Rabu, 3 Oktober 2012

Perjalanan hari ini

Agak kelam kabut sedikit perjalanan hari ini. Biasanya saya akan daftar masuk online sehari sebelum. Tapi pada kali ini, entah mengapa tidak teringat.

Penerbangan dijadualkan berlepas 7.45am. Jam 7am saya masih di rumah. Ishhh... Berdebar jantung takut tak sempat daftar masuk. Kaunter pulak akan ditutup jam 7.15am. Cumanya-Alhamdulillah-rumah dekat dengan airport. 2 minit dah sampai.

Memang tadi keluar rumah, tergesa-gesa. Hidupkan enjin motor, masuk gear terus jalan. Sekarang ni, motor saya parkir di airport. Insya Allah, motor tu selamat.

Sekarang ni, (semasa menulis) dalam pesawat. 

Bila direnung kembali, mengapa perlu berdebar-debar? Sedangkan, kalau terlepas pun boleh tukar ke penerbangan pada waktu petang. (Untuk makluman tiket menggunakan waran kerajaan. Urusan rasmi kerja).

Terfikir lagi.... Kalau berkaitan urusan agama ada tak saya rasa macam ini?? Bimbang terlewat solat setelah masuk waktu. Terkejar-kejar untuk datang ceramah. Takut terlewat apabila berjanji. Ada ke tidak yer??

Jawapannya: Ya dan tidak. Kadang ya. Kadang tidak. Masih perlu penambahbaikan dalam pengurusan akhirat.

Ya Allah perbaiki diriku dalam amalan agamaku. AMIIIN.

Perjalanan mengambil masa dua jam 30 minit +-. Apa yang boleh dibuat??  :) 1. Tidor. 2. Main game android. 3. Tengok cerita. 4. Ngaji quran. 5. Termenung aka khayalan. 6. Bersembang dengan orang sebelah.

Tak perlulah saya sebut apa yang saya buat dalam tempoh 2jam ni. Cumanya saya cuba mengisi dengan sebaik mungkin. Bermanfaat dunia akhirat. Yang nyata sebahagian masa saya, digunakan untuk menulis di blog ini.

Ya Allah, Taqabbal minni solihal a'mal. Bermaksud: Ya Allah, Terima lah amal baikku. Amiiin.

Bersambung lagi insya Allah.. :)