Sabtu, 9 Jun 2012

Baru je beli Galaxy S2 tapi dah kluar Galaxy S3

Saya bukan lah jenis mengejar gadget berkenaan telepon bimbit, tapi keadaan atau dunia hari ni menyebabkan kita ketinggalan dari segi maklumat. Biasanya baca berita berkenaan malaysia dan dunia dari komputer pejabat je. Tapi sekarang ni sejak menggunakan Samsung Galaxy S2, segala berita yang dahulunya lambat diterima, sekarang menjadi lebih cepat dan pantas.

                                                       gambar: Galaxy S2

Saya baru je beli Galaxy S2 tu, iaitu akhir bulan februari 2012. Baru sangat-sangat. Tapikan sekarang ni dah keluar lah pulak hp Galaxy S3. Aiseh....so saya pun cari lah menggunakan pakcik GOOGLE, kelebihan dan persamaan antara Hp yang sedang saya guna dengan S3.

 Gambar: Galaxy S3

Di bawah ni adalah perbandingan antara dua handphone - Samsung Galaxy S2 dan S3.

Mengapa Galaxy S III lebih baik

  • lebih besar, 720p skrin
  • Tidak lebih Slim, tetapi ketebalannya lebih serata.
  • Pemproses Quad Core  (4 teras), grafic yang lebih pantas
  • Aplikasi S Beam, S voice, Smart Stay, Smart Alarm, 50 GB Khidmat Penyimpanan DROPBOX dan lain-lain.
  •  Bateri berkapasiti lebih ( 2100 mAh)
  • mengambil gambar semasa merekod video
  • GLONASS (Seperti GPS)
  • Bluetooth 4.0 LE
  • 64GB stor penyimpanan (pilihan- dengan harga premium)

Mengapa Galaxy SII masih baik

  • Lebih murah untuk dibeli, banyak tawaran second-hand lagi.
  • Lebih ringan, dan kecil
  • Skrin SuperAMOLED Plus (mempunyai subpixel yang serupa)
  • Kesamaan dalam kamera iaitu 8MP gambar tetap, 1080p video
  • sama jumlah RAM - 1GB
  • slot SIM kad yang biasa.
Kalau untuk lebih lanjut, cari sahaja di GOOGLE insya allah jumpa. So macamana masih nak kekal yang sedia ada? atau nak tukar baru? Kalau saya baik kekal lah dulu. Selagi Galaxy S2 saya ni masih berfungsi dengan baik, saya akan terus menggunakannya. Kalau dah rosak baru lah saya fikir nak beli baru atau tidak. 

Anda Bagaimana? Ingat.....anda tidak akan dapat mengikuti semua perkembangan teknologi. JALAN TERBAIK adalah Kesederhanaan.. ok jumpa lagi

maklumat lanjut : Lihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan