Selasa, 16 Februari 2016

INGIN SERTAI ISBAT HAFAZAN NEGERI SELANGOR

Mungkin ramai yang pernah dengar dan mungkin juga ada yang tidak pernah dengar. Kalau huffaz biasa dah tahu lah pasal benda ni.

Saya pun dah lama dengar, cuma kali ni baru berkesempatan untuk memohon. Ye lah dulu, kerja di Labuan, lima tahun pulak tu. Tak dapat nak sertai sekali.

Saya nak memohon ni pun sebab nak menggalakkan diri mengulang hafalan quran, kalau tak, susah sikit, dan kadang kala sendiri cari alasan untuk bertangguh. Semangat dah ada, cuma takut luntur jer.

Isbat Hafazan ni ada syarat-syaratnya. Bukan semua boleh memohon. Dalam borang tertulis "keutamaan diberikan kepada pemohon kelahiran Selangor". Saya pun nak cuba nasib sahaja, sebab saya dilahirkan di Perak, sebab abah dulu kerja kat Perak. Saya bukan boleh pilih nak dilahirkan dimana. Tahu-tahu jer dah pun dilahirkan ke dunia ni dengan selamat. Kalau boleh pilih, mungkin pilih kat Mekah ker, Madinah ker, London ker, hehe.

Abah lahir di Selangor, dalam ic tercatat "10" nombor tengah-tengah. Nenek dan atuk berasal dari Johor, merantau ke Selangor menjadi peneroka. Apa-apa pun, boleh lah kot mohon sebab abah orang Selangor. Saya pun orang Selangor juga, alamat dalam IC Selangor atau sebagai pemastautin. Lagi satu yang problematik sikit, dalam syarat tu menyatakan "Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak yang lahir di Negeri Selangor", tak tau lah dapat sertai atau tidak nanti. Tunggu dan lihat je lah, sebab borang belum hantar lagi. Mungkin hari ni baru nak hantar, tengahari sikit, atau pun besok, bergantung kepada sempat atau tidak, dan dapat pelepasan atau tidak. Ye lah nak keluar dari ofis mesti dapat kebenaran bos dulu.

Ok lah, nanti saya kemaskini lagi.


Isnin, 15 Februari 2016

Beli barang via Lazada- Express delivery

Semalam (14 Feb 2016, 5.30pm) beli telefon bimbit melalui Lazada menggunakan penghantaran ekspress. Kalau ikut dalam website dijangka sampai hari ini 15 Feb 2016. Setakat sekarang (12.10pm) ni belum sampai lagi. Biasanya penghantaran ekspres ni untuk kawasan dalam wilayah jer.

Haaa... tu lah telefon yang dibeli. Harapnya performance sama hebat seperti yang tercatit di atas kertas.

Kalau guna alamat rumah saya, tiada penghantaran ekspress disediakan.  Hanya penghantaran biasa. Saya beli telefon ni setelah membuat perbandingan dengan banyak jenis telefon di pasaran. Telefon ni didapati antara yang paling tinggi spesifikasi dalam kelasnya yaitu kelas pertengahan dan harga dalam bajet saya. Kalau nak cari yang hi-end, kena berhutang lah nampaknya, guna kredit kad. Kredit kad ni bahaya kalau dah terlalu banyak komitment, takut tersangkut bayaran, dia punya bunga kembang semangkuklah nampaknya. Beli tunai pilihan yang paling baik buat saya masa ini.


KEHILANGAN BUKU KESIHATAN ANAK (UPDATED)

Pertama-tamanya, alhamdulillah, buku tu dah jumpa. Sebenarnya saya pun memang dah tak ingat letak buku tu di mana. Maklumlah berpindah randah. Dulu kerja di Labuan, sekarang dah balik semenanjung. Barang-barang masa pindah tu, apa yang boleh muat dalam kotak-kotak tu, semua disumbat. Hehe.

Berbalik kepada buku tu, cari dalam rumah yang saya duduki sekarang memang tak jumpa. Dah punggah kotak-kotak yang belum dibuka. Teringat dalam kereta yang dah jual hari tu. Sebabnya, rasa macam ada terlihat dalam kereta tu. Kereta Kelisa tahun 2004. Tapi entahlah, rasanya masa nak serah pada pembeli hari tu, dah keluarkan semua barang dalam kereta.

Bukan apa nak cari buku ni. Pihak sekolah anak minta untuk direkodkan nanti kalau-kalau ada pemvaksinan imunisasi pada masa akan datang dan untuk melihat rekod suntikan yang telah diambil semasa kecil.

Setelah cari tak jumpa-jumpa. Masa pun berlalu, sehari, dua hari, seminggu dua minggu. Kemudian saya lihat buku tu ada dalam bilik. Hairan sungguh, hari tu semasa cari memang tak jumpa, tapi hari ni pula ada. Saya pun bertanya kepada isteri "Jumpa kat mana buku ni?". Jawab isteri "Kat kampung". Di kampung rupanya. Patutlah cari di rumah tak jumpa. Katanya adik ipar yang carikan dalam dua peti plastik yang disimpan di kampung.

Alhamdulillah jumpa. Hilang resah dan susah hati.