Sabtu, 6 Februari 2010

Pengalaman membeli rumah lelong pertama (siri 1)

Sebelum aku terfikir nak beli rumah lelong ni, aku ada menyertai banyak jenis pelaburan @perniagaan tapi semua tak menjadi. Tak tau lah sebab apa. Aku yang tek reti, atau I’m not into it.

Aku pun cari di internet cara-cara nak jadi jutawan. Baca banyak blog. Baca web itu web ini. Nak timba ilmu melalui pengalaman orang lain. Akhirnya ternampak cerita pasal hartanah kisah-kisah kejayaan orang dalam perkara ini. So aku gali lagi ilmu tentang benda ni sampai aku rasa yakin. Bertahun juga nak dapat keyakinan dari segi mental fizikal dan kewangan. Aku dah cerita kat isteri aku pasal ni dia kata ok.
Aku melayari internet untuk mencari bakal rumah. Aku ada jumpa yang murah tapi aku terfikir wajarkah aku beli? Ada orang nak sewa tak nanti? Kalau jual margin untung lak macamana? Ish banyak benda aku tak leh nak jawab. Maklumlah benda baru, so kena cari mentor untuk kasi semangat.

Aku layar lagi internet untuk cari maklumat. Terjumpa dengan satu blog yang menceritakan pengalamannya menjadi broker hartanah walau masih bekerja makan gaji (dua dalam satu). Itu menambah semangat aku untuk teruskan. Lagi-lagi apabila aku terbaca orang tersebut telah berhenti bekerja makan gaji dan menjadi broker hartanah sepenuh masa.

Korang tau tak masa dia berenti makan gaji tu tumah dia besar mana? Untuk makluman nama dia PIE . korang cari ler kat tenet ni , mesti jumpa punya. Kereta besar mana? Motor pulak besar mana? Ish gilerrrrr-gilerrrr kaya. Jadi aku terfikir kalau dia boleh buat aku tentu boleh buat. Rumah dia besar woooo. Aku tak penah pegi, tengok kat web dia je. Kereta alphad pun nengok kat web. Motor dia BMW pun kat web jugak.

Pastu ada blog yang lain pulak cerita pasal rumah2 lelong. Rupa-rupanya kawan kepada orang diatas tadi. Jadi aku pun call. Kenapa aku tak call orang yang di atas. Entah la segan kot. Aku pun berjumpa dengan en. BRI namanya. Dia bagi tips yang aku rasa amat berharga, terutama dalam bab member semangat untuk bermula satu langkah pertama. TERIMA KASIH atas tips anda.

Nanti aku sambung lagi......