Rabu, 16 Disember 2009

KEMALANGAN DI JALAN RAYA

Kemalangan jalanraya boleh berlaku di mana2. tak kira di mana anda berada. Sengaja atau tidak. Bersedia atau cuai.

Aku pun ada pengalaman berkemalangan di atas jalan raya. Tapi di sini, aku idak berhajat untuk bercerita tentang itu.

Cuma dibawah ni, cerita yang berlaku pada orang lain.
Semalam, aku bawak motor macam biasa. Aku tak berapa ingat la laju ke tak aku bawak. tapi normally maintain 100km/j. Kadang2 cecah gak 120km/j. Nak bawa laju lagi daripada tu, susah sangat. Lagi satu takut gak kalau enjin meletup. Aku gak yang susah. Kalau motor besar ok ler. Bila la boleh beli....tak tau la orang rumah bagi ke, tak...hehehee.

Dari Klang sampai ke PJ, semua ok. sehinggalah tiba kat Pintu Gerbang Selangor (betul ke namanya??) depan sikit je, jalan tu lurus, tiba-tiba ada sebuah motor terbaring (motor yamaha jenis lama), pemandu dan pembonceng pun terbaring gak. Aku pun segera memperlahankan mtor sambil mendepakan tangan kanan, buat signal slowing down.

Benda pertama aku terpikir ialah, aku kena tolong orang tu. aku terus Parking motor kat tepi, aku bimbang motor lain pulak langgar diorang. Ada sorang lagi yang berenti nak tolong. pembonceng motor tu makcik, agak berumur, mungkin emak kepada pemandu. yang pandu motor tu pompuan, masa aku sampai kat situ dia tengah terduduk kat tengah jalan, seluarnya koyak di bahagian lutut, berdarah. Bahagian badan yang lain yang aku perasan semua ok, cuma tangan nya ada kesan berdarah, mungkin sebab semasa jatuh dia tahan guna tangan. Nasib baik dia pakai seluar jeans, itupun boleh terkoya, bayangkan kalau guna seluar yang tidak jeans, mesti lutut yang terkoyak. Ishhh ngeri, kalau berlaku.

Makcik tu dah bangun, ada luka di bahagian tangan. Anaknya masih terduduk. Aku angkat motor dulu, sebab melintang tengah jalan. Pastu sorang lagi yang berenti, dia nak angkat anak makcik tu, tapi dia boleh bangun sendiri. Bila dia dah sampai ke tepi jalan, dia buat isyarat ok, guna tangan. Aku nak tolong selanjutnya tapi aku pun tak tahu nak buat apa. So, aku pun minta izin nak beredar dari situ. Dia kata takpe.

Masa aku berhenti tu, aku ada terpikir gak, nanti terlewat masuk ofis. Tapi aku rasa tolong orang tu lebih penting, aku tak ambil pusing lewat ke tak. so lepas tu aku teruskan perjalanan macam biasa. Alhamdulillah aku sampai sebelum 8.30 pagi.(aku masuk wp3).balik 5.30petang.

Ada satu perkara yang menjadi tanda tanya, sampai hari aku tak leh nak jawab. Macamana boleh berlaku? Sedangkan jalan tu lurus, pastu aku tengok tayar tak pancit. Tak kan ada motor laju bergesel dengan motor diorang, kalau ada, memang tak patut orang yang menyebabkan benda larikan diri.

Apa pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini? BERHATI-HATI DI JALANRAYA, JANGAN RIYAK DI JALANRAYA, MOTOR BESAR KE, MOTOR KECIL KE, BAWAK LAJU KE, BAWAK SELOW KE, KEMALANGAN BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA.

SO masa bawak motor tu banyak2lah ingat allah, kalau mati insya allah tidak mati katak.