telah ada pilihan di hati nombor lain, jadi saya tolak. Bayaran yang dikenakan untuk nombor yang saya pilih tadi ialah RM210.00.
Selesai urusan dikaunter, saya pun berpaling ke belakang, saya dapati lengang. saya tertanya-tanya kenapa lengang. kemudia saya melihat jam, “Oh!” rupa-rupanya jam menunjukkan pukul 1 petang. Petut pun tak ada orang tadi. Hehe.

Khamis, 30 Julai 2015

ORANG BANYAK DUIT

Sekarang ni hangat cerita duit USD700 @RM2.6 bilion. Ui, banyak tu. Aku nak beli rumah yang bawah Rm100k pun kena tunggu tiga bulan baru dapat memiliki rumah. Orang tu senang-senang je duit masuk ke akaunnya. Waw. Banyak pula tu. Aku kalau keje sampai mati pun belum tentu dapat kumpul RM 1bilion. 1 juta mungkin lah, itu pun kene ikat perut.

Rumah, kalau pun bank dah luluskan, ia masih belum milik aku. Masih milik bank. Kalau tak bayar, nanti kena tarik dan kena lelong. Nak beli rumah secara tunai? Ia memang impian semua orang. Kalau gaji RM 5,000 sebulan, berapa lama menyimpan baru boleh beli rumah secara tunai? Mungkin ada orang kata “Ini semua dunia” “Duit semua dunia”, Ye lah dunia, aku sekarang tengah hidup di dunia dan memang akan ke dunia sana selepas ini. Aku harapkan dengan apa yang aku buat ini, aku nanti akan lebih kuat semangat untuk beramal untuk akhirat.

Jadi, satu cara yang ada iaitu dengan berhutang. Moga aku dapat membayar semua hutang ini.

Selasa, 16 Jun 2015

RUMAH LELONG KEDUA (SURAT DARI R*B BANK)

Jawapan yang ditunggu-tunggu

Saya memang menunggu-nunggu jawapan dari R*B bank. Patutnya dah ada jawapan, tapi hingga semalam tiada jawapan. Jeng...Jeng...Jeng..hari ni dalam jam 2pm, saya dapat emel dari en Yahaya dari R*B menyatakan bahawa pembiayaan saya tidak dapat diluluskan. Ada dua sebab yang dinyatakan

1. Lokasi berada senarai negatif.
2. Rumah dalam keadaan yang buruk.

Lokasi berada dalam senarai negatif
Saya pun tak pasti apa yang dimaksudkan dengan negatif list. Mungkin:
- sebab kawasan tu banyak rumah yang telah ditinggalkan "abandoned" di kawasan tu. 
- ramai orang yang pinjam dengan bank di kawasan tu, tak bayar duit bank hingga rumah dilelong.
- Kawasan hitam kot, ada banyak kongsi gelap? Ramai yang berkulit gelap di situ, tapi takkan lah pasal ni kot?
- Kawasan ni jauh dari bandar besar atau kurang membangun.

Entahlah saya dah tak reti lagi apa yang nak difikirkan. Kalau sesiapa yang ada maklumat tambahan lagi, bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah. 

Rumah dalam keadaan buruk
Saya tahu, rumah ni memang tak de tingkap, pintu dan pagar. Siling pun rosak. Perancangan saya, lepas ni nak buat ubahsuai bagi boleh diduduki. Itu pun selepas wang pembiayaan diluluskan oleh bank. 

Apa Pelan seterusnya?
Saya masih menanti surat tawaran dari Maybank, sebab saya telah menerima SMS pengesahan kelulusan pembiayaan rumah. Kalau dapat dari Maybank ni, tak perlu lah nak buat personal loan. Hehe. 


RUMAH LELONG KEDUA (BERJAYA DIBIDA)

Log dari awal bidaan hingga selesai urusan.

27 MEI 2015
Pergi bank CIMB buat bank draf sebanyak RM2,500.00 iaitu 10% dari harga simpanan.

29 MEI 2015
Hari ni pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Harga asal rumah tu RM25000.00, tapi naik kepada RM75000.00. Alhamdulillah dapat rumah ni. Rumah jenis freehold endlot. Walaupun rumah ni nampak buruk tapi saya tetap positif bahawa rumah ni boleh menjana income kelak.

1 JUN 2015
Pergi ke Maybank untuk bertanyakan berkenaan pembiayaan rumah nanti. Minta borang dan maklumat berkenaan dokumen sokongan yang diperlukan. Kadar keuntungan bank 4.72%.

Khamis, 4 Jun 2015

NAK BERCUTI KE MANA? KE CAMERON HIGHLANS ?

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Cuti sekolah mula 30 Mei hingga 14 Jun. Setakat dua hari lepas, kami sekeluarga memang tak ada apa-apa rancangan. Kalau ada pun, cuti ni hantar anak ke kampung untuk di jaga oleh nenek dan atuk. Sabtu dan Ahad je lah kalau ada ke mana-mana.

Entah macamana, tiba-tiba ada idea nak gi jalang-jalan. Isteri tanya saya dan saya tanya isteri. Dua-dua pun buntu tak tau ke mana. Tiba-tiba isteri bagi idea ke Cameron Highlands. Saya bila dengar, saya ok jer. Lepas tu saya pun cari hotel yang berpotensi untuk didiami di sana.

Bila Nak Pergi?


Bila yer? Cuti sekolah tinggal seminggu lagi jer ni. Hotel pulak, rasanya pasti penuh sekarang ni. Entahlah. Mula-mula 11 dan 12 Jun. Tapi isteri pulak tidak lapang pada masa tu. Saya pun tanya "8 dan 9 Jun ok tak?" Jawab isteri saya "ok".

Tengah tulis ni, sakit gigi pula melanda. Nanti lah sambung bila fikiran tak terganggu oleh sakit ni.

Kbai.

RUMAH LELONG CORNER LOT DI MERU

Alhamdulilah, baru hari ni ada kesempatan untuk update. Sebenarnya curi-curi masa. Hehe. 

Lelongan dah pun berlalu dua minggu lepas. 

Rumah ni, rumah yang dah direnovate dari depan hingga belakang rumah. Kawasan tanah sebelah rumah pun dah di tambak (di renovate) buat besarkan ruang tamu dan bilik. 

Majoriti orang yang tinggal di sini adalah kaum India Rakyat Malaysia. Orang melayu ada tapi kurang lah di bahagian ini di kawasan perumahan ini. Kawasan yang berdekatan dengan surau, haa di situ ramai Melayu. 

Harga simpanan RM56k. 

Bila jumpa je iklan rumah lelong dalam internet, saya terus dapatkan POS, dan pergi melihat rumah itu. Terima kasih kepada encik Syed yang banyak membantu. Dia di web auctionzone.blogspot.com. Tak perlulah susah-susah nak cari iklan ni merata tempat. 

Tempat lelongan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Susah juga nak cari, dan susah juga nak pergi sana sini cari iklan sebegini. 

Keadaan rumah

Bila saya ke rumah tersebut,  macam biasalah , rumah yang dah lama tak de orang, macam-macam benda hilang dari rumah tu. Tingkap, pintu, pagar dah tak de. Ini mesti angkara mat dadah atau orang "miskin" jual besi buruk. Saya pun tak tahu siapa yang buat benda-benda ni. 

Di luar ada kesan contengan, dalam pun ada. So apa first impression? Memang tak jatuh cinta. Memang agak menyeramkan. Tapi tak pula benci... hehe. Perkiraan adalah dari sudut lain. Apa bendanya? Satu: Niat nak duduk situ lepas renovate nanti, kalau dapatlah.. Dua: market value rumah corner ni mau cecah RM200k ++. Wow..masyuk. Tiga: apa eakkk? Entahlah...dua jer yang mampu saya fikir sekarang ni.

Buat Bank Draf

Saya buat bank draf di CIMB. Ambil borang dan bawa buku bank sekali. Akaun saya ada buku, jadi buku kena bawa sekali. Kalau jenis yang takde buku, biasanya bawa kat ATM  dan IC jelah.

Cas Perkhidmatan sebanyak RM5.90 dikenakan untuk bank draf. Saya bertanya kepada orang di kaunter, kalau nak tebus semula berapa casnya? Katanya " Rm 2.00 encik" "Oh ok lah" kata saya.

Hari Lelongan

Saya begitu bersemangat untuk ke lelongan ni. Siap minta cuti lagi. Sehari. Daftar di tingkat bawah di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Ambil borang, lengkapkan dan masukkan ke dalam tong yang disediakan beserta kad pengenalan dan bank draf.

Saya datang awal juga ke sana. Dalam jam 8 dah berada di sana. 

Bilik lelongan

Bilik lelongan di tingkat dua. Dalam auditorium. Rasa lama juga menunggu. Jam 10.30 am masuklah seorang pegawai dari Pejabat Tanah. Ketika itu semua pembida telah masuk. Begitu juga semua pelelong.

Sejuk pula rasanya bilik ni. Adakah sebab gementar sebab lelongan ni atau ada sebab lain? Entahlah, rasanya bilik tu memang sejuk. Pakcik kat sebelah pun macam menggigil juga kesejukan.

Ramai ke pembida lain?

Pak cik kat sebelah saya pun nak bida rumah yang sama dengan saya. Pakcik tu cakap, anaknya yang minta dia masuk bidaan ini. Dia pun minta cuti. Dalam hati saya "Kalau pakcik ni sorang jer ok lah, boleh menang rasanya, hehe". 

Saya pun tak tahu lah kalau ada pembida lain selain dari pakcik tu.

Giliran lelongan

Saya pun tak tahu unit ni yang ke berapa akan di lelong. Kalau macam di Ehsan Auctioneer hari tu, dia dah siap senarai untuk lelongan dan gilirannya. Tapi di sini, macam tak de jer.

Ada satu unit, terdapat 9 orang masuk bidaan. Alamak banyaknya orang. "Mesti sengit ni"kata saya dalam hati. Macam biasa, bila ramai pembida, kenaikan bidaan sebanyak RM5,000.00 sekali angkat tangan. Kat sini angkat tangan jer. Dia tak bagi kipas macam kat pelelong kat KL tu.. hehe. 

Harga simpanan RM90k. Akhirnya dimenangi orang seorang Melayu dengan harga belian RM145k. (Kalau tak silaplah... lupa, pasal dah lama, hehe). Oh lupa nak bagitau di mana. Di Johan Setia.

Giliran unit ITU

Akhirnya, sampai giliran unit yang saya minat ni. Jeng, jeng, jeng.... Nama setiap pembida dipanggil oleh pelelong. Setiap mereka termasuk saya berdiri di hadapan pelelong. Nah! 11 orang semuanya.

Kenaikan RM5k sekali angkat. Dimulakan dengan harga RM58k. Terhenti pada harga RM153k. Saya tak sempat nak angkat tangan langsung, sebab saya punya bajet rendah jer. RM85k max. Baru terfikir nak angkat tangan, orang lain dah angkat dulu. Akhirnya saya dengan pakcik tadi melopong dengan harga lebih dari RM100k dari harga asal. 

Dihujung bidaan, setelah tukul diketuk, semua yang berada di situ menepuk tangan kepada yang berjaya. Sengit memang sengit. Yang ini pun dimenangi oleh orang Melayu.

Buat apa lagi lepas tu

Dah boleh balik kepada yang nak balik. Tapi sebelum tu, kena ambil semula bank draf dan IC tadi. Sebelum tu, perlu tandatangan pada kertas borang tadi. Kemudian baru boleh ambil IC dan Bank Draf.

Jadi, Macamana? Ada nak cuba lagi?

Insya Allah. Buat masa sekarang ni kena survey rumah-rumah yang akan dilelong dalam masa terdekat.

Rabu, 29 April 2015

RUMAH LELONG IMPIAN SENTOSA KLANG

Semalam pergi bida Rumah apartment Impian Sentosa, di Taman Sentosa, Klang. Tempat bidaan kat Megan Avenue tingkat 20. Lelongan Ehsan Auctioneer. Tapi tak dapat sebab tak berani nak bid harga yang lebih tinggi. Harga Simpanan RM 45,000. Harga jual RM60,000. Saya tak da keberanian nak ambil harga lebih tinggi. Akhirnya kalah.

Bukan tak nak teruskan dengan harga lebih tinggi, tapi memikirkan tunggakan penyenggaraan yang agak tinggi lebih kurang RM7k. Mungkin ada yang kata “ok lah tu, bukan banyak pun”. Tapi saya taka da ongkos cash yang banyak, dikit-dikit ada laahh.. hehe.

Tapi takpe, lain kali insya Allah ada lagi peluang. Rumaha lelong rasanya tak pernah kehabisan, sentiasa ada.

Saya pun masih baru dalam bidang rumah lelong ni. Semalam, selepas tamat lelongan, ada orang kat sebelah tu, kata yang dia baru sewakan satu unit kat situ. Blok C. Hmmm… entahlah nak kata rugi, tak juga. Rugi sikit lah duit buat bank draf dan tebus balik.