Selasa, 26 Julai 2016

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 5- KEPUTUSAN TEMUDUGA

Saya diberitahu, bahawa keputusan akan dikeluarkan oleh JPA pada awal tahun 2016. Tapi tunggu, punya tunggu, tak keluar juga. Saya sangka tidak lulus atau apa, tapi alhamdulillah, bulan April 2016 keputusan keluar juga. Macam biasa, semak di laman e-sila JPA.


Masukkan nama pengguna dan kata laluan.



Alhamdulillah. Gembira. Lepas ni perlu hadiri taklimat HLP di UPM dan kursus QA di INTAN pula.

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 4- TEMUDUGA HLP di Presint 5.

*catatan di bawah dibuat selepas 7 bulan dari waktu temuduga. Banyak maklumat dah hilang tanpa dapat dikesan. Maaf.

Alhamdulillah, pagi tu dapat datang awal walaupun terkeliru jalan untuk ke sana. Maklumlah saya naik motor, memang guna 'waze', tapi sesat juga ler, walaupun begitu setelah tanya orang, saya sampai ke tempat temuduga, di Sekolah Rendah (kalau tak silap) Presint 5, Putrajaya.

Bilangan permohonan tahun 2016 yang lalu, adalah seramai 1100 orang (kalau tak silap) dan tempat kekosongan untuk HLP hanya 550 tempat sahaja. Temuduga diadakan beberapa hari. Saya hari yang kedua. Semasa sampai di sekolah tu, saya dapati ramai telah ada. Kebanyakan memakai pakaian segak ber'suit' lengkap. Saya pulak pakai baju kerja yang biasa dipakai, kemeja kolar mandarin. Terasa juga berlainan dengan orang lain, semua yang lelaki memakai tali leher saya memang tidak ler. Tapi buat tak tahu jer. Kalau fikir pasal tu jer, makin susah hati lah jawab nyer.


- Macam ni ler rupa baju kolar mandarin- 

Panel temuduga 3 orang terdiri dari pensyarah Universiti, pegawai JPA dan pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Saya diberitahu oleh rakan-rakan, kalau permohonan HLP secara kerja kursus, pemohon akan dipanggil dua orang- dua orang. Akan tetapi apabila tiba giliran saya, hanya saya seorang yang dipanggil untuk ditemduga. saya terfikir " mungkin sebab nama terakhir, dan tiada lagi orang yang nak dipasangkan dengan saya"

Semasa sesi temuduga tersebut, saya ditanya hal-hal berkaitan kajian saya tapi tidak detail, dan lain-lain soalan hanya berkisar hal-hal semasa. Tahap konfiden saya pada ketika itu agak tinggi. Tapi lulus atau tidak, tertakluk kepada panel-panel tersebut. Semasa saya habis ditemuduga, orang lain dah habis balik. Tu lah, nama bermula huruf 'z'. Nak buat macammana.



PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 3- TEMUDUGA HLP

Selepas menghantar permohonan ke JAKIM dan JPA, kena lah tunggu keputusan seterusnya iaitu panggilan temuduga.

Untuk kakitangan bukan gunasama seperti saya yang berkhdimat di bawah agensi JAKIM, pihak pengurusan tertinggi JAKIM sendiri akan menyenaraikanpendek nama yang layak. biasanya untuk kami, kalau berkhidmat belum 5 tahun, tidak akan dipertimbangkan untuk memberi laluan kepada orang yang telah lama berkhidmat yang belum pernah membuat permohonan.

Saya alhamdulillah dah 8 tahun berkhidmat, jadi tidak ada masalah berkenaan hal ni. Tidak lama kemudian setelah memeriksa laman E-sila, nama saya terpilih untuk temuduga HLP. Alhamdulillah.

JAKIM telah membuat satu inisiatif yang baru dengan memanggil calon-calon yang layak temuduga untuk menghadiri satu kursus persediaan temuduga HLP yang di dalamnya kami semua seramai 22 orang yang layak temuduga, diisi dengan penceramah yang menceritakan hal-hal yang sangat relevan berkaitan persediaan HLP ini.

Antaranya: Tatacara membuat proposal yang baik, pengalaman sebagai panel penemuduga, dan lain-lain lagi.

Keputusan temuduga dijangka pada bulan satu, sekiranya lulus. Kalau tak lulus, boleh cuba lagi tahun akan datang.

bersambung...

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 4- PENGHANTARAN OLEH SKYNET

Penghantaran Tv ni dibuat oleh Skynet. Nama yang gah, boleh menakluk dunia manusia hingga manusia menjadi pupus. Nama je lah yang gah.

Penjual menghantar barangan ke Skynet pada hari yang sama dan barangan tersebut telah sampai ke pej skynet Klang pada keesokan harinya. 

Dah lah bila tengok kat syarikat penjual tu, macam kedai dah tutup. Ni pulak skynet tak hantar-hantar barang walau pada hari yang sama. Sampai kat Skynet Klang pagi, ni sampai malam saya tengok tak dibuat penghantaran lagi. Saya tertanya lagi dalam hati "betul ker yang dihantar tu TV?" Saya pernah terbaca di internet ada yang membeli iPhone tapi dapat mangga (padlock). Makin risau dalam hati.

Saya cari lagi maklumat berkenaan penjual dalam page 11street tu. Cari dan cari dan cari, akhirnya jumpa alamat kedai penjual tu.


Alamat ni mujur ada yang bertanya pada ruangan Q&A, kalau tidak, tak tahu lah macamana perasaaan masa tu. Bila cek dalam google akhirnya jumpa alamatnya..
Lega rasanya bila dapat alamat kedai ni. Bila difikirkan semula, mungkin tempat yang buruk tadi tu gudang tempat simpanan baranan elektroniknya. Entahlah. Tapi yang penting sekarang ni Skynet tak hantar lagi barang ni.

Hari Khamis, menjelma. Barang masih belum dihantar. Terfikir "Apa masalah yang berlaku, barang tak dihantar lagi ni?" Saya buat carian di internet, ada orang bercerita berkenaan barang hilang sewaktu di Skynet, kemudian bila di buat aduan dan laporan polis dan sebagainya, barangnya tetap tak dijumpai.

Hati tak tenang lah jadinya. 

Hari jumaat, saya makin jadi tak tentu arah. Sebenarnya sejak beberapa hari saya hubungi skynet untuk bertanya pasal TV tu, tapi tak ada orang angkat telefon. Hari ni saya cuba lagi, alhamdulillah kali ni saya bernasib baik, ada yang angkat. Saya bertanya memberikan operator nombor penghantaran, kemudian dia memeriksanya, lalu memberitahu saya, "barang ni akan di hantar pada hari isnin". Saya disebabkan tidak dapat bersabar lagi, saya memberitahu "kalau saya datang ambil sendiri boleh ker?" Esok hari sabtu, sesuai untuk saya ambil, kalau hari kerja susah nak berbuat demikian.

Selasa, 19 Julai 2016

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 3- PENGHANTARAN OLEH PENJUAL

Setelah pembayaran dibuat, penjual tidak mengambil masa yang lama untuk membuat penghantaran. Ia dibuat pada hari yang sama.
Saya beli pada 12 Julai 2016, penjual hantar pada 12 Julai juga. Cepat dan pantas. Pada keesokan harinya, ianya telah sampai di Pusat Skynet Klang (CR5). 

Penghantaran di buat di Ipoh. Alamat penjual tidak dapat dilihat sebelum membuat pembayaran. Ianya hanya dapat dilihat selepas pembayaran di buat. Akan tetapi kita boleh mengetahui di Daerah mana lokasi penjual.

yang di atas tu , alamat penjual. Jadi saya pun lihatlah alamat ini dalam Google Maps dengan menggunakan Street View.

Bila saya tengok kawasan ni dalam Google Maps, saya rasa terkejut. "Biar betul" kata saya dalam hati.

Saya pandang ke belakang pula. Pun sama juga, masih terjekut. Pastu saya jalan-jalan dalam peta ni. Saya terlihat ada satu kedai elektrik, tapi tutup pula. Hmmm...
Betul ker ini kedainya, takkan aku kena tipu kot. Hati berdebar-debar, harapnya janganlah. Kalau kena  tipu, habis terbang duit saya.

Bersambung...

Jumaat, 15 Julai 2016

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 2- INSTALLMENT

Kad kredit yang saya pernah guna ialah AEON, BSN n Maybank. Kad yang selalu saya guna ialah Maybank Ikhwan.

Untuk pembelian online secara ansuran, kali ni adalah kali yang ke berapa yer, tak ingat, ketiga mungkin. Dua di Lazada dan kali ini di 11 Street.

Yang di atas tu pembayaran bulanan yang telah dikreditkan di akaun kad kredit saya. RM120.83 sebulan selama 18 bulan. Ye tanpa interest atau 0% interest.


Sekarang ni pembayaran dah di buat, nak tunggu penghantaran pula oleh penjual.

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 1

Setakat ni saya belum pernah lagi beli tv secara atas talian. Yang saya pernah beli sebelum ni set PC dan tablet. Alhamdulillah semuanya ok.

TV? ye TV? Berapa inci? Hehe sebenarnya nak kata kecik tak jugak, agak besar, 49 inci.

Memang tengah cari TV baru memandangkan tv lama dah berusia 10 tahun dan tidak mesra teknologi terkini. Jadi dah tiba masa untuk cari tv baru. Awal Ramadan 1437 tempohari ada rakan yang menawarkan tv Samsung beli terus dari kilang dengan harga yang WOW murah. Tapi mendukacitakan hingga sampai hari raya tv tak kunjung tiba. Hampa.

Khamis, 23 Jun 2016

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 2- PERMOHONAN

Penyediaan Proposal HLP

Saya masa nak memohon HLP ni, memang tak nak pilih full research sebab merasakan diri tak berkemampuan. Jadi saya pilih tawaran secara kerja kursus. Untuk yang memilih secara kerja kursus, tidak perlu panjang-panjang, hanya 3 muka surat sahaja. Tidak seperti yang memilih secara full research, mereka perlu buat proposal lengkap hampir 15 muka surat.

 Tajuk yang saya pilih berkaitan dengan aliran pemikiran, kalau dikhususkan, kajian ini kan lebih menjurus tentang aliran pemikiran freethought di Malaysia.

Proposal yang siap tadi tu, perlu dibuat beberapa salinan dan dihantar ke Bahagian Latihan dan seterusnya satu mesyuarat panel pemilihan akan dibuat untuk memilih orang yang berkelayakan sebelum dibawa kepada JPA.

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 1

Ni serba sedikit tentang pengamalan sebelum mendapat HLP.

Saya sebenarnya dah lama nak memohon sejak dari tahun 2012 lagi. Disebabkan saya ni lantikan JAKIM, maka segala permohonan akan melalui JAKIM. Jika mengikut syarat yang digariskan oleh JPA permohonan HLP tiga tahun selepas berkhidmat. Tapi disebabkan ada syarat tambahan yang ditetapkan, maka setiap kami dibolehkan memohon selepas lima tahun berkhidmat.

Jadi kali ini sampailah peluang saya untuk memohon. Baru nak mohon, dapat tak tau lagi. Macam biasa, buka lamanweb JPA esila. Di situ maklumat yang diperlukan boleh didapati. Bila dah log-in baru boleh dapat surat yang macam di bawah ni.


 Ada syarat-syarat yang mesti ditunaikan, kalau tak, nanti tak lepas.
ni antaranya:

Dipendekkan cerita semua salinan dokumen dan juga proposal (hardcopy) perlu dihantar kepada ketua jabatan melalui Bahagian Latihan. Kalau yang softcopy pulak upload dan lepas tu hantar. Dua-dua proses ni sama penting kerana kalau hanya mohon dengan esila tapi tak mendapat kelulusan ketua jabatan, JPA tetap tidak akan membenarkan permohonan ini diluluskan.

nanti akan datang saya cerita berkaitan dengan proposal pulak...

Sabtu, 14 Mei 2016

BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 3

Jadi persoalannya: Patutkah anda ikut jejak langkah saya?

Kiraan keuntungan (jika ada)

Kalau saya dapat sebulan RM1,000.00:

Sebulan (RM) Setahun (RM) 3 tahun (RM)
1,000.00 12,000.00 36,000.00

Jadi dalam masa tiga tahun saya telah mendapat keuntungan sebanyak RM12,000. Kemudian jika dibahagi tiga tahun, maka saya mendapat keuntungan RM4,000 setahun, tapi keuntungan hanya boleh didapati pada tahun ketiga. Tahun sebelum tu, tiada apa-apa keuntungan, hanya menunggu waktu untuk balik modal.

Kerosakan atau servis
Untuk servis, pihak syarikat memberikan servis percuma dua kali setahun sampai bila-bila. Akan tetapi jika terdapat kerosakan, hanya pada tahun pertama sahaja tidak ada apa-apa bayaran dikenakan. Kalau kerusi tu rosak, kena lah baiki dan pada tahun kedua tiada lagi percuma pembaikan. Alat ganti yang ditukar perlu dibayar harganya. Jadi keuntungan makin lah kurang.

Pertama saya bukan ejen. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam syarikat ini. 

Pandangan saya secara peribadi:

  1. Fikirkan baik-baik di mana anda nak letakkan duit anda. Kalau anda letak dalam Tabung Haji atau ASB, walaupun pulangannya kurang 10%, tetapi duit anda tetap milik anda, duit anda masih dalam bank dan boleh digunakan dengan apa cara yang anda pilih. Maksud saya duit anda masih selamat.
  2. Keuntungannya bisnes kerusi urut ni tak pasti. Kalau banyak, alhamdulillah, kalau sedikit, alhamdulillah. Dah rezeki banyak tu.
  3. Kalau jumpa syarikat lain yang menawarkan tawaran yang lebih hebat lagi dengan harga yang murah, sangatlah elok. Buat carian terlebih dahulu sebelum menceburi bidang ini. Hehe. Dengan ilmu yang cukup, tiada penyesalan dengan keputusan yang dibuat.
  4. Pelaburan cara ini, satu pelaburan jangka panjang, bukan jangka pendek, kalau anda mengharapkan pulangan yang cepat dan banyak, carilah bisnes atau pelaburan yang lain.
Perjalanan saya dalam bisnes ni masih panjang, sebab saya baru sahaja menceburi bidang ini tak sampai seminggu.

sambunga....

BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 3

Selesai solat saya pun tak banyak fikir dah, saya jawab setuju dengan tawaran yang diberikan, kerana saya optimis bahawa peluang pasti ada. Dan saya doa dalam hati, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah segala urusan selepas ini.

Bayaran muka yang dicadangkan ialah 30% dari harga jual, iaitu RM7,200. Banyaknya... mana nak cekau duit banyak ni, Wakil syarikat tu beritahu bayaran perlu dibuat hari ini juga, kalau tidak harga bukan lagi harga promosi. Adoiii, macam perangkap pula rasanya. wakil syarikat juga mambawa bersama mesin yang boleh swap kad kredit tu. Ermmm... macam nak kena bayar jugaklah nampaknya.

Sekarang kerusi telah di pasang. Iaitu selepas beberapa hari bayaran dibuat.
Ni gambar kerusi yang telah dipasang.

Sekarang saya terfikir boleh ke dapat untung ni. Saya buat kira-kira:

Kalau saya buat loan selama 5 tahun dengan kadar 4% setahun, bayaran bulanan ialah: RM442. Ini bermakna saya perlu membuat jualan/kutipan sebanyak RM800 sebulan jika saya inginkan keuntungan, kerana ada sewaan tapak yang perlu dibayar. Jika tidak, saya tidak akan mendapat pasif income.

BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 2

Ini sambungan daripada yang lalu.

Berikut adalah penerangan dari wakil syarikat. Di atas meja di food court itu, diletakkan brochur, di dalamnya ada maklumat berkaitan vending machine. Ini sebahagian dari yang saya ingat. 

  1. Perbandingan dengan dengan saham. Kalau masuk ASB, pulangan keuntungan tahunan hanya sekitar 8% hingga 10%. Katakan melabur RM20 ribu, pulangan setahun sekitar RM1,800 hingga RM2,000. Begitu juga jika menyimpan di Tabung Haji. Tentunya kita mahukan pulangan yang lebih jika boleh, tapi itu sahaja yang kita dapat kalau melabur di institusi pelaburan. Bagaimana pandangan anda jika dalam kita melabur, kita mendapat pulangan sehingga 40% setahun?
  2. Ada seorang kontraktor berniaga menggunakan vending machine, pada mulanya satu mesin, tetapi sekarang telah mencapai 5 mesin. Dan pulangan yang dia capai sebulan sebanyak RM16 ribu. Dia dah beli sebuah lori untuk angkut air itn dan telah ada dua orang pekerja khas untuk membuat pembelian secara borong dan untuk mengisi semula vending machine yang telah kosong.

BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME?

Baru-baru ni saya terfikir bagaimana nak tambah duit secara pasif. Maksudnya saya ni malas nak berniaga secara berdepan dengan orang, jadi macamana nak tambah duit.

Ada kawan bercerita tentang vending machine. Mesin ni ada beberapa jenis antaranya mesin air RO (air tapis), mesin jual air tin atau kotak,  mesin urut dan mesin basuh. Sorang kawan saya meniaga vending mesin RO, sorang lagi pulak pulak vending machine air tin. Daripada cerita diorang ni, baru hati rasa terbuka juga nak buat jika ada peluang.

Jadi terfikir mana satu yang terbaik. Kalau nak beli mesin jual air tin, kena topup setiap masa, kalau dah habis. Masalahnya saya tak berapa ada masa untuk ke sana untuk topup. Jadi pilihan yang ada hanya mesin kerusi urut.

Selasa, 16 Februari 2016

INGIN SERTAI ISBAT HAFAZAN NEGERI SELANGOR

Mungkin ramai yang pernah dengar dan mungkin juga ada yang tidak pernah dengar. Kalau huffaz biasa dah tahu lah pasal benda ni.

Saya pun dah lama dengar, cuma kali ni baru berkesempatan untuk memohon. Ye lah dulu, kerja di Labuan, lima tahun pulak tu. Tak dapat nak sertai sekali.

Saya nak memohon ni pun sebab nak menggalakkan diri mengulang hafalan quran, kalau tak, susah sikit, dan kadang kala sendiri cari alasan untuk bertangguh. Semangat dah ada, cuma takut luntur jer.

Isbat Hafazan ni ada syarat-syaratnya. Bukan semua boleh memohon. Dalam borang tertulis "keutamaan diberikan kepada pemohon kelahiran Selangor". Saya pun nak cuba nasib sahaja, sebab saya dilahirkan di Perak, sebab abah dulu kerja kat Perak. Saya bukan boleh pilih nak dilahirkan dimana. Tahu-tahu jer dah pun dilahirkan ke dunia ni dengan selamat. Kalau boleh pilih, mungkin pilih kat Mekah ker, Madinah ker, London ker, hehe.

Abah lahir di Selangor, dalam ic tercatat "10" nombor tengah-tengah. Nenek dan atuk berasal dari Johor, merantau ke Selangor menjadi peneroka. Apa-apa pun, boleh lah kot mohon sebab abah orang Selangor. Saya pun orang Selangor juga, alamat dalam IC Selangor atau sebagai pemastautin. Lagi satu yang problematik sikit, dalam syarat tu menyatakan "Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak yang lahir di Negeri Selangor", tak tau lah dapat sertai atau tidak nanti. Tunggu dan lihat je lah, sebab borang belum hantar lagi. Mungkin hari ni baru nak hantar, tengahari sikit, atau pun besok, bergantung kepada sempat atau tidak, dan dapat pelepasan atau tidak. Ye lah nak keluar dari ofis mesti dapat kebenaran bos dulu.

Ok lah, nanti saya kemaskini lagi.


Isnin, 15 Februari 2016

Beli barang via Lazada- Express delivery

Semalam (14 Feb 2016, 5.30pm) beli telefon bimbit melalui Lazada menggunakan penghantaran ekspress. Kalau ikut dalam website dijangka sampai hari ini 15 Feb 2016. Setakat sekarang (12.10pm) ni belum sampai lagi. Biasanya penghantaran ekspres ni untuk kawasan dalam wilayah jer.

Haaa... tu lah telefon yang dibeli. Harapnya performance sama hebat seperti yang tercatit di atas kertas.

Kalau guna alamat rumah saya, tiada penghantaran ekspress disediakan.  Hanya penghantaran biasa. Saya beli telefon ni setelah membuat perbandingan dengan banyak jenis telefon di pasaran. Telefon ni didapati antara yang paling tinggi spesifikasi dalam kelasnya yaitu kelas pertengahan dan harga dalam bajet saya. Kalau nak cari yang hi-end, kena berhutang lah nampaknya, guna kredit kad. Kredit kad ni bahaya kalau dah terlalu banyak komitment, takut tersangkut bayaran, dia punya bunga kembang semangkuklah nampaknya. Beli tunai pilihan yang paling baik buat saya masa ini.


KEHILANGAN BUKU KESIHATAN ANAK (UPDATED)

Pertama-tamanya, alhamdulillah, buku tu dah jumpa. Sebenarnya saya pun memang dah tak ingat letak buku tu di mana. Maklumlah berpindah randah. Dulu kerja di Labuan, sekarang dah balik semenanjung. Barang-barang masa pindah tu, apa yang boleh muat dalam kotak-kotak tu, semua disumbat. Hehe.

Berbalik kepada buku tu, cari dalam rumah yang saya duduki sekarang memang tak jumpa. Dah punggah kotak-kotak yang belum dibuka. Teringat dalam kereta yang dah jual hari tu. Sebabnya, rasa macam ada terlihat dalam kereta tu. Kereta Kelisa tahun 2004. Tapi entahlah, rasanya masa nak serah pada pembeli hari tu, dah keluarkan semua barang dalam kereta.

Bukan apa nak cari buku ni. Pihak sekolah anak minta untuk direkodkan nanti kalau-kalau ada pemvaksinan imunisasi pada masa akan datang dan untuk melihat rekod suntikan yang telah diambil semasa kecil.

Setelah cari tak jumpa-jumpa. Masa pun berlalu, sehari, dua hari, seminggu dua minggu. Kemudian saya lihat buku tu ada dalam bilik. Hairan sungguh, hari tu semasa cari memang tak jumpa, tapi hari ni pula ada. Saya pun bertanya kepada isteri "Jumpa kat mana buku ni?". Jawab isteri "Kat kampung". Di kampung rupanya. Patutlah cari di rumah tak jumpa. Katanya adik ipar yang carikan dalam dua peti plastik yang disimpan di kampung.

Alhamdulillah jumpa. Hilang resah dan susah hati.

Isnin, 11 Januari 2016

PANTAI REMIS DI PETANG SABTU

Kali ni bawak anak-anak pergi ke pantai Remis Jeram. Ala bukan jauh pun. Pantai belakang rumah jer. Bukan betul-betul belakan rumah, tapi dekat betul lah, dan terletak di jalan belakang rumah untuk ke sana. 

Biasanya jarang ke sana. Entah lah tak tahu apa tarikan yang ada. Laut pun tak boleh dibuat mandi. Gerai meniaga memang banyak, jadi kalau pergi duit tu memang terbanglah.. hehe. Budak-budak nengok mainan, makanan, air, merengek-rengek nak. 
Ramai orang di sini petang ni. Tak sangka ramai. Mungkin semua pun macam saya, datang sekadar nak hiburkan anak-anak daripada terperap kat rumah. Saya pun naik boring jugak tak de buat apa-apa di rumah. jadi tu yang ajak ke sini. Alhamdulillah parking senang dapat walau jalan sesak pada petang tu.

BELI MOTOR TANPA RIBA?

Saya dah beberapa kali membeli motor. Suzuki 120 RG Sport, Modenas Kriss 120 dan yang terkini Yamaha LC135.

Dua motor saya beli secara cash dan satu secara hutang kedai. Yang tunai tu alhamdulillah. Yang hutang kedai ni, saya tercari-cari yang boleh menjual secara islamik. Tapi menghampakan, tak ada yang boleh dan tahu jual beli secara Islam memandangkan 99% kedai motor adalah pemilikan non muslim. tak hairanlah jika tawaran yang diberikan hanya secara konvensional.

Saya tidak punya pilihan lain pada ketika itu. Kisah lama sebenarnya, tahun 2008 dahulu. Sekarang pun saya masih tak pasti kedai mana yang boleh jual secara islamik.

kalau secara konvensional (harga jual + bunga) bahagi bulan pinjaman = bayaran bulanan. Di sini bayaran yang di bayar bukan harga jual, tapi harga yang berubah setelah dicampur dengan bunga.

contoh: sekadar contoh. bukan harga motor saya. hehe.

Harga Motor: RM37500.00 + GST RM 2250.00= RM 39750.00
Kadar bunga: +- 5%. setahun.  berbeza ikut kedai. kat sini saya main letak jer.
Kadar bunga setahun=  RM39750.00 x 5%=  RM 1987.50

Kadar bunga 5 tahun (ini kalau nak pinjam 5 tahun lah): RM 1987.50 x 5= RM9937.50

Kadar bayaran bulanan = (RM 39750.00 + RM 9937.50) bahagi 120 bulan = RM414.10

dalam kiraan di atas, harga jual tidak sama dengan harga akhir yang dibayar. Sepatutnya harga jual tidak berubah. Pertambahan inilah dipanggil riba. Dan dalam satu jual beli hanya boleh ada satu harga sahaja untuk satu barang yang dibeli. Riba dalam transaksi ini ialah RM 9937.50. Tu kalau sorang yang buat riba, kalau 10 orang berapa agaknya riba yang dijana. Kalau seratus? Lagi banyak... tu belum kira berapa banyak motor atas jalan.

Dalam transaksi riba, kelewatan pembayaran akan menyebabkan denda dikenakan. Dan hutang menjadi semakin banyak setiap kali denda dikenakan. Hutang + denda dan kadar bayaran baru adalah dikira selepas jumlah baru tadi dikira. Riba atas riba.

Kalau secara islamik: (Harga jual) bahagi (bulan pembiayaan) = bayaran bulanan.

Harga jual: Disebabkan transaksi jualbeli ini secara ansuran, maka kedai akan membuat pengiraan lain berbanding harga tunai. Harga tunai = RM 39750.00 atas jalan.

Setelah mengambil kira kadar keuntungan yang perlu diperoleh oleh kedai maka kedai menjual motor tadi dengan mengambil keuntungan sebanyak 5% menjadikan harga jual motor tadi sebanyak :RM 49686.50.

Jadi motor dijual dengan harga yang dipersetujui bersama iaitu RM 49686.50. Ini harga jual yer. Jadi lepas ni takde lagi pertambahan ada harga. Harga dah tetap.

Pembanyaran bulanan sebanyak RM 414.10.

Apa beza dengan transaksi di atas?

yang pertama ada pertambahan pada harga ketika akad. Pertambahan=riba.
Pada yang kedua harga adalah sama tanpa pertambahan. Tiada pertambahan= tiada riba.

Apsal tak jual murah-murah, dah kata takde riba.
Penjual berhak menjual barangannya mengikut apa yang dirasakan sesuai. Namun, pembeli ada hak untuk membuat penawaran untuk menurunkan harga. Jadi jadilah pembeli yang bijak (berfikir untuk kehidupan dunia dan akhirat)



KEHILANGAN BUKU REKOD KESIHATAN ANAK

Satu benda yang memang dianggap tidak penting ialah Buku rekod kesihatan anak. Saya dah lama tak bawak anak pergi klinik untuk imunisasi dan tak pasti pada umur berapa yang perlu diimunisasi.

Sekarang pulak, barulah menggelabah mencari buku yang entah dimana letaknya, setelah beberapa tidak dipedulikan. Sebabnya: anak saya masuk darjah satu 2016. Cikgu sekolah minta buku tu. 

Apa yang perlu dibuat?
Saya cari no telefon Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkenaan perkara ni, saya disambungkan ke bahagian pembangunan kesihatan, dan dari situ saya disambung ke satu unit, saya tak pasti unit apa. Saya diminta menghubungi klinik kesihatan yang pernah dikunjungi untuk imunisasi anak. Saya terbayang Labuan. Dulu tinggal di Labuan, dan pernah bawa anak ke Klinik Kesihatan di sana. 

Yes. Dah ada jalan nak selesaikan. Tapi... yang jadi masalah, saya dah tidak tinggal di Labuan. Tapi apa pun saya hubungi Labuan untuk bertanya berkenaan perkara ini. Saya diminta menghubungi Bilik 7 dan saya diberi no telefon untuk dihubungi. Setakat ini saya belum call Bilik 7 tu. Mungkin ada yang tertanya apsal bilik 7. Bilik tu memang khas untuk urusan kanak-kanak.

Baru sahaja hubungi klinik tu, butiran anak saya berikan dan pegawai yang menjawap panggilan menyatakan akan menghubungi saya berkenaan hasil pencarian rekod suntikan anak di sana. Jadi sekarang ini saya akan menunggu hingga dapat hasil carian dan selepas itu saya akan memaklumkan kepada pihak sekolah.