Selasa, 26 Julai 2016

PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 4- PENGHANTARAN OLEH SKYNET

Penghantaran Tv ni dibuat oleh Skynet. Nama yang gah, boleh menakluk dunia manusia hingga manusia menjadi pupus. Nama je lah yang gah.

Penjual menghantar barangan ke Skynet pada hari yang sama dan barangan tersebut telah sampai ke pej skynet Klang pada keesokan harinya. 

Dah lah bila tengok kat syarikat penjual tu, macam kedai dah tutup. Ni pulak skynet tak hantar-hantar barang walau pada hari yang sama. Sampai kat Skynet Klang pagi, ni sampai malam saya tengok tak dibuat penghantaran lagi. Saya tertanya lagi dalam hati "betul ker yang dihantar tu TV?" Saya pernah terbaca di internet ada yang membeli iPhone tapi dapat mangga (padlock). Makin risau dalam hati.

Saya cari lagi maklumat berkenaan penjual dalam page 11street tu. Cari dan cari dan cari, akhirnya jumpa alamat kedai penjual tu.


Alamat ni mujur ada yang bertanya pada ruangan Q&A, kalau tidak, tak tahu lah macamana perasaaan masa tu. Bila cek dalam google akhirnya jumpa alamatnya..
Lega rasanya bila dapat alamat kedai ni. Bila difikirkan semula, mungkin tempat yang buruk tadi tu gudang tempat simpanan baranan elektroniknya. Entahlah. Tapi yang penting sekarang ni Skynet tak hantar lagi barang ni.

Hari Khamis, menjelma. Barang masih belum dihantar. Terfikir "Apa masalah yang berlaku, barang tak dihantar lagi ni?" Saya buat carian di internet, ada orang bercerita berkenaan barang hilang sewaktu di Skynet, kemudian bila di buat aduan dan laporan polis dan sebagainya, barangnya tetap tak dijumpai.

Hati tak tenang lah jadinya. 

Hari jumaat, saya makin jadi tak tentu arah. Sebenarnya sejak beberapa hari saya hubungi skynet untuk bertanya pasal TV tu, tapi tak ada orang angkat telefon. Hari ni saya cuba lagi, alhamdulillah kali ni saya bernasib baik, ada yang angkat. Saya bertanya memberikan operator nombor penghantaran, kemudian dia memeriksanya, lalu memberitahu saya, "barang ni akan di hantar pada hari isnin". Saya disebabkan tidak dapat bersabar lagi, saya memberitahu "kalau saya datang ambil sendiri boleh ker?" Esok hari sabtu, sesuai untuk saya ambil, kalau hari kerja susah nak berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan