Selasa, 20 November 2012

Balik ke Tanjung Karang....


Perjalanan di bawah bertarikh: 18 Oktober 2012 lalu. Baru hari ini berkesempatan untuk muat naik kisah di sini.
______________________________________________________________________________
Hari ni bertolak balik ke kampung halaman di Tanjung Karang.

Menaiki penerbangan Airasia. Harga tiket lebih kurang RM 250+- pergi dan balik.
Semua penumpang dah dipanggil masuk ke dalam pesawat. Mencari tempat duduk masing-masing. Ya, tempat duduk saya 15B. Tengah rupanya. Masa daftar masuk di web tidak perasan lagi. Ye lah, saya tekan next, next, next... Nak cepat. Ermmm tak pelah. Mana-mana pun sama. Yang penting sampai ke destinasi.




Masa duduk terlihat dikalangan penumpang, berkipas. Rupa-rupanya pendingin hawa tidak berfungsi. Kami semua terpaksa berpanas. Peluh mulai menitis.
Diberitahu oleh kapten penerbangan ditangguh 30minit +-.
Kemudian ada satu pengumuman tambahan "Sesiapa yang memerlukan minuman, sila berhubung dengan anak kapal". Orang disebelah saya tersenyum sambil berkata" It should be free because it's their mistake".


Setelah beberapa minit, dalam 10minit +-, sekali lagi pengumuman dibuat "Kami memohon maaf sekali lagi, pintu pesawat akan dibuka, tuan -tuan dan puan-puan dikehendaki ke bilik menunggu".
Bersyukur dalam hati -Alhamdulillah- kerana suhu dalam pesawat agak panas di mana pintu pesawat telah ditutup dan bilangan penumpang 200 orang +-. Bayangkan betapa banyak haba terperangkap di dalam pesawat. Saya hampir sukar bernafas dalam pesawat. Kalau lewat lagi, tak tau apa akan jadi.


Setiap penumpang diberikan TRANSIT PASS. Ini sebenarnya pengalaman pertama saya lewat bersama AIRASIA. Biasanya on time. Saya sebenarnya agak bimbang kerana saya tidak membeli insuran airasia.

Persoalan yang bermain di minda, kalau penerbangan ini dibatalkan adakah saya dapat tiket baru atau tidak?
Kenapa tak beli insuran penerbangan? Sepanjang pembacaan saya di laman web Airaisa, ia bukan islamic insuran aka Takaful. Jadi saya rasa sebaiknya saya tidak melibatkan diri dengan urusan yang shubhah.

Sekarang jam menunjukkan 11.35am. Sejam selepas waktu berlepas. Sehingga kini masih tiada berita penerbangan kami.
Apa-apa pun berlaku -alhamdulillah- saya pasti ada jalan penyelesaian. Setiapnya mesti dipandang dari sudut yang positif. Senyum. Happy. Senang hati.

Insya Allah bersambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan