Selasa, 26 Julai 2016

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 5- KEPUTUSAN TEMUDUGA

Saya diberitahu, bahawa keputusan akan dikeluarkan oleh JPA pada awal tahun 2016. Tapi tunggu, punya tunggu, tak keluar juga. Saya sangka tidak lulus atau apa, tapi alhamdulillah, bulan April 2016 keputusan keluar juga. Macam biasa, semak di laman e-sila JPA.


Masukkan nama pengguna dan kata laluan.



Alhamdulillah. Gembira. Lepas ni perlu hadiri taklimat HLP di UPM dan kursus QA di INTAN pula.

PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 4- TEMUDUGA HLP di Presint 5.

*catatan di bawah dibuat selepas 7 bulan dari waktu temuduga. Banyak maklumat dah hilang tanpa dapat dikesan. Maaf.

Alhamdulillah, pagi tu dapat datang awal walaupun terkeliru jalan untuk ke sana. Maklumlah saya naik motor, memang guna 'waze', tapi sesat juga ler, walaupun begitu setelah tanya orang, saya sampai ke tempat temuduga, di Sekolah Rendah (kalau tak silap) Presint 5, Putrajaya.

Bilangan permohonan tahun 2016 yang lalu, adalah seramai 1100 orang (kalau tak silap) dan tempat kekosongan untuk HLP hanya 550 tempat sahaja. Temuduga diadakan beberapa hari. Saya hari yang kedua. Semasa sampai di sekolah tu, saya dapati ramai telah ada. Kebanyakan memakai pakaian segak ber'suit' lengkap. Saya pulak pakai baju kerja yang biasa dipakai, kemeja kolar mandarin. Terasa juga berlainan dengan orang lain, semua yang lelaki memakai tali leher saya memang tidak ler. Tapi buat tak tahu jer. Kalau fikir pasal tu jer, makin susah hati lah jawab nyer.


- Macam ni ler rupa baju kolar mandarin- 

Panel temuduga 3 orang terdiri dari pensyarah Universiti, pegawai JPA dan pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Saya diberitahu oleh rakan-rakan, kalau permohonan HLP secara kerja kursus, pemohon akan dipanggil dua orang- dua orang. Akan tetapi apabila tiba giliran saya, hanya saya seorang yang dipanggil untuk ditemduga. saya terfikir " mungkin sebab nama terakhir, dan tiada lagi orang yang nak dipasangkan dengan saya"

Semasa sesi temuduga tersebut, saya ditanya hal-hal berkaitan kajian saya tapi tidak detail, dan lain-lain soalan hanya berkisar hal-hal semasa. Tahap konfiden saya pada ketika itu agak tinggi. Tapi lulus atau tidak, tertakluk kepada panel-panel tersebut. Semasa saya habis ditemuduga, orang lain dah habis balik. Tu lah, nama bermula huruf 'z'. Nak buat macammana.



PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 3- TEMUDUGA HLP

Selepas menghantar permohonan ke JAKIM dan JPA, kena lah tunggu keputusan seterusnya iaitu panggilan temuduga.

Untuk kakitangan bukan gunasama seperti saya yang berkhdimat di bawah agensi JAKIM, pihak pengurusan tertinggi JAKIM sendiri akan menyenaraikanpendek nama yang layak. biasanya untuk kami, kalau berkhidmat belum 5 tahun, tidak akan dipertimbangkan untuk memberi laluan kepada orang yang telah lama berkhidmat yang belum pernah membuat permohonan.

Saya alhamdulillah dah 8 tahun berkhidmat, jadi tidak ada masalah berkenaan hal ni. Tidak lama kemudian setelah memeriksa laman E-sila, nama saya terpilih untuk temuduga HLP. Alhamdulillah.

JAKIM telah membuat satu inisiatif yang baru dengan memanggil calon-calon yang layak temuduga untuk menghadiri satu kursus persediaan temuduga HLP yang di dalamnya kami semua seramai 22 orang yang layak temuduga, diisi dengan penceramah yang menceritakan hal-hal yang sangat relevan berkaitan persediaan HLP ini.

Antaranya: Tatacara membuat proposal yang baik, pengalaman sebagai panel penemuduga, dan lain-lain lagi.

Keputusan temuduga dijangka pada bulan satu, sekiranya lulus. Kalau tak lulus, boleh cuba lagi tahun akan datang.

bersambung...

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 4- PENGHANTARAN OLEH SKYNET

Penghantaran Tv ni dibuat oleh Skynet. Nama yang gah, boleh menakluk dunia manusia hingga manusia menjadi pupus. Nama je lah yang gah.

Penjual menghantar barangan ke Skynet pada hari yang sama dan barangan tersebut telah sampai ke pej skynet Klang pada keesokan harinya. 

Dah lah bila tengok kat syarikat penjual tu, macam kedai dah tutup. Ni pulak skynet tak hantar-hantar barang walau pada hari yang sama. Sampai kat Skynet Klang pagi, ni sampai malam saya tengok tak dibuat penghantaran lagi. Saya tertanya lagi dalam hati "betul ker yang dihantar tu TV?" Saya pernah terbaca di internet ada yang membeli iPhone tapi dapat mangga (padlock). Makin risau dalam hati.

Saya cari lagi maklumat berkenaan penjual dalam page 11street tu. Cari dan cari dan cari, akhirnya jumpa alamat kedai penjual tu.


Alamat ni mujur ada yang bertanya pada ruangan Q&A, kalau tidak, tak tahu lah macamana perasaaan masa tu. Bila cek dalam google akhirnya jumpa alamatnya..
Lega rasanya bila dapat alamat kedai ni. Bila difikirkan semula, mungkin tempat yang buruk tadi tu gudang tempat simpanan baranan elektroniknya. Entahlah. Tapi yang penting sekarang ni Skynet tak hantar lagi barang ni.

Hari Khamis, menjelma. Barang masih belum dihantar. Terfikir "Apa masalah yang berlaku, barang tak dihantar lagi ni?" Saya buat carian di internet, ada orang bercerita berkenaan barang hilang sewaktu di Skynet, kemudian bila di buat aduan dan laporan polis dan sebagainya, barangnya tetap tak dijumpai.

Hati tak tenang lah jadinya. 

Hari jumaat, saya makin jadi tak tentu arah. Sebenarnya sejak beberapa hari saya hubungi skynet untuk bertanya pasal TV tu, tapi tak ada orang angkat telefon. Hari ni saya cuba lagi, alhamdulillah kali ni saya bernasib baik, ada yang angkat. Saya bertanya memberikan operator nombor penghantaran, kemudian dia memeriksanya, lalu memberitahu saya, "barang ni akan di hantar pada hari isnin". Saya disebabkan tidak dapat bersabar lagi, saya memberitahu "kalau saya datang ambil sendiri boleh ker?" Esok hari sabtu, sesuai untuk saya ambil, kalau hari kerja susah nak berbuat demikian.

Selasa, 19 Julai 2016

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 3- PENGHANTARAN OLEH PENJUAL

Setelah pembayaran dibuat, penjual tidak mengambil masa yang lama untuk membuat penghantaran. Ia dibuat pada hari yang sama.
Saya beli pada 12 Julai 2016, penjual hantar pada 12 Julai juga. Cepat dan pantas. Pada keesokan harinya, ianya telah sampai di Pusat Skynet Klang (CR5). 

Penghantaran di buat di Ipoh. Alamat penjual tidak dapat dilihat sebelum membuat pembayaran. Ianya hanya dapat dilihat selepas pembayaran di buat. Akan tetapi kita boleh mengetahui di Daerah mana lokasi penjual.

yang di atas tu , alamat penjual. Jadi saya pun lihatlah alamat ini dalam Google Maps dengan menggunakan Street View.

Bila saya tengok kawasan ni dalam Google Maps, saya rasa terkejut. "Biar betul" kata saya dalam hati.

Saya pandang ke belakang pula. Pun sama juga, masih terjekut. Pastu saya jalan-jalan dalam peta ni. Saya terlihat ada satu kedai elektrik, tapi tutup pula. Hmmm...
Betul ker ini kedainya, takkan aku kena tipu kot. Hati berdebar-debar, harapnya janganlah. Kalau kena  tipu, habis terbang duit saya.

Bersambung...

Jumaat, 15 Julai 2016

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 2- INSTALLMENT

Kad kredit yang saya pernah guna ialah AEON, BSN n Maybank. Kad yang selalu saya guna ialah Maybank Ikhwan.

Untuk pembelian online secara ansuran, kali ni adalah kali yang ke berapa yer, tak ingat, ketiga mungkin. Dua di Lazada dan kali ini di 11 Street.

Yang di atas tu pembayaran bulanan yang telah dikreditkan di akaun kad kredit saya. RM120.83 sebulan selama 18 bulan. Ye tanpa interest atau 0% interest.


Sekarang ni pembayaran dah di buat, nak tunggu penghantaran pula oleh penjual.

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 1

Setakat ni saya belum pernah lagi beli tv secara atas talian. Yang saya pernah beli sebelum ni set PC dan tablet. Alhamdulillah semuanya ok.

TV? ye TV? Berapa inci? Hehe sebenarnya nak kata kecik tak jugak, agak besar, 49 inci.

Memang tengah cari TV baru memandangkan tv lama dah berusia 10 tahun dan tidak mesra teknologi terkini. Jadi dah tiba masa untuk cari tv baru. Awal Ramadan 1437 tempohari ada rakan yang menawarkan tv Samsung beli terus dari kilang dengan harga yang WOW murah. Tapi mendukacitakan hingga sampai hari raya tv tak kunjung tiba. Hampa.