Ahad, 21 September 2014

20140113- MAULIDUR RASUL 2014

Setelah persediaan dilakukan kami menyerah segala urusan kepada Allah. Cuaca pada tahun-tahun lalu, berbeza dengan tahun ini. Tahun lalu, cerah dan panas, tiada bayangan hujan. Namun kali ini berbeza, hujan turun dengan lebat. Hanya jiwa yang tabah dan tak takut hujan sahaja yang mampu meneruskan segala usaha yang telah dirancang. Hehe.

Pelan kecemasan memang tidak ada. Hujan atau panas program ini tetap diteruskan. Boleh dilihat dari video di bawah.

Semua gambar dari video di atas adalah diambil menggunakan kamera sendiri. Olympus tough. Dibeli sejak 2012.

Keadaan padang memang lecah basah. Tidak dapat mengelak dari hujan memandangkan saya, terlibat dengan pelepasan kontinjen. Redha. Hujan turun hingga program hampir tamat. 3/4 program adalah hujan.

Pada akhirnya, program ini tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

20140731- BERAYA DI BANTING

Hari ni beraya di Banting kampung mak mertua saya. Dia di lahirkan dan dibesarkan di sini. Adik-beradiknya pun ramai di sini. Kami ke sana bersekali 6 buah kereta. Saya, hari raya pertama di kampung, di Tanjung Karang, Selangor. Hari raya kedua di Seberang Perak di rumah arwah atuk. Nenek tiri dan adik beradik mak semua hampir semua di sana.

Hari ketiga, ke Banting. Kami, saya anak-anak dan isteri bertolak dari Tanjung Karang terus ke Banting. Semua berpakat berjumpa di rumah Wak Tar.

Antara rumah yang kami ziarahi:

1. Wak Tar

2. Nenek Mis

3. Wak Jan

Saya pun dah tak berapa ingat rumah sapa lagi yang kami pergi. Hampir dua bulan yang lalu.

Makanan best tak?

Alhamdulillah, datang ni pun bukan nak makan sangat. Apa yang dihidang kami makan. Ada yang hidang makan berat, ada yang hidang kuih je. Tak sempat lapar sepanjang di sana.

Bila lagi nak ke Banting?

Entahlah, sekarang ni pun dah berada di Labuan. Nak balik semenanjung kena tunggu akhir tahun lah nampaknya.

Gembira

Berjumpa dengan sanak saudara cukup menggembirakan. Anak-anak saudara pun ramai, masing-masing dengan perangai berbeza, memang menghiburkan.

Raya di Tanjung Karang, saya tak sempat lagi nak siapkan. Setakat ni, ini sahaja.

Terima kasih sudi singgah di Blog ini.

MUZAKARAH HAJI TAHUN 2013

Tulisan saya kali ini, baru sempat dimuatkan pada 20 September 2014. Jadi, banyak perincian program ni dah tak ingat.

Tempat: Hotel Hyaat Regency, Kuantan

Tarikh: 1-3 Februari 2013

Tahun ini (2013) kali pertama saya menyertai Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Antara perbincangannya ialah permasalahan jemaah Haji tahun sebelumnya.

Para peserta adalah dari kalangan pengkursus haji dari setiap negeri di Malaysia. Wakil dari Labuan tiga orang, saya, Ustaz Abdul Rahman SMK Labuan dan Ustazah Hasinah.

Kami terbang dari Labuan dengan tiket yang disediakan oleh pihak Tabung Haji ke KLIA. Saya ke Kuantan, dengan menaiki bas dari Klang Central.

Dari Stesen Bas Kuantan, saya menaiki teksi ke Hotel. Gambar perjalanan, saya tak ingat letak di mana. Yang ada hanya di Hotel. Dah saya jadikan video seperti di atas.

Semasa sampai ke sini, saya pun tak pasti kalau-kalau ada kawan lain yang turut serta. Bila sampai di sana barulah terjumpa dengan Imam Muda Astro, Us Abdul Jabbar. Kawan masa belajar di Arab Saudi dulu. Haa, ada lagi, Us Imran Nasoha. Dia duduk Subang Jaya. Kawan masa belajar di Madrasah Hafiz Klang. Alaa, yang tepi Sungai Klang tu. Kalau dulu, Madrasah tu berdepan dengan Pasaraya Great Wall. Sekarang pasaraya ni sudah tiada. Masa bertolak balik lepas habis muzakarah ni, saya tumpang keretanya hingga ke Subang. Lepas itu saya teruskan perjalanan ke Klang, rumah bapa mertuaku. Anak dan isteri masih di sini. Belum ke Labuan mengikuti saya. Hehe.

Antara personaliti tv yang saya lihat, Us…. emmm… saya pun dah tak ingat namanya. Maklumlah dah dua tahun berlalu. Rupanya saya ingatlah. Any how…

Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dato Seri Jamil Khir.

Hotel ini, alhamdulillah amat selesa. Suasana resort. Lebih-lebih lagi ia terletak di tepi Laut. Ia juga kawasan peranginan.

Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Tabung Haji yang telah menganjurkan Program Muzakarah Haji pada tahun ini.