Selasa, 26 Julai 2016

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 5- KEPUTUSAN TEMUDUGA

Saya diberitahu, bahawa keputusan akan dikeluarkan oleh JPA pada awal tahun 2016. Tapi tunggu, punya tunggu, tak keluar juga. Saya sangka tidak lulus atau apa, tapi alhamdulillah, bulan April 2016 keputusan keluar juga. Macam biasa, semak di laman e-sila JPA.


Masukkan nama pengguna dan kata laluan.



Alhamdulillah. Gembira. Lepas ni perlu hadiri taklimat HLP di UPM dan kursus QA di INTAN pula.

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 4- TEMUDUGA HLP di Presint 5.

*catatan di bawah dibuat selepas 7 bulan dari waktu temuduga. Banyak maklumat dah hilang tanpa dapat dikesan. Maaf.

Alhamdulillah, pagi tu dapat datang awal walaupun terkeliru jalan untuk ke sana. Maklumlah saya naik motor, memang guna 'waze', tapi sesat juga ler, walaupun begitu setelah tanya orang, saya sampai ke tempat temuduga, di Sekolah Rendah (kalau tak silap) Presint 5, Putrajaya.

Bilangan permohonan tahun 2016 yang lalu, adalah seramai 1100 orang (kalau tak silap) dan tempat kekosongan untuk HLP hanya 550 tempat sahaja. Temuduga diadakan beberapa hari. Saya hari yang kedua. Semasa sampai di sekolah tu, saya dapati ramai telah ada. Kebanyakan memakai pakaian segak ber'suit' lengkap. Saya pulak pakai baju kerja yang biasa dipakai, kemeja kolar mandarin. Terasa juga berlainan dengan orang lain, semua yang lelaki memakai tali leher saya memang tidak ler. Tapi buat tak tahu jer. Kalau fikir pasal tu jer, makin susah hati lah jawab nyer.


- Macam ni ler rupa baju kolar mandarin- 

Panel temuduga 3 orang terdiri dari pensyarah Universiti, pegawai JPA dan pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Saya diberitahu oleh rakan-rakan, kalau permohonan HLP secara kerja kursus, pemohon akan dipanggil dua orang- dua orang. Akan tetapi apabila tiba giliran saya, hanya saya seorang yang dipanggil untuk ditemduga. saya terfikir " mungkin sebab nama terakhir, dan tiada lagi orang yang nak dipasangkan dengan saya"

Semasa sesi temuduga tersebut, saya ditanya hal-hal berkaitan kajian saya tapi tidak detail, dan lain-lain soalan hanya berkisar hal-hal semasa. Tahap konfiden saya pada ketika itu agak tinggi. Tapi lulus atau tidak, tertakluk kepada panel-panel tersebut. Semasa saya habis ditemuduga, orang lain dah habis balik. Tu lah, nama bermula huruf 'z'. Nak buat macammana.



PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 3- TEMUDUGA HLP

Selepas menghantar permohonan ke JAKIM dan JPA, kena lah tunggu keputusan seterusnya iaitu panggilan temuduga.

Untuk kakitangan bukan gunasama seperti saya yang berkhdimat di bawah agensi JAKIM, pihak pengurusan tertinggi JAKIM sendiri akan menyenaraikanpendek nama yang layak. biasanya untuk kami, kalau berkhidmat belum 5 tahun, tidak akan dipertimbangkan untuk memberi laluan kepada orang yang telah lama berkhidmat yang belum pernah membuat permohonan.

Saya alhamdulillah dah 8 tahun berkhidmat, jadi tidak ada masalah berkenaan hal ni. Tidak lama kemudian setelah memeriksa laman E-sila, nama saya terpilih untuk temuduga HLP. Alhamdulillah.

JAKIM telah membuat satu inisiatif yang baru dengan memanggil calon-calon yang layak temuduga untuk menghadiri satu kursus persediaan temuduga HLP yang di dalamnya kami semua seramai 22 orang yang layak temuduga, diisi dengan penceramah yang menceritakan hal-hal yang sangat relevan berkaitan persediaan HLP ini.

Antaranya: Tatacara membuat proposal yang baik, pengalaman sebagai panel penemuduga, dan lain-lain lagi.

Keputusan temuduga dijangka pada bulan satu, sekiranya lulus. Kalau tak lulus, boleh cuba lagi tahun akan datang.

bersambung...

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 4- PENGHANTARAN OLEH SKYNET

Penghantaran Tv ni dibuat oleh Skynet. Nama yang gah, boleh menakluk dunia manusia hingga manusia menjadi pupus. Nama je lah yang gah.

Penjual menghantar barangan ke Skynet pada hari yang sama dan barangan tersebut telah sampai ke pej skynet Klang pada keesokan harinya. 

Dah lah bila tengok kat syarikat penjual tu, macam kedai dah tutup. Ni pulak skynet tak hantar-hantar barang walau pada hari yang sama. Sampai kat Skynet Klang pagi, ni sampai malam saya tengok tak dibuat penghantaran lagi. Saya tertanya lagi dalam hati "betul ker yang dihantar tu TV?" Saya pernah terbaca di internet ada yang membeli iPhone tapi dapat mangga (padlock). Makin risau dalam hati.

Saya cari lagi maklumat berkenaan penjual dalam page 11street tu. Cari dan cari dan cari, akhirnya jumpa alamat kedai penjual tu.


Alamat ni mujur ada yang bertanya pada ruangan Q&A, kalau tidak, tak tahu lah macamana perasaaan masa tu. Bila cek dalam google akhirnya jumpa alamatnya..
Lega rasanya bila dapat alamat kedai ni. Bila difikirkan semula, mungkin tempat yang buruk tadi tu gudang tempat simpanan baranan elektroniknya. Entahlah. Tapi yang penting sekarang ni Skynet tak hantar lagi barang ni.

Hari Khamis, menjelma. Barang masih belum dihantar. Terfikir "Apa masalah yang berlaku, barang tak dihantar lagi ni?" Saya buat carian di internet, ada orang bercerita berkenaan barang hilang sewaktu di Skynet, kemudian bila di buat aduan dan laporan polis dan sebagainya, barangnya tetap tak dijumpai.

Hati tak tenang lah jadinya. 

Hari jumaat, saya makin jadi tak tentu arah. Sebenarnya sejak beberapa hari saya hubungi skynet untuk bertanya pasal TV tu, tapi tak ada orang angkat telefon. Hari ni saya cuba lagi, alhamdulillah kali ni saya bernasib baik, ada yang angkat. Saya bertanya memberikan operator nombor penghantaran, kemudian dia memeriksanya, lalu memberitahu saya, "barang ni akan di hantar pada hari isnin". Saya disebabkan tidak dapat bersabar lagi, saya memberitahu "kalau saya datang ambil sendiri boleh ker?" Esok hari sabtu, sesuai untuk saya ambil, kalau hari kerja susah nak berbuat demikian.