Jumaat, 15 Januari 2010

JESUS DI DALAM QURAN

Antara perkara yang jarang diketahui oleh orang Kristian ialah orang islam sentiasa menggambarkan penghormatan yang tinggi terhadap Jesus dan Ibunya adalah datang dan terbitnya dari sumbur rujukan utama orang islam iaitu al-Quran yang mulia. Mereka juga tidak mengetahui bahawa nama jesus tidak disebut dalam bahasa sendiri, tanpa menyebut Eesa alai-hiss-salam (Jesus peace be upon him).

Setiap kali orang islam menyebut nama Jesus (A.S) tanpa menyambung ungkapan penghormatan ini, mereka akan dianggap biadap. Orang Kristian juga tidak mengetahui bahawa kitab al-Quran menyebut nama Jesus sebanyak lima kali lebih banyak daripada nama nabi bagi orang islam, iaitu secara tepat dua puluh lima kali. Contohnya:

وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَأَيَّدۡنَـٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِ‌ۗ


dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). (2:87)


يَـٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ۬ مِّنۡهُ ٱسۡمُهُ ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ

Wahai Mariam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, (3:45)



إِنَّمَا ٱلۡمَسِيحُ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ

sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah .(4:171)



وَزَكَرِيَّا وَيَحۡيَىٰ وَعِيسَىٰ وَإِلۡيَاسَ‌ۖ كُلٌّ۬ مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ

Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.
(6:85)