Selasa, 26 Jun 2012

Semanis Kurma di Labuan


Bermula jam 8.30 malam, 
Tajuk: Keluarga Syurgawi.
Penyampaian secara berselang seli oleh pasangan suami-isteri. Terasa menarik, lucu, ceria dan berisi.
Ini antara isi2 yang disebut.

Tujuh asas syurgawi.
1. Suami yang bertaqwa kepada Allah. Pembimbing. Menjaga isteri. Tidak pukul isteri. Jaga solat.
Solat jangan hanya hari sabtu, nanti perangai macam hantu.
Ingat janji Allah pada hari akhirat bagi yang beramal untuk Keimanan pada Allah.


2. MAWADDAH WA RAHMAH
Kasih dan sayang.
Apa yang perlu dibuat.
- Sebutkan. Panggilan mesra kepada isteri. Panggil anak juga dengan panggilan baik.
- Tunjukkan kepada suami / isteri. Contoh: minum satu gelas yang sama dari bekas mulut isteri.

Cara berkasih-sayang
a- (tak sempat tulis)
B- Kata2 yang baik. Juga doa.
C- Sentuhan.
D-Banyak berkhidmat. Apa yang Nabi buat di rumah. Nabi banyak menolong ahli keluarganya.
E- Banyak bersama-sama. Luang masa suami isteri.


3.Muasyarah yang makruf.
Pergaulan nabi dengan Saiyidah Aisyah: Nabi sering senyum bila masuk ke rumah.
Rahsia awet muda bagi orang selalu senyum. Hanya 14 otot muka digunakan.
Muka masam guna 70 otot muka. Awet tua.


Pesan Ustaz Akasyah: Kita perlu amal 5S.
S salam
S senyum
S salam bersalam
S sapaan
S sopan santun
4. Rezeki yang halal

Kisah Nabi: Kenapa permintaan saya tidak diperkenankan oleh Allah. Nabi jawab pastikan makan minum dari benda yang halal.

كل لحم نبت من حرام فالنار اولى به
Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lah yang paling layak dengannya.

Perlu nasihat pada suami isteri setiap hari untuk mencari yang halal.
Cara tarik hati suami. Salam n cium tangan suami.
Jangan berjudi. Terutama sekarang di musim bola Piala Euro. Ia adalah perbuatan Syaitan.


5. Amanah dan tanggungjawab.
Anak adalah anugerah dan ia juga tanggungjawab.
Kisah: Seorang lelaki banyak amalan solehnya. Sedang ia melangkah ke dalam syurga, lalu dihalang masuk ke dalam syurga. Diperintahkan masuk ke dalam neraka. Anak2 dan isteri masing2 yang menjadi ahli neraka menariknya menyebut kelalaian suami yang tidak melakukan tanggungjawab. Hanya bersendiri melakukan kebaikan tetapi tidak pernah mengajar dan mengajak anak dan isteri. Lalu ia dicampakkan ke dalam neraka.

Pesanan lagi.
- Jaga rukun islam. Terutama mengucap dua kalimah syahadah. Tahu sebutannya jangan keliru.
-jaga solat. Peruntukkan masa untuk solat hanya 20 minit berbanding 1440minit sehari. Belum kira waktu tidur dan lain lain.
- zakat. Keluarkan zakat dapat keberkatan keluarga, kerjaya.
-puasa. Buat amalan walau sedikit.
Seksaan sekiranya tidak mengeluarkan zakat.

6. Berdoa
Amalkan doa.
-  Ya Allah, pemberi rezeki. Ar Razzaq.
- An Namli 31:
- assyura 19: tiup di air bagi anak2 minum. Kalau suami isteri tiup di tengkok.

7. Sentiasa berjasa kepada ibu bapa.

 Nabi sebut tiga kali binasa, binasa,binasa. Apa itu rasulullah? Binasa orang yang tidak berbuat baik kepada ibu bapa.
Barangsiapa yang membuat ibu bapa bersedih kamu adalah anak derhaka.
Tempat anak derhaka adalah neraka.
Anak soleh doa makbul. Hidup senang.
TamaT... Moga dapat ambil pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan