Rabu, 27 Jun 2012

Kenapa perlu jaga gigi...

Gigi perlu dijaga setiap hari. 
Budak tadika suka nyanyi "Bangun pagi, gosok gigi, terus mandi, pakai baju, minum susu, makan roti, pergi sekolah, senang hati hahahaha". Kalau anak malas bangun saya ada juga nyanyikan lagu ni, supaya mudah bangun n mandi. Kadang-kadang tak jugak menjadi. Menyanyi (menangis) waktu bangun tu biasa la.

Berkaitan dengan gigi, Nabi mengajarkan kepada umatnya supaya menjaga kebersihan termasuk kebersihan mulut. Nabi menyebut:



ﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : " ﻟﻮﻻ ﺃﻥ ﺃﺷﻖ ﻋﻠﻰ ﺃﻣﺘﻲ ﻷﻣﺮﺗﻬﻢ ﺑﺎﻟﺴﻮﺍﻙ ﻣﻊ ﻛﻞ ﺻﻼﺓ
Kalau lah tidak menyusahkan bagi umatku, nescaya aku akan perintahkan bersiwak pada tiap kali solat. Muttafaqun Alaih. HR Bukhari dan Muslim.

Perkataan SIWAK bermaksud: Penggunaan batang kayu atau selainnya untuk menghilangkan kekuningan dan selainnya.
Gambar Kayu Siwak sebelum dipotong-potong



Gambar kayu siwak setelah dipotong-potong


Gambar Siwak moden @ Berus gigi

Dalam perspektif hari apabila disebut bersiwak maka ia adalah sama dengan gosok gigi. Bagi yang nak gunakan kayu siwak,silakan,manakala yang ingin menggunakan berus gigi juga dibolehkan.
Yang paling penting menggosok gigi perlu kerap. Makin banyak makanan masuk melalui mulut kita, maka makin keraplah kita perlu menggosok gigi.

Gambar di Klinik Pergigian Labuan (Sori ek pakcik, masuk gambar dalam my blog)

Saya bercerita pasal gigi ni, bukan sebab apa. Hari ni gigi saya sakit. Ermmm mesti ada kata "Tak gosok gigi lah tu. Pemalas".
Entahlah... 2 kali sehari cukup tak ye? Rasanya cukup. Tak begitu? Mungkin lepas ni perlu lebih lagi agaknya.

Apa-apa pun,saya banyak terfikir tentang gigi hari ni. Alhamdulillah... Bila dalam keadaan yang begini, kita akan terfikir nikmat Allah yang diberi terlalu banyak. Satu nikmat ditarik kita sebenarnya perlu tambah SYUKUR dalam diri kerana masih ada banyakkkkk nikmat yang ada pada diri kita.

Berkenaan dengan gigi, rasanya semua orang amat menjaga giginya. Ia merupakan imej bagi dirinya. Bila bersua dengan orang, pasti kita melihat giginya. Malu kalau gigi depan RONGAK.



Jaga gigi apa kesannya?
1. Gigi cantik senyuman menawan.
2. Boleh makan semua jenis makanan yang keras atau yang lembut.
3. Tiada kerosakan
4. Tiada sakit gigi.



Kalau tak jaga pulak apa akan jadi.
1. Melopong je la tengok orang makan.
2. Telan terus sebab tak leh kunyah
3. Dipanggil RONGAK. Hahaha
4. Sakit gigi. Tak leh tidor malam. Ni yang paling tak best.
5. Menyesal seumur hidup... Apsal la aku tak gosok gigi. Tak dapek nak nolong haa.


Gambar time ambil ubat... ramai betul orang sakit bah

Kalau orang yang selalu gosok gigi bila sehari tak gosok, pasti akan rasa kelainan dan ketidakselesaan dalam diri dan kurang keyakinan diri. Bagi orang memang tak pernah gosok gigi pasti tiada terasa apa-apa walaupun taik gigi banyak.

Begitu juga bagi orang yang selalu berbuat perkara mendekati Allah apabila tertinggal amalan tersebut pasti akan merasa sesuatu yang tidak kena dalam dirinya. Bagi orang yang amat jauh dari tuhannya pasti tiada terasa wlau tidak pernah berbuat ibadat kepada tuhannya.

Jadi, sebagaimana anda jaga gigi anda kerana tidak mahu menghadapi kesakitan sekiranya tidak jaga gigi. Maka jagalah ibadat anda sekiranya anda tidak mahu menghadapi hari kiamat yang azabnya lebih pedih dari sakit gigi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan