Selasa, 18 Ogos 2015

BELI NOMBOR KERETA DI JPJ

Tadi keluar dari ofis lebih awal, lebih kurang 12.30 tghari. Ingatkan boleh sampai awal, tapi tersalah jalan entah ke mana. Itu pun dah guna waze, kalau tak guna, tentu lebih sesat jadinya. Ofis di pusat Islam KL, JPJ pulak kat Bandar Sri Permaisuri. Sebenarnya banyak lagi cawangan JPJ di sekitar KL ni, tapi setelah melihat jarak menggunakan Google Maps, di Bandar Sri Permaisuri lebih dekat, jadi saya pilih ke sana.
JPJ buka ke jam 1 petang?
Pasal benda ni saya tak terfikir lah pulak. Main redah jer ke sana. Dalam  minda saya, pastinya jam 1 petang tak ditutup. Yelah jabatan kerajaan kan nak mendahulukan rakyat dalam derita…eh eh silap… dalam perkhidmatan. Bukan sekali saya saya tersalah lorong di highway, dua kali tuuu. Saya bukan naik kereta, tapi naik motorsikal. Hp diletakkan di dalam raga, dengan perisian Waze dihidupkan. Jadi mata saya terpandang-pandang ke dalam raga. Silau pulak cahaya  matahari. Tu yang tersalah jalan, sebab tak berapa nampak laluan di Waze tu. Bagusnya Waze ni, kalau dah tersilap jalan, ia berikan jalan alternatif.
Tiba di JPJ
Saya tiba di JPJ, lalu saya kunci motor dan letakkan helmet dalam peti motor. Saya terus melangkah masuk, saya dapati orang tak ramai. Saya lihat ada lelaki agak berusia, lalu saya terus bertanya bagaimana untuk mendaftar nombor plat kenderaan. Saya diberikan no giliran.
Lama tak menunggu?
Baru sahaja saya nak duduk, nombor telah dipanggil. Saya terus ke kaunter lalu memaklumkan ingin membeli nombor kenderaan. Saya dilayan dengan ramah oleh petugas ketika itu. Tahniah.
Apa dokumen yang diperlukan?
Ini yang saya tak tahu ni. Sebelum saya ke JPJ, saya banyak buat pencarian dalam internet tentang prosedur membeli nombor. Agak rumit berbanding dengan urusan sebenar di kaunter ini. Saya nak belikan nombor ni untuk isteri saya. Sebabnya nak samakan dengan no kereta dan motor yang dekat rumah tu. Dia nak beli kereta baru.
Saya ditanya “nak ambil nombor negeri mana” saya beritahu “ Labuan”, jawabnya “Maaf, Labuan dan Langkawi tak boleh sebab dua tempat tu bebas cukai”. Jadi terpaksalah ambil no selangor. Mujur masa tu no yang dikehendaki tu ada.
saya bertanya “ apa dokumen yang diperlukan?” saya beranggapan pastinya pelbagai dokumen yang diperlukan. “ ic atau salinanannya sahaja”. “ Tak perlu isi borang ke?” “tidak “ jawabnya. Saya merasakan betapa mudahnya urusannya. Kurang dua minit selesai. Salinan tadi pun dipulangkan semula.
Berapa bayarannya?
Petugas di kaunter tadi ada mempelawa nombor 3 digit. Saya telah ada pilihan di hati nombor lain, jadi saya tolak. Bayaran yang dikenakan untuk nombor yang saya pilih tadi ialah RM210.00.
Selesai urusan dikaunter, saya pun berpaling ke belakang, saya dapati lengang. saya tertanya-tanya kenapa lengang. kemudia saya melihat jam, “Oh!” rupa-rupanya jam menunjukkan pukul 1 petang. Petut pun tak ada orang tadi. Hehe.