Rabu, 9 Disember 2009

KEHIDUPAN INI

Hari ni pergi kerja macam biasa, naik motor minima 80km/j, tak lah laju mana, hari tak rasa nak bawak laju. Rantai dah kendur, spoket lak dak haus. Takut bawak laju, kalau rantai putus, aku jugak yang susah, macam-macam nak kena fikir kalau benda tu berlaku.

Hari ni tak hujan, cuaca ok. Lorong motor di lebuh persekutuan agak banyak motor. Lengang hanya pada hari cuti atau perayaan. Melalui tiga tol 1 di shapadu, 2 di lebuh persekutuan kat sungai rasau dan batu tiga.

Ini lah rutin di pagi hari setiap hari bekerja. Penat ? mula-mula dulu naik motor sakit gak pinggang, tapi sekarang ni ok pulak. Entah lah. Mungkin sebab mengamalkan cara penunggangan yang betul kot. Agaknya je.

Motor? Alaa yang biasa-biasa aja. Kriss 120 je. Boleh lah. Baru setahun dah 30 000 km perbatuan. Ulak alik dari kelang ke kuala lumpur tiap-tiap hari. Dulu naik Suzuki RGV 120 , laju la sikit. tapi minyak kuat, tu yang tukar 4 lejang, minyak ok, dan kurang merosakkan alam sekitar sebab asap tak tebal.