Ahad, 21 September 2014

20140113- MAULIDUR RASUL 2014

Setelah persediaan dilakukan kami menyerah segala urusan kepada Allah. Cuaca pada tahun-tahun lalu, berbeza dengan tahun ini. Tahun lalu, cerah dan panas, tiada bayangan hujan. Namun kali ini berbeza, hujan turun dengan lebat. Hanya jiwa yang tabah dan tak takut hujan sahaja yang mampu meneruskan segala usaha yang telah dirancang. Hehe.

Pelan kecemasan memang tidak ada. Hujan atau panas program ini tetap diteruskan. Boleh dilihat dari video di bawah.

Semua gambar dari video di atas adalah diambil menggunakan kamera sendiri. Olympus tough. Dibeli sejak 2012.

Keadaan padang memang lecah basah. Tidak dapat mengelak dari hujan memandangkan saya, terlibat dengan pelepasan kontinjen. Redha. Hujan turun hingga program hampir tamat. 3/4 program adalah hujan.

Pada akhirnya, program ini tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

20140731- BERAYA DI BANTING

Hari ni beraya di Banting kampung mak mertua saya. Dia di lahirkan dan dibesarkan di sini. Adik-beradiknya pun ramai di sini. Kami ke sana bersekali 6 buah kereta. Saya, hari raya pertama di kampung, di Tanjung Karang, Selangor. Hari raya kedua di Seberang Perak di rumah arwah atuk. Nenek tiri dan adik beradik mak semua hampir semua di sana.

Hari ketiga, ke Banting. Kami, saya anak-anak dan isteri bertolak dari Tanjung Karang terus ke Banting. Semua berpakat berjumpa di rumah Wak Tar.

Antara rumah yang kami ziarahi:

1. Wak Tar

2. Nenek Mis

3. Wak Jan

Saya pun dah tak berapa ingat rumah sapa lagi yang kami pergi. Hampir dua bulan yang lalu.

Makanan best tak?

Alhamdulillah, datang ni pun bukan nak makan sangat. Apa yang dihidang kami makan. Ada yang hidang makan berat, ada yang hidang kuih je. Tak sempat lapar sepanjang di sana.

Bila lagi nak ke Banting?

Entahlah, sekarang ni pun dah berada di Labuan. Nak balik semenanjung kena tunggu akhir tahun lah nampaknya.

Gembira

Berjumpa dengan sanak saudara cukup menggembirakan. Anak-anak saudara pun ramai, masing-masing dengan perangai berbeza, memang menghiburkan.

Raya di Tanjung Karang, saya tak sempat lagi nak siapkan. Setakat ni, ini sahaja.

Terima kasih sudi singgah di Blog ini.

MUZAKARAH HAJI TAHUN 2013

Tulisan saya kali ini, baru sempat dimuatkan pada 20 September 2014. Jadi, banyak perincian program ni dah tak ingat.

Tempat: Hotel Hyaat Regency, Kuantan

Tarikh: 1-3 Februari 2013

Tahun ini (2013) kali pertama saya menyertai Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Antara perbincangannya ialah permasalahan jemaah Haji tahun sebelumnya.

Para peserta adalah dari kalangan pengkursus haji dari setiap negeri di Malaysia. Wakil dari Labuan tiga orang, saya, Ustaz Abdul Rahman SMK Labuan dan Ustazah Hasinah.

Kami terbang dari Labuan dengan tiket yang disediakan oleh pihak Tabung Haji ke KLIA. Saya ke Kuantan, dengan menaiki bas dari Klang Central.

Dari Stesen Bas Kuantan, saya menaiki teksi ke Hotel. Gambar perjalanan, saya tak ingat letak di mana. Yang ada hanya di Hotel. Dah saya jadikan video seperti di atas.

Semasa sampai ke sini, saya pun tak pasti kalau-kalau ada kawan lain yang turut serta. Bila sampai di sana barulah terjumpa dengan Imam Muda Astro, Us Abdul Jabbar. Kawan masa belajar di Arab Saudi dulu. Haa, ada lagi, Us Imran Nasoha. Dia duduk Subang Jaya. Kawan masa belajar di Madrasah Hafiz Klang. Alaa, yang tepi Sungai Klang tu. Kalau dulu, Madrasah tu berdepan dengan Pasaraya Great Wall. Sekarang pasaraya ni sudah tiada. Masa bertolak balik lepas habis muzakarah ni, saya tumpang keretanya hingga ke Subang. Lepas itu saya teruskan perjalanan ke Klang, rumah bapa mertuaku. Anak dan isteri masih di sini. Belum ke Labuan mengikuti saya. Hehe.

Antara personaliti tv yang saya lihat, Us…. emmm… saya pun dah tak ingat namanya. Maklumlah dah dua tahun berlalu. Rupanya saya ingatlah. Any how…

Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dato Seri Jamil Khir.

Hotel ini, alhamdulillah amat selesa. Suasana resort. Lebih-lebih lagi ia terletak di tepi Laut. Ia juga kawasan peranginan.

Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Tabung Haji yang telah menganjurkan Program Muzakarah Haji pada tahun ini.

Sabtu, 20 September 2014

SANTAI DI TEPI LAUT

Tempat: Di pantai berdekatan Hotel Tiara Labuan

Tarikh: 16 September.

Bersama-sama rakan-rakan liqa’.

Aktiviti santai dan berehat sambil membakar ikan dan ayam. Makanan di bawa secara potluck, sorang sikit bawa makanan masing-masing. Ok lah kepelbagaian jenis makanan. Hehe.

 

Cuaca alhamdulillah. Cerah. Kami datang sejak awal pagi jam 8 lebih. Berakhir lebih kurang pada waktu zohor.

Kamera yang digunakan: Olympus Tough. Beli sejak dua tahun lalu. Gambar bukan HD. Kalau yang sekarang ni dipasaran, rasanya banyak yang HD.

Apa-apa pun…jom layan

Rabu, 10 September 2014

MELIHAT RASULULLAH

Rasulullah telah meninggal dunia. Umar RA ketika meninggalnya Nabi SAW, beliau tidak dapat menerima hakikat kematian Nabi SAW. Lalu beliau ditenangkan oleh Abu Bakar RA yang menyatakan kepadanya: Jika engkau menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Jika engkau menyembah, maka Dia lah tuhan yang maha hidup lagi tidak mati.

Jadi para sahabat ketika itu telah, secara rela dan dada terbuka, menerima kematian Nabi SAW sebagai kematian yang benar-benar berlaku. Istilah “mati” yang difahami oleh para sahabat ketika itu ialah berpisahnya jasad dari roh. Dan para sahabat Nabi SAW juga sememangnya tahu kewujudan ayat yang berbunyi:

Jannatul_Baqi_Madinah

Firman Allah:

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢا‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ (١٦٩)

Bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Penerangan ayat

Hidup dalam ayat di atas bukan sebagai mana kita hidup. Kita juga tahu bahawa orang yang mati syahid jasad mereka berada di bumi. Jasad mereka tidak diangkat oleh Allah ke langit.

Dan kalau kita lihat dalam hadis yang menyebut Isra dan Mikraj, Nabi SAW bertemu dengan para Nabi dari langit yang pertama hingga langit yang ke tujuh. Walaupun begitu semua para sahabat memahami bahawa mereka dahulunya telah meninggal dunia. Dan kehidupan mereka bukan seperti kita hari ini yang memerlukan makanan untuk tubuh fizikal yang sentiasa akan merasai kematian.

Mereka juga tahu bahawa orang yang telah mati tidak kembali lagi ke dunia ini. Para sahabat Nabi SAW adalah orang yang paling tinggi keimanannya selepas nabi SAW. Dan bandingannya dengan iman kita pada hari ini adalah sebagaimana yang disebutkan Nabi SAW pada sabdanya:

mosqueuhud++

 

[عن أبي هريرة _رضي الله عنه_ قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ( لا تسبوا أصحابي لا تسبوا أصحابي فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه )

[10]10] رواه البخاري (3470 ) ومسلم (2540) واللفظ له

Bermaksud: Jangan kamu mencela sahabatku, kalau lah kamu menafkahkan emas yang kamu miliki sebesar bukit uhud, ia tidak akan sama dengan secupak gandum yang diberikan oleh para sahabat, juga tidak sama dengan separuh darinya.

Siapa di antara para Nabi dan rasul yang tidak mati hingga hari ini?

Para ulama bersepakat bahawa satu-satunya Nabi yang tidak meninggal dunia, secara ijmak, adalah Nabi Isa. Jadi kalau kita kata bahawa Nabi Muhammad sentiasa mendatangi majlis zikir – bagi yang mendakwa demikian- maka apa beza dengan mati atau tidak mati. Soalannya nabi Muhammad telah meninggal atau belum?

Adakah sahabat Nabi SAW sentiasa melihat Nabi SAW secara sedar, setelah kewafatan Nabi SAW?

Iman para sahabat, tidak boleh dinafikan, iman yang tertinggi dari kalangan umat Nabi SAW. Bagi yang mendakwa bahawa mereka – sahabat nabi- sering berjumpa Nabi secara yaazah –secara sedar, maka perlu mendatangkan hadis-hadis yang menyokong dakwaan mereka itu. Ini perkara agama, bukan benda main-main, ia perkara serius. No money no talk- eh silap- No hadis no talk…. nonsense..ok.

Kalau mereka menyebut bahawa sahabat nabi tidak melihat Nabi SAW secara jaga- yaqazah-,  tetapi mereka mendakwa bahawa diri mereka –sesetengah golongan kumpulan tarekat- telah melihat nabi secara sedar – jaga- yaqazah-, maka seolah-olah mereka ini lebih hebat dari keimanan para sahabat. Sedangkan sahabat nabi sendiri tidak melihat nabi secara sedar –yaqazah- setelah kewafatan Nabi SAW.

Benarkah mereka –golongan melampau ini_ melihat Nabi SAW dalam majlis mereka?

Green-Eyed-Cat-Wallpaper-eyes-28331395-1413-1060Gambar hiasan sahaja 

Sebenarnya apa yang berlaku ialah mereka hanya mendakwa bahawa Nabi SAW hadir ke majlis mereka. Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang melihat tubuh badan Nabi SAW. Para pengikut pula hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Tok Guru (SheikH)  mereka.

Nasihat saya kepada golongan yang taksub (fanatik buta)

fanatic_9 Gambar hiasan sahaja

Tunjukkan dalil dari mana datangnya kepercayaan sebegini. Jika tidak ada dalil,maka kita perlu tinggalkan ajaran yang songsang ini, yang tidak berdiri di syariat yang nyata.

Selasa, 9 September 2014

PENGALAMAN MENUKAR TAYAR KERETA

Tadi , jam 1 pm saya pergi menukar tayar kereta. Ini kali pertama sejak beli pada tahun  Mac 2011. Sebenarnya kereta ni jarang bergerak. Meter pun tak cecah 20 ribu km lagi.

Saya pun tak tahu kedai mana yang bagus. Harga pun tak tahu kedai mana yang murah. Tak survey dulu pun. Cuma tanya kawan dan rekemenkan kedai yang saya pergi ni. Apa ntah nama kedai ni.

Jenis tayar asal

Brigeston. Saiz tayar asal 205/55R16 91W tarikh dibuat 0311 minggu ketiga tahun 2011. Tayar baru pulak tak banyak pilihan dikedai ni, yang ada cuma tayar Pirelli dan Michelin. Michelin RM380.00. Pirelli harga setelah diskaun RM320.00 sebiji tayar, harga asal Rm330.

Tak tau lah murah ke mahal. Jadi saya ambil Pirelli. Saya banyak benda tak tahu pasal kereta ni, pasal tayar ke enjin ke, memang kurang. Tapi setakat ni kalau service memang saya hantar punya ke tempat servis. Tak de lah sampai tak servis langsung.

Video apa tu?

Video atas ni saya sendiri buat. Gabungan gambar-gambar di kedai tu. Saja nak kongsi pengalaman dengan yang lain. Kan ‘Sharing is Caring’.

Buat apa lagi selain tukar tayar?

Lepas pasang tayar saya buat alignment tayar tu. Kosnya RM40. Mahal ke? Entah lah. Jarang bha buat benda ni. Kalau beli barang online mungkin saya ada pengalaman lah. Kedai yang di atas ni, berdekatan dengan RHB. Orang Labuan tahu rasanya.

Membuat carian

Untuk makluman semua, sebelum saya menukar tayar ni, saya membuat carian di internet maklumat berkenaan tayar dan segala perkara yang berkaitan. Kenapa? Supaya tidak ditipu dan supaya kita berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Dan yang paling penting kita tahu apa yang kita buat. Saya bukan jenis orang yang boleh serah bulat-bulat satu-satu perkara kepada orang lain. “Trust has to be earn”. Kalau servis baik, pasti pelanggan akan datang lagi.

Tapi apa-apa pun tujuan tukar ni, lebih kepada keselamatan orang naik kereta ni, terutama keluarga saya. Kalau diri sendiri sahaja yang naik kereta, saya rasa tak tukar pun tak apa.

Rabu, 3 September 2014

2014 Feb. JALAN-JALAN MAKAN ANGIN: KUNDASANG

Percutian ni dah lama cuma baru berkesempatan nak update di sini.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Dari Labuan kami menaiki feri. Itu sahaja cara untuk keluar dari labuan menuju ke tanah besar. Lagipun kami pandu sendiri ke sana. Lebih selesa begini. Hehe.

Kami bermalam di Promenade Apartment dua malam. Tapi bukan dua hari berturut2 lah. Selepas satu malam, kami bertolak paginya ke Kundasang.

Agak excited ketika memandu ke sana. ye lah ini kali pertama saya bawa family ke sana. Sebelum ini saya pergi ke sana atas urusan kerja, pergi sendiri jer.

Alhamdulillah dapat juga pergi bersama ke Kundasang.

Hotel?
Promenade Apartment tu, saya tempah dan bayar secara atas talian sebab lebih murah. Mula-mula rasa ragu-ragu, boleh kah guna secara online ni. Tawakkal, jadi saya teruskan sahaja. Bila sampai sana saya tunjukkan bukti pembayaran, dan kemudian diproses dan di beri bilik.

Boleh pilih bilik?
Ye boleh tapi bergantung kepada kekosongan.

Hotel di Kundasang?
Saya dah cari online, tapi macam was-was jadi saya tak tempah. Bila sampai di sana baru cari hotel. Pergi sana, pergi sini. Kami melalui sebuah hotel, Cottage hotel, terlintas di minda macam pernah ada yang sebut nama hotel ni. Saya terus singgah. Sebenarnya ada kawan bagitau hotel ni di berpatutan harganya. Kebetulan saya terlihat.

Kami tinggal satu malam sahaja.

Apa yang menarik?
Tempat yang kami lawati antaranya:
1. Pasar sayur
2. Kawasan penternakan lembu susu, Dairy Farm (berbayar)
3. Memorial Park (berbayar)
4. Ladang strawberi (belum musim, tak dapat tengok)
Sebenarnya banyak lagi, cuma saya tak berkesempatan pergi semua. Yang pastinya ketika jalan balik ke Kota Kinabalu kami singgah di Rumah Terbalik.

Kami bermalam satu malam lagi di Promenade Apartment. Keesokannya kami ke pasar kering. Lepas zohor baru bertolak semula ke Menumbok.

Video tu dimuatkan gambar-gambar sekitar lawatan kami di sana. Ada tempat yang tidak dimasukkan sebab gambar tak dapat dikesan dan hilang kot.

Sekian.