Sabtu, 2 Jun 2012

Persamaan: Islam, Kristian dan Judaism (Siri 1)


Khabar yang dibawa oleh nabi

وَإِنْ مِنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ 

Fatir:24. Verily we have sent Thee In truth, As a bearer of glad tidings, and As a warner: and there never was a people, without a warner having lived among them (in the past).


24. Sesungguhnya Kami mengutusmu Dengan (ugama) Yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada Dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

Rasul yang disebut dalam al-quran ada 25 orang.Seramai 124,000 orang nabi diutuskan. Musa, Ibrahim, Adam dll. Hanya islam agama selain kristian yang mempunyai kepercayaan yang bercampur iaitu dengan mempercayai jesus (isa). 

Tiada muslim yang benar2 muslim selagi tidak beriman dengan nabi isa.

      i.      Kami percaya bahawa nabi isa adalah seorang nabi yang diutuskan oleh allah.
     ii.      Kami percaya bahawa isa (jesus) adalah messiah (Christ) al-masih.
    iii.     Kami percaya bahawa jesus adalah telah dilahirkan secara ajaib tanpa sentuhan lelaki yang mana ramai dikalangan kristian moden tidak mempercayainya.
    iv.      Kami percaya bahawa jesus telah menghidupkan yang mati dengan izin tuhannya.
     v.      Kami percaya bahawa jesus telah menyembuhkan orang dengan izin tuhannya.
Namun begitu, setiap rasul yang datang sebelum Muhammad adalah ditujukan untuk kaumnya pada ketika itu sahaja. 

Bank Tenaga: Yoobao 11200 mAh

Apa khabar? Kali ni terasa nak buat ulasan (review) berkenaan peralatan elektronik yang sedang digunakan. Dalam bahasa orang putih, benda ni disebut POWER BANK YOOBOA 11200 MAH.

Apa gunanya? untuk mengecas peralatan elektronik seperti telefon bimbit dan internet pad. Jenis hp yang boleh guna alat ni untuk mengecas adalah:

1. iPad, iPad2, iPhone4, 4G,4GS,3GS, 3G, iPod Touch
2. Motorola Droid
3. HTC Android
4. Blackberry
5. Samsung Galaxy S
6. dan banyak lagi

Kenapa saya beli? Ermmmm. Hp yang saya gunakan sekarang ni iaitu Samsung Galaxy SII, rasanya kuat makan bateri. antara sebabnya saya selalu melayari facebook dan Internet. Jadi bateri memang cepat habis.