Khamis, 4 Jun 2015

NAK BERCUTI KE MANA? KE CAMERON HIGHLANS ?

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Cuti sekolah mula 30 Mei hingga 14 Jun. Setakat dua hari lepas, kami sekeluarga memang tak ada apa-apa rancangan. Kalau ada pun, cuti ni hantar anak ke kampung untuk di jaga oleh nenek dan atuk. Sabtu dan Ahad je lah kalau ada ke mana-mana.

Entah macamana, tiba-tiba ada idea nak gi jalang-jalan. Isteri tanya saya dan saya tanya isteri. Dua-dua pun buntu tak tau ke mana. Tiba-tiba isteri bagi idea ke Cameron Highlands. Saya bila dengar, saya ok jer. Lepas tu saya pun cari hotel yang berpotensi untuk didiami di sana.

Bila Nak Pergi?


Bila yer? Cuti sekolah tinggal seminggu lagi jer ni. Hotel pulak, rasanya pasti penuh sekarang ni. Entahlah. Mula-mula 11 dan 12 Jun. Tapi isteri pulak tidak lapang pada masa tu. Saya pun tanya "8 dan 9 Jun ok tak?" Jawab isteri saya "ok".

Tengah tulis ni, sakit gigi pula melanda. Nanti lah sambung bila fikiran tak terganggu oleh sakit ni.

Kbai.

RUMAH LELONG CORNER LOT DI MERU

Alhamdulilah, baru hari ni ada kesempatan untuk update. Sebenarnya curi-curi masa. Hehe. 

Lelongan dah pun berlalu dua minggu lepas. 

Rumah ni, rumah yang dah direnovate dari depan hingga belakang rumah. Kawasan tanah sebelah rumah pun dah di tambak (di renovate) buat besarkan ruang tamu dan bilik. 

Majoriti orang yang tinggal di sini adalah kaum India Rakyat Malaysia. Orang melayu ada tapi kurang lah di bahagian ini di kawasan perumahan ini. Kawasan yang berdekatan dengan surau, haa di situ ramai Melayu. 

Harga simpanan RM56k. 

Bila jumpa je iklan rumah lelong dalam internet, saya terus dapatkan POS, dan pergi melihat rumah itu. Terima kasih kepada encik Syed yang banyak membantu. Dia di web auctionzone.blogspot.com. Tak perlulah susah-susah nak cari iklan ni merata tempat. 

Tempat lelongan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Susah juga nak cari, dan susah juga nak pergi sana sini cari iklan sebegini. 

Keadaan rumah

Bila saya ke rumah tersebut,  macam biasalah , rumah yang dah lama tak de orang, macam-macam benda hilang dari rumah tu. Tingkap, pintu, pagar dah tak de. Ini mesti angkara mat dadah atau orang "miskin" jual besi buruk. Saya pun tak tahu siapa yang buat benda-benda ni. 

Di luar ada kesan contengan, dalam pun ada. So apa first impression? Memang tak jatuh cinta. Memang agak menyeramkan. Tapi tak pula benci... hehe. Perkiraan adalah dari sudut lain. Apa bendanya? Satu: Niat nak duduk situ lepas renovate nanti, kalau dapatlah.. Dua: market value rumah corner ni mau cecah RM200k ++. Wow..masyuk. Tiga: apa eakkk? Entahlah...dua jer yang mampu saya fikir sekarang ni.

Buat Bank Draf

Saya buat bank draf di CIMB. Ambil borang dan bawa buku bank sekali. Akaun saya ada buku, jadi buku kena bawa sekali. Kalau jenis yang takde buku, biasanya bawa kat ATM  dan IC jelah.

Cas Perkhidmatan sebanyak RM5.90 dikenakan untuk bank draf. Saya bertanya kepada orang di kaunter, kalau nak tebus semula berapa casnya? Katanya " Rm 2.00 encik" "Oh ok lah" kata saya.

Hari Lelongan

Saya begitu bersemangat untuk ke lelongan ni. Siap minta cuti lagi. Sehari. Daftar di tingkat bawah di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Ambil borang, lengkapkan dan masukkan ke dalam tong yang disediakan beserta kad pengenalan dan bank draf.

Saya datang awal juga ke sana. Dalam jam 8 dah berada di sana. 

Bilik lelongan

Bilik lelongan di tingkat dua. Dalam auditorium. Rasa lama juga menunggu. Jam 10.30 am masuklah seorang pegawai dari Pejabat Tanah. Ketika itu semua pembida telah masuk. Begitu juga semua pelelong.

Sejuk pula rasanya bilik ni. Adakah sebab gementar sebab lelongan ni atau ada sebab lain? Entahlah, rasanya bilik tu memang sejuk. Pakcik kat sebelah pun macam menggigil juga kesejukan.

Ramai ke pembida lain?

Pak cik kat sebelah saya pun nak bida rumah yang sama dengan saya. Pakcik tu cakap, anaknya yang minta dia masuk bidaan ini. Dia pun minta cuti. Dalam hati saya "Kalau pakcik ni sorang jer ok lah, boleh menang rasanya, hehe". 

Saya pun tak tahu lah kalau ada pembida lain selain dari pakcik tu.

Giliran lelongan

Saya pun tak tahu unit ni yang ke berapa akan di lelong. Kalau macam di Ehsan Auctioneer hari tu, dia dah siap senarai untuk lelongan dan gilirannya. Tapi di sini, macam tak de jer.

Ada satu unit, terdapat 9 orang masuk bidaan. Alamak banyaknya orang. "Mesti sengit ni"kata saya dalam hati. Macam biasa, bila ramai pembida, kenaikan bidaan sebanyak RM5,000.00 sekali angkat tangan. Kat sini angkat tangan jer. Dia tak bagi kipas macam kat pelelong kat KL tu.. hehe. 

Harga simpanan RM90k. Akhirnya dimenangi orang seorang Melayu dengan harga belian RM145k. (Kalau tak silaplah... lupa, pasal dah lama, hehe). Oh lupa nak bagitau di mana. Di Johan Setia.

Giliran unit ITU

Akhirnya, sampai giliran unit yang saya minat ni. Jeng, jeng, jeng.... Nama setiap pembida dipanggil oleh pelelong. Setiap mereka termasuk saya berdiri di hadapan pelelong. Nah! 11 orang semuanya.

Kenaikan RM5k sekali angkat. Dimulakan dengan harga RM58k. Terhenti pada harga RM153k. Saya tak sempat nak angkat tangan langsung, sebab saya punya bajet rendah jer. RM85k max. Baru terfikir nak angkat tangan, orang lain dah angkat dulu. Akhirnya saya dengan pakcik tadi melopong dengan harga lebih dari RM100k dari harga asal. 

Dihujung bidaan, setelah tukul diketuk, semua yang berada di situ menepuk tangan kepada yang berjaya. Sengit memang sengit. Yang ini pun dimenangi oleh orang Melayu.

Buat apa lagi lepas tu

Dah boleh balik kepada yang nak balik. Tapi sebelum tu, kena ambil semula bank draf dan IC tadi. Sebelum tu, perlu tandatangan pada kertas borang tadi. Kemudian baru boleh ambil IC dan Bank Draf.

Jadi, Macamana? Ada nak cuba lagi?

Insya Allah. Buat masa sekarang ni kena survey rumah-rumah yang akan dilelong dalam masa terdekat.