Jumaat, 14 Disember 2012

Israel zaman kini di dalam Al-Quran?: Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera di Israel. Bahagian 1

Apakah yang Allah Taala sebutkan berkenaan beberapa fakta zaman moden berkenaan Israel?
Al-quran yang mulia, dan Islam sesungguhnya dipenuhi dengan penyataan dan pandangan berkenaan sains. Penyataan-penyataan dari Allah Maha Kuasa menggambarkan bagaimana Dia mencipta sesuatu di Bumi dan di Alam Semesta. 
Apa yang menakjubkan ialah kesemua penyataan sains dan pandangan ini telah dibuktikan sangat bertepatan dengan sains dan penemuan-penemuan sains yang terkini. Allah Maha Kuasa telah menjadikan al-Quran sebagai wahyu terakhir, keajaiban dan bukti kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.  Kitab suci ini sememangnya teguh berdiri menghadapi ujian sepanjang tempoh sejak 1500 tahun yang lalu dengan dakwaan-dakwaannya, ramalan dan keajaiban penggunaan bahasa yang indah maknanya, dan ia berkali-kali menunjukkan kepada kita pada zaman ini dengan bukti-bukti yang melampaui jangkaan, bertepatan dengan sains dan penemuan yang mana tidak pernah diketahui oleh manusia pada 1500 tahun yang lalu.
Firman Allah: 
{ سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53) }
Bermaksud: 53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)

Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera, di Israel.






Di sini beberapa fakta asas berkenaan ketenteraan di Israel:
·      Israel adalah Negara unik di mana ketenteraan adalah wajib untuk lelaki dan perempuan. Ia adalah satu-satunya Negara di dunia yang mengekalkan paksaan ketenteraan kepada wanita. Ini berterusan dari tradisi yang mana wanita menjadi pejuang pada perang kemerdekaan Israel. Yang lelaki berkhdmat untuk tiga tahun dan perempuan berkhidmat kurang dari dua tahun. Israel juga mempunyai peratus tertinggi latihan ketenteraan di dunia- 80% daripada penduduknya menerima panggilan berkhidmat ketenteraan.
·   Pengecualian: Mereka yang dikecualikan daripada berkhidmat adalah golongan minoriti yang tidak berkemampuan dari segi fizikal dan psikologi, perempuan berkahwin, perempuan yang mempunyai anak, pendeta agama (lelaki) yang belajar di Institusi Jewish Law yang diiktiraf dan perempuan yang memilih untuk melakukan khidmat masyarakat.
·     Populasi yang kecil rakyat Israel, bermaksud Negara ini tidak mungkin boleh mempunyai kekuatan ketenteraan yang besar berbanding isu keselamatan dan risiko pengganas yang ia hadapi. Untuk sebab itu, askar yang telah habis tempoh latihan (setelah dua atau tiga tahun) ia masih perlu berkhidmat sebagai simpanan sehingga berumur awal 50an, yang mana mereka perlu menyumbang lebih dari sebulan dari waktunya pada setiap tahun, ia termasuk latihan dan perkhidmatan secara aktif. Askar simpanan ini membentuk tulang belakang bagi mengumpulkan tenaga manusia untuk menjalankan tugas-tugas ketenteraan yang diperlukan. Bukan perkara pelik di Israel jika dua generasi dalam sesebuah keluarga berkhidmat secara serentak dalam tentera- bagi anak ia adalah khidmat wajib dan bagi bapa khidmat secara simpanan.