Jumaat, 15 Julai 2016

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 1

Setakat ni saya belum pernah lagi beli tv secara atas talian. Yang saya pernah beli sebelum ni set PC dan tablet. Alhamdulillah semuanya ok.

TV? ye TV? Berapa inci? Hehe sebenarnya nak kata kecik tak jugak, agak besar, 49 inci.

Memang tengah cari TV baru memandangkan tv lama dah berusia 10 tahun dan tidak mesra teknologi terkini. Jadi dah tiba masa untuk cari tv baru. Awal Ramadan 1437 tempohari ada rakan yang menawarkan tv Samsung beli terus dari kilang dengan harga yang WOW murah. Tapi mendukacitakan hingga sampai hari raya tv tak kunjung tiba. Hampa.



Jadi terpaksalah cari alternatif, cari punya cari, akhirnya jumpa lah di 11Street. Alaa yang zizan berlakon iklan masuk hutan tu, hantar barang. Kononnya lah...hehe.


Ni contoh tv nyer. Harga pun lebih rendah dari yang ni.

Bagi yang dah biasa guna web ni pasti dah tahu berkenaan kupon-kupon yang diberi pada setiap hari dan perlu digunakan dalam tempoh yang segera. Tapi saya, sebenarnya dah pernah melayarinya web ni, tapi disebabkan sebelum ni tak ada niat nak beli jadi takde lah melihat dengan serius.

TV yang saya beli ni, rupa-rupanya akan dihantar dari IPOH. Ye Ipoh. Jauh tu.Saya pulan tinggal di Klang.

Harga yang saya dapat ialah RM2175 + RM30 kos penghantaran = RM2205. Kemudian saya dapat kupon less 11% atau maksima RM30 disebabkan menggunakan Maybank. Jadi jumlah yang saya perlu bayar hanya RM2175 sahaja.

Lagi satu yang bagusnya ialah boleh buat bayaran secara ansuran sehingga 24 bulan. Lazada pun ada installment tapi kalau tak silap maksima 12 bulan sahaja. Di 11street ni saya pilih 18 bulan. Maklumlah komitmen dah banyak, bayar runcit-runcit jer yang mampu.

Kita sambung lagi di bahagian 2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan