Isnin, 15 Oktober 2012

Ceramah Bicara Syiria

Disampaikan oleh : Moderator: Sham Kamikaze
Panel: 
1. Us . Nazmi
2. Us Abdul Rahman Muqri
3. Dr. Zainul Rashid

Bertempat di Masjid Jamek Annur, Labuan.
Pada: 13 Oktober 2012 (Sabtu) yang lalu.
Waktu:  Selepas solat fardu Isyak (8.00 pm)

Sebahagian daripada hadirin yang khusuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Ucapan alu-aluan oleh pihak penganjur program ini. Gambar kiri: Syeikh Abdul Rahman Muqri dari Syiria

Alhamdulillah ramai juga yang masih setia menunggu sehingga selesai ceramah.




Isi kandungan ceramah:
1. Pengenalan Syiria dari sudut geografi dan dari sunnah nabi
2. Sejarah kepimpinan syiria
3. Punca terjadi peristiwa kebangkitan rakyat
4. Perkara yang berlaku sepanjang kebangkitan rakyat menolak pemimpin yang zalim. (Pembunuhan oleh pemerintah)
5. Isu akidah pemimpin dan rakyat syiria
6. Harapan rakyat syiria

Harapan saya:
1. Agar semua rakyat malaysia sentiasa beramal dengan al-Quran dan Sunnah
2. Sentiasa menjadikan peristiwa yang berlaku sekeliling kita sebagai panduan dan iktibar yang berguna.
3. Doakan kesejahteraan semua ummat islam diseluruh dunia.


Rabu, 3 Oktober 2012

Perjalanan hari ini

Agak kelam kabut sedikit perjalanan hari ini. Biasanya saya akan daftar masuk online sehari sebelum. Tapi pada kali ini, entah mengapa tidak teringat.

Penerbangan dijadualkan berlepas 7.45am. Jam 7am saya masih di rumah. Ishhh... Berdebar jantung takut tak sempat daftar masuk. Kaunter pulak akan ditutup jam 7.15am. Cumanya-Alhamdulillah-rumah dekat dengan airport. 2 minit dah sampai.

Memang tadi keluar rumah, tergesa-gesa. Hidupkan enjin motor, masuk gear terus jalan. Sekarang ni, motor saya parkir di airport. Insya Allah, motor tu selamat.

Sekarang ni, (semasa menulis) dalam pesawat. 

Bila direnung kembali, mengapa perlu berdebar-debar? Sedangkan, kalau terlepas pun boleh tukar ke penerbangan pada waktu petang. (Untuk makluman tiket menggunakan waran kerajaan. Urusan rasmi kerja).

Terfikir lagi.... Kalau berkaitan urusan agama ada tak saya rasa macam ini?? Bimbang terlewat solat setelah masuk waktu. Terkejar-kejar untuk datang ceramah. Takut terlewat apabila berjanji. Ada ke tidak yer??

Jawapannya: Ya dan tidak. Kadang ya. Kadang tidak. Masih perlu penambahbaikan dalam pengurusan akhirat.

Ya Allah perbaiki diriku dalam amalan agamaku. AMIIIN.

Perjalanan mengambil masa dua jam 30 minit +-. Apa yang boleh dibuat??  :) 1. Tidor. 2. Main game android. 3. Tengok cerita. 4. Ngaji quran. 5. Termenung aka khayalan. 6. Bersembang dengan orang sebelah.

Tak perlulah saya sebut apa yang saya buat dalam tempoh 2jam ni. Cumanya saya cuba mengisi dengan sebaik mungkin. Bermanfaat dunia akhirat. Yang nyata sebahagian masa saya, digunakan untuk menulis di blog ini.

Ya Allah, Taqabbal minni solihal a'mal. Bermaksud: Ya Allah, Terima lah amal baikku. Amiiin.

Bersambung lagi insya Allah.. :)