Selasa, 20 November 2012

Bila hati dekat dengan Allah


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ (18)
18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.


Surah at-Taubah 9:18

Mari kita baca... ;)

Masjid (rumah Allah) di Malaysia ini biasanya tersergam indah. Kenapa? tak betul ker? Jom Lihat di bawah ini.


 Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
 Masjid Sultan Mizan, Putrajaya
 Sama di atas
Masjid Tengku Tengah Tengku Zaharah, Kuala Ibai, Terengganu

Sebenarnya di luar negara pun sama juga. Banyak masjid besar-besar. Tapi takpe lah, nak cerita yang di Malaysia jer lah.

Dalam ayat di atas, Allah memberi jaminan bahawa orang yang mengimarahkan rumah Allah, adalah orang yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Beriman dengan Allah
2. Beriman dengan hari akhirat
3. Beramal soleh (berbuat kebaikan)
4. Mendirian solat
5. Menunaikan zakat
6. Tidak takut kecuali kepada Allah

Penjelasan

Bila disebut IMARAH rumah Allah, bukan orang yang datang seminggu sekali. Juga bukan orang datang ke masjid setahun dua kali, hari raya puasa dan raya haji ler. Kalau setahun sekali, lagi lah bukan IMARAH namanya. 

Ia macam kalau seseorang yang mempunyai anak. Kalau ia benar-benar 'menjaga anak'nya. Waktu duduk/tinggal bersama lebih lama dari waktu renggang. Kalau hanya setahun sekali jumpa anak, Itu namanya ziarah. Anak pun dah tak ingat dengan mak bapaknya. Lepas tu jangan marah dengan anak itu , kenapa tidak ingat mak bapak?? Salah sendiri namanya.

Disisi Allah
IMARAH rumah Allah memerlukan anda hadirkan diri setiap kali anda dipanggil ke sana (panggilan azan). Anda ingat Allah, Allah akan ingat anda berganda lebih banyak. Anda dekat dengan Allah, Allah akan berada lebih dekat lagi.

Sabda Nabi:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى وَأَنَا مَعَهُ حِينَ يَذْكُرُنِى فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلإٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلإٍ خَيْرٍ مِنْهُ وَإِنِ اقْتَرَبَ إِلَىَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنِ اقْتَرَبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا اقْتَرَبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً 

Maksud: 

Dari Abu Hurairah katanya: Rasulullah berkata: Allah Taala berkata: Sesungguhnya aku berada pada sangkaan hambaku. Aku bersamanya ketika mana dia mengingatiku. Sekiranya dia mengingatiku dalam dirinya aku mengingatinya dalam diriku. Jika dia menyebutku di hadapan khalayak, aku menyebutnya di hadapan khalayak dengan cara yang lebih baik dari itu. SEKIRANYA DIA MENDEKATI AKU SEJENGKAL, NESCAYA AKU MENDEKATINYA SEHASTA, JIKA DIA MENDEKATIKU SEHASTA NESCAYA AKU MENDEKATINYA SEDEPA. JIKA DIA MENDEKATIKU DENGAN BERJALAN NESCAYA AKU MENDEKATINYA DENGAN BERLARI (Pahala yang diberikan lebih pantas dari amalan yang kita buat).

HR Muslim: 7008. Taraf hadis: SAHIH.

Bayangkan anda rapat dengan bos anda, atau anda rapat dengan ibu bapa anda, atau anda rapat dengan orang yang paling berpengaruh di atas muka bumi ini. Dah bayangkan ke belum? Bayangkan dulu, ok.

Tentunya anda akan mudah untuk mendapat peluang kenikmatan, kesenangan dan banyak perkara yang tidak didapati oleh orang yang jauh dan tidak rapat dengan mereka. 

Bayangkan anda seorang perompak atau orang yang paling dibenci semua manusia atau anda seorang yang suka menyusahkan semua orang. Bolehkah anda dapat bantuan dari orang sekeliling anda dengan mudah? Tentunya tidak.

Kini bayangkan anda rapat dengan TUHAN SEKALIAN ALAM- ALLAH-, tentunya banyak kelebihan yang akan anda dapati sama ada di kehidupan dunia mahupun akhirat.

Bagaimana ingin dekat dan rapat dengan Allah?
Mudah sahaja. Tanya diri anda (termasuk saya lah ni), berapa kerap anda datang ke rumah Allah. Berapa kali anda lalai dari akur kepada panggilannya (Azan). Kalau banyak , Alhamdulillah. Kalau kurang, maka sila muhasabah diri. 

Orang yang sentiasa mengIMARAH rumah Allah, pastinya sifat-sifat yang disebutkan di atas itu akan tertera dalam diri anda secara tidak langsung. Sekarang ini persoalannya MAHU atau TIDAK sahaja... kan?? Jika mahu pasti beribu daya boleh diusahakan, tak perlu cari alasan untuk tidak mahu hadir ke rumahNya. Ia adalah pilihan anda sendiri.


*Imarah rumah Allah ini pelbagai cara. Ini satu daripadanya. Dalam topik ini, solat di masjid merupakan tanggungjawab seorang lelaki. Bagi perempuan, ia adalah digalakkan bersolat dirumah. Akan tetapi jika terhindar dari fitnah, maka dibolehkan perempuan bersolat dan melakukan aktiviti di masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan