Khamis, 28 Jun 2012

Believing JESUS


One of the prophets of Allah, Alaihis Salam.



Kewajipan sorang muslim

1. Tidak lengkap iman anda sebagai Muslim sekiranya anda tidak beriman dengan JESUS. Namanya diantara 25 rasul yang disebut di dalam Al-Quran.

2. Menjadi kewajipan kita untuk mempercayai bahawa JESUS adalah seorang manusia biasa yang dipilih oleh Allah menjadi Rasul.

Rabu, 27 Jun 2012

Kenapa perlu jaga gigi...

Gigi perlu dijaga setiap hari. 
Budak tadika suka nyanyi "Bangun pagi, gosok gigi, terus mandi, pakai baju, minum susu, makan roti, pergi sekolah, senang hati hahahaha". Kalau anak malas bangun saya ada juga nyanyikan lagu ni, supaya mudah bangun n mandi. Kadang-kadang tak jugak menjadi. Menyanyi (menangis) waktu bangun tu biasa la.

Berkaitan dengan gigi, Nabi mengajarkan kepada umatnya supaya menjaga kebersihan termasuk kebersihan mulut. Nabi menyebut:

Hajah Najla Tolak Gelaran "FIRST LADY OF EGYPT"



أكدت السيدة نجلاء محمود قرينة رئيس جمهورية مصر د.محمد مرسي رفضها بشدة للقب "سيدة مصر الأولى"، مشددة على أنه
 لا يوجد شيء يُسمَّى "سيدة مصر" بل يوجد خادمة مصر الأولى؛ لأننا جميعا مواطنون لنا نفس الحقوق وعلينا نفس الواجبات.


Isteri kepada Presiden Mesir Najla Mahmoud, berkeras menolak gelaran Wanita Utama Mesir "First Lady of Egypt". Ujarnya "Tidak terdapat nama gelaran "first Lady" tetapi yang ada ialah "Khadimah Mesr" Iaitu Khadam Mesir Utama. Kerana kita semua adalah warga mesir dan bagi setiap kita hak yang serupa dan kita semua juga mempunya tanggungjawab yang sama. 

Selasa, 26 Jun 2012

Semanis Kurma di Labuan


Bermula jam 8.30 malam, 
Tajuk: Keluarga Syurgawi.
Penyampaian secara berselang seli oleh pasangan suami-isteri. Terasa menarik, lucu, ceria dan berisi.
Ini antara isi2 yang disebut.

Tujuh asas syurgawi.
1. Suami yang bertaqwa kepada Allah. Pembimbing. Menjaga isteri. Tidak pukul isteri. Jaga solat.
Solat jangan hanya hari sabtu, nanti perangai macam hantu.
Ingat janji Allah pada hari akhirat bagi yang beramal untuk Keimanan pada Allah.

Jumaat, 22 Jun 2012

Nak Kahwin?? Ciri pasangan yang perlu ada... (SIRI 1)


Kalau cerita pasal kahwin, semua celik mata. Seronok la katakan. Best la katakan. Jadi kadang-kadang ramai lupa bahawa perlu membuat pilihan yang bijak dalam perkara KAHWIN ni.

So camner nak buat ni?? Buntu? Atau dah ada??

Pertama kita lihat dulu Hadis. Ada atau tak Nabi sebut pasal perkara ni? Jawapannya : ADA tuan-tuan, puan-puan.

Sabda Nabi:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا ، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Program Tafakkuh Fiddin di JAWI Labuan

Disampaikan oleh Us Shahrizal. Penceramah jemputan dari Pusat Pungutan Zakat Labuan.
Pengisian: Takutkan Allah, Sejarah dan Penghayatan.
Peserta: Kakitangan Jawi Labuan

Tarikh: 22 Jun 2012
Jam:8.30 Pagi


Pengacara yang tak asing lagi, En Zahrol
Penceramah undangan hari ini, Us Shahrizal

Khamis, 21 Jun 2012

Aku nikahkan dikau...

Gambar Hiasan

Perkahwinan merupakan sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam. Sabda Nabi:
« يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ »
Bermaksud:  Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin maka hendaklah ia berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah ia berpuasa kerana pada puasa itu benteng pertahanan. HR Bukhari (5965)

Dalam hadis di atas Nabi SAW menyeru semua pemuda yang berkemampuan untuk menyahut seruan perkahwinan. Jadi amat perlu bagi sesiapa yang belum mempunyai pasangan hidup untuk berusaha mencari dan seterusnya berkahwin.
Gambar Hiasan

Selasa, 19 Jun 2012

Persamaan Islam, Kristianiti dan Judaism (Siri 4).

vs
 
Dalam quran almaidah 5:72
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ 

72. They do blaspheme who say: "(Allah) is Christ the son of Mary." but said Christ: "O Children of Israel! worship Allah, My Lord and your Lord." Whoever joins other gods with Allah,- Allah will forbid Him the garden, and the Fire will be His abode. there will for the wrong-doers be no one to help.

72. Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim".

Maidah 5:72, NABI ISA telah berkata barang siapa yang mensyirikkan allah maka tempatnya adalah neraka.

Sekiranya anda membaca bible, mereka (Kristian)  menyatakan bahawa Isa mendakwa ketuhanan.Namun begitu, tiada satupun penyataan dalam bible yang menyokong bahawa Isa pernah mengaku ketuhanan.

Penyataan dari Bible

Selasa, 12 Jun 2012

Persamaan Antara Islam, Kristianiti dan Judaism ( Siri 3): Larangan Syirik.

Petikan dari Al-Quran
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ   افْتَرَى إِثْمًاعَظِيمًا
  
48. Allah forgiveth not that partners should be set up with him; but He forgiveth anything else, to whom He pleaseth; to set up partners with Allah is to devise a sin Most heinous indeed.

48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.


إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ  وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
116. Allah forgiveth not (the sin of) joining other gods with him; but He forgiveth whom He pleaseth other sins than this: one who joins other gods with Allah, hath strayed far, far away (from the right).

116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.

Petikan dari Bible (Perjanjian Lama)


Dalam mark 12:29,Shama isroilo abnalhim abnaikhod.
bermaksud : And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord:
bermaksud: Dengarlah wahai Israel, Tuhan kita adalah tuhan yang SATU.

Isnin, 11 Jun 2012

Persamaan: Islam, Kristianiti dan Judaism (Siri 2) - Perbahasan Rukun Islam

Mari hari ini kita berbincang tentang persamaan antara islam, kristianiti dan Judaism.


Dalam hadis bukhari agama islam terbina daripada lima perkara:

1.     Syahadah
2.     Dirikan solat
3.     Zakat
4.     Haji
5.     Puasa
Mari kita berbincang tentang persamaan tiang2 dalam kristian dan Judaism


   
Gambar Hiasan 

Pertama: Shahadah. Tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Al-Baqarah 2:177
  
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177)


Sabtu, 9 Jun 2012

Baru je beli Galaxy S2 tapi dah kluar Galaxy S3

Saya bukan lah jenis mengejar gadget berkenaan telepon bimbit, tapi keadaan atau dunia hari ni menyebabkan kita ketinggalan dari segi maklumat. Biasanya baca berita berkenaan malaysia dan dunia dari komputer pejabat je. Tapi sekarang ni sejak menggunakan Samsung Galaxy S2, segala berita yang dahulunya lambat diterima, sekarang menjadi lebih cepat dan pantas.

                                                       gambar: Galaxy S2

Saya baru je beli Galaxy S2 tu, iaitu akhir bulan februari 2012. Baru sangat-sangat. Tapikan sekarang ni dah keluar lah pulak hp Galaxy S3. Aiseh....so saya pun cari lah menggunakan pakcik GOOGLE, kelebihan dan persamaan antara Hp yang sedang saya guna dengan S3.

 Gambar: Galaxy S3

Di bawah ni adalah perbandingan antara dua handphone - Samsung Galaxy S2 dan S3.

Mengapa Galaxy S III lebih baik

Sabtu, 2 Jun 2012

Persamaan: Islam, Kristian dan Judaism (Siri 1)


Khabar yang dibawa oleh nabi

وَإِنْ مِنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ 

Fatir:24. Verily we have sent Thee In truth, As a bearer of glad tidings, and As a warner: and there never was a people, without a warner having lived among them (in the past).


24. Sesungguhnya Kami mengutusmu Dengan (ugama) Yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada Dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

Rasul yang disebut dalam al-quran ada 25 orang.Seramai 124,000 orang nabi diutuskan. Musa, Ibrahim, Adam dll. Hanya islam agama selain kristian yang mempunyai kepercayaan yang bercampur iaitu dengan mempercayai jesus (isa). 

Tiada muslim yang benar2 muslim selagi tidak beriman dengan nabi isa.

      i.      Kami percaya bahawa nabi isa adalah seorang nabi yang diutuskan oleh allah.
     ii.      Kami percaya bahawa isa (jesus) adalah messiah (Christ) al-masih.
    iii.     Kami percaya bahawa jesus adalah telah dilahirkan secara ajaib tanpa sentuhan lelaki yang mana ramai dikalangan kristian moden tidak mempercayainya.
    iv.      Kami percaya bahawa jesus telah menghidupkan yang mati dengan izin tuhannya.
     v.      Kami percaya bahawa jesus telah menyembuhkan orang dengan izin tuhannya.
Namun begitu, setiap rasul yang datang sebelum Muhammad adalah ditujukan untuk kaumnya pada ketika itu sahaja. 

Bank Tenaga: Yoobao 11200 mAh

Apa khabar? Kali ni terasa nak buat ulasan (review) berkenaan peralatan elektronik yang sedang digunakan. Dalam bahasa orang putih, benda ni disebut POWER BANK YOOBOA 11200 MAH.

Apa gunanya? untuk mengecas peralatan elektronik seperti telefon bimbit dan internet pad. Jenis hp yang boleh guna alat ni untuk mengecas adalah:

1. iPad, iPad2, iPhone4, 4G,4GS,3GS, 3G, iPod Touch
2. Motorola Droid
3. HTC Android
4. Blackberry
5. Samsung Galaxy S
6. dan banyak lagi

Kenapa saya beli? Ermmmm. Hp yang saya gunakan sekarang ni iaitu Samsung Galaxy SII, rasanya kuat makan bateri. antara sebabnya saya selalu melayari facebook dan Internet. Jadi bateri memang cepat habis.