Khamis, 31 Disember 2015

TERSEREMPAK DENGAN KENDERAAN GOOGLE MAPS

Hari ni pergi Wisma Yakin untuk buat tempahan baju melayu. Ke Y. S. Tailor. Selesai di sana pergi pula ke Mydin cari-cari barang. Tapi tak lama lah di Mydin. Grab n go... Dapat barang terus gi bayar.

Keluar dari Mydin terus saya ke motor. Dalam saya nak keluar dari jalan depan Mydin ni, nampak pula satu kenderaan pelik, atas bumbungnya ada kamera yang agak tinggi. Saya agak dalam hati " ni mesti kenderaan google". Biasanya tengok dalam internet jer. Hehe hari ni boleh pulak terserempak.

Kalau tak silap kereta Exora. Saya pun tak pasti, sebab tengah naik motor. Dalam hati "kalau aku pandang, nanti mesti dia rekod muka aku, hehe".

Tak tak lah kalau dia tengah rekod, jalan pun tengah jem time tu. Tentunya dia snap gambar sekali dua macam tu.

Kalau ikut apa yang saya tahu, gambar kita kalau dah direkod, ia akan tersimpan dalam internet, cuma tak pasti berapa lama. Kalau saya buka google street rumah saya yang sekarang, masih lagi gambar rumah belum ubahsuai. Pulak depan rumah, ada jiran berbangsa India sedang basuh kereta. Harapnya takde lah sesapa buat benda tak senonoh atau kurang sopan depan kamera ni, hehe nanti diabadikan dalam internet. Bukan senang nak buang. Kena hubungi Google la agaknya.

Saya dah pun sampai ofis. Jadi nak teruskan kerja. Hehe




MULA MENYEWAKAN RUMAH YANG DIBELI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,

Beberapa minggu lepas saya membuat iklan di Mudah.my untuk menyewakan rumah yang sekarang ini telah selesai di ubahsuai. Selesai sahaja muatnaik maklumat ke Mudah.nya dan dipapar, beberapa orang mula menghubungi saya. Saya terfikir "Eh.. cepat pula orang hubungi saya" padahal baru sahaja tak sampai sejam. 

Kata saya kepada semua yang hubungi saya tu " saya cadang encik/puan pergi tengok dulu rumah dan kawasan, lepas tu kalau rasa sesuai baru komfomkan dengan saya dan teruskan booking". Yelah saya pun tak nak menyusahkan diri sendiri dengan yang bila tengok gambar rasa ok tetapi bila dah pergi, rasa suasana tak sesuai. Pendek kata tak nak pening kepala yang tengah pening. Hehe.

Daripada ramai yang telefon tu, ada seorang yang serius bertanya dan ingin terus tengok rumah. Jadi saya susun masa untuk pertemuan.

Pada hari pertemuan, beliau melihat rumah yang ketika itu belum 100% siap ubahsuai, lalu terus memberi kata putus jadi untuk menyewa. Saya dalam hati, mengucapkan rasa syukur kerana dapat penyewa dalam masa yang singkat dan tidak perlu bersusah payah mencari penyewa. Thanks  to Mudah.my.

Beliau terus mengeluarkan wang tunai untuk bayaran deposit, saya pun agak terkejut kerana dia terus ingin membayarnya. Saya terima bayaran dan berjanji akan menyiapkan rumah sebelum tahun baru.

Insya allah sewaan bermula 1 Jan 2016 iaitu esok.  

RUMAH DIMASUKI PENCURI WAYAR

Baru-baru ini (29 Disember 2015) rumah saya telah dimasuki pencuri.

Waktu kecurian
Dijangka antara jam 4.00 pm- 6.00 pm. Petang tuuuu. 
Mengikut tukang rumah, dia masih ada di rumah pada jam 3.00pm. Dalam jam 3.30pm dia keluar dari rumah setelah selesai.. Antara kerja-kerja yang dilakukan, mengemas rumah dengan membersihkan sampah dan membetulkan sedikit atap genting. Katanya lampu hidup. 


Perasaan tak sedap hati
Semasa saya pulang ke rumah saya cuba hidupkan lampu, tapi tak hidup, saya lihat suis pada DB jatuh (trip), saya naikkan semula. Pun tak hidup. Saya keluar, saya lihat wayar pada meter tidak bercantum. Sebenarnya meter belum masuk lagi, minggu ni baru nak mohon. Tapi bekalan elektrik ada. 

Jadi saya fikir, tentunya ada orang yang cabut benda ni, saya cantum semula wayar elektrik (penyambungan haram) hehe... sementara tunggu meter. Kebanyakan suis hidup kecuali lampu hall, kipas dan lampu bilik air. Dalam hati, mesti kena curi la wayar ni. 

Keadaan rumah
Rumah ni masih dalam ubahsuai, belum siap 100%. Pagar belum pasang lagi. Gril tingkap n pintu dah pasang. Kalau pencuri tu nak curi masuk ikut pintu atau tingkap ia adalah sukar sebab dah ber'grill'. dan tak ada kesan pecah masuk.

Masuk ikut bumbung
Saya agak, ini mesti dia masuk ikut bumbung. Saya tengok dari luar, atap genting dah beralih dari tempat asal. Adoiii. Saya nak naik ke atas siling untuk pastikan yang wayar kena potong dan dicuri, tapi tangga pula tak ada. Jadi saya pun balik ke rumah yang saya duduk sekarang untuk ambil tangga, tangga yang boleh lipat yang muat untuk masuk kereta. 

Bila dah ambil tangga, saya naik ke atas tu. Sah (bukan sah nikah ni) memang sah wayar dipotong. Shukur alhamdulillah bukan semua di potong, kalau semua, habis terbang duit saya. Atap genting terbuka empat keping. Mengikut kata tukang, masa dia pergi tadi genting tu dia dah betulkan ke tempat asal. 

Sukar tidur malam
Malam tu memang jantung berdebar, Allah sahaja yang tahu. Saya telefon tukang bertanyakan tentang apa cara yang boleh dibuat untuk elakkan orang ceroboh ikut bumbung? Saya punya cadangan 'apa kata kita simenkan atap genting tu?' kemudian tukang tu kata "Tak pernah dibuat orang ni". Dia tak nak buat. Kemudian lagi dia beri cadangan "kita pasang kayu perantara supaya ruang atap genting tu jadi kecil dan orang tak boleh masuk". Saya yang dah tak tentu hala ni, terus cakap " oklah kalau macam tu" Tukang kata akan terus buat kerja keesokan pagi. Alhamdulillah selesai hal ni.

Tidur dalam keadaan berdebar-debar. Memang tak lena. Asyik terjaga sahaja. 

Harapnya tak de lagi orang nak ceroboh masuk ikut genting bumbung. Sebenarnya banyak kisah terperinci, tapi tak pelah mungkin lain kali saya kongsi lagi.