Isnin, 11 Januari 2016

BELI MOTOR TANPA RIBA?

Saya dah beberapa kali membeli motor. Suzuki 120 RG Sport, Modenas Kriss 120 dan yang terkini Yamaha LC135.

Dua motor saya beli secara cash dan satu secara hutang kedai. Yang tunai tu alhamdulillah. Yang hutang kedai ni, saya tercari-cari yang boleh menjual secara islamik. Tapi menghampakan, tak ada yang boleh dan tahu jual beli secara Islam memandangkan 99% kedai motor adalah pemilikan non muslim. tak hairanlah jika tawaran yang diberikan hanya secara konvensional.

Saya tidak punya pilihan lain pada ketika itu. Kisah lama sebenarnya, tahun 2008 dahulu. Sekarang pun saya masih tak pasti kedai mana yang boleh jual secara islamik.

kalau secara konvensional (harga jual + bunga) bahagi bulan pinjaman = bayaran bulanan. Di sini bayaran yang di bayar bukan harga jual, tapi harga yang berubah setelah dicampur dengan bunga.

contoh: sekadar contoh. bukan harga motor saya. hehe.

Harga Motor: RM37500.00 + GST RM 2250.00= RM 39750.00
Kadar bunga: +- 5%. setahun.  berbeza ikut kedai. kat sini saya main letak jer.
Kadar bunga setahun=  RM39750.00 x 5%=  RM 1987.50

Kadar bunga 5 tahun (ini kalau nak pinjam 5 tahun lah): RM 1987.50 x 5= RM9937.50

Kadar bayaran bulanan = (RM 39750.00 + RM 9937.50) bahagi 120 bulan = RM414.10

dalam kiraan di atas, harga jual tidak sama dengan harga akhir yang dibayar. Sepatutnya harga jual tidak berubah. Pertambahan inilah dipanggil riba. Dan dalam satu jual beli hanya boleh ada satu harga sahaja untuk satu barang yang dibeli. Riba dalam transaksi ini ialah RM 9937.50. Tu kalau sorang yang buat riba, kalau 10 orang berapa agaknya riba yang dijana. Kalau seratus? Lagi banyak... tu belum kira berapa banyak motor atas jalan.

Dalam transaksi riba, kelewatan pembayaran akan menyebabkan denda dikenakan. Dan hutang menjadi semakin banyak setiap kali denda dikenakan. Hutang + denda dan kadar bayaran baru adalah dikira selepas jumlah baru tadi dikira. Riba atas riba.

Kalau secara islamik: (Harga jual) bahagi (bulan pembiayaan) = bayaran bulanan.

Harga jual: Disebabkan transaksi jualbeli ini secara ansuran, maka kedai akan membuat pengiraan lain berbanding harga tunai. Harga tunai = RM 39750.00 atas jalan.

Setelah mengambil kira kadar keuntungan yang perlu diperoleh oleh kedai maka kedai menjual motor tadi dengan mengambil keuntungan sebanyak 5% menjadikan harga jual motor tadi sebanyak :RM 49686.50.

Jadi motor dijual dengan harga yang dipersetujui bersama iaitu RM 49686.50. Ini harga jual yer. Jadi lepas ni takde lagi pertambahan ada harga. Harga dah tetap.

Pembanyaran bulanan sebanyak RM 414.10.

Apa beza dengan transaksi di atas?

yang pertama ada pertambahan pada harga ketika akad. Pertambahan=riba.
Pada yang kedua harga adalah sama tanpa pertambahan. Tiada pertambahan= tiada riba.

Apsal tak jual murah-murah, dah kata takde riba.
Penjual berhak menjual barangannya mengikut apa yang dirasakan sesuai. Namun, pembeli ada hak untuk membuat penawaran untuk menurunkan harga. Jadi jadilah pembeli yang bijak (berfikir untuk kehidupan dunia dan akhirat)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan