Sabtu, 12 Oktober 2013

JOM PUASA HARI ARAFAH



Bilakah Hari Arafah?
Ia adalah hari ke Sembilan dari bulan Zulhijjah setiap tahun Islam. Ulama telah berijmak bahawa puasa Hari Arafah adalah seafdal-afdal hari untuk berpuasa.

Apakah kelebihan puasa pada hari Arafah?
Dan kelebihannya telah disebutkan dalam hadis:
جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :" صيام يوم عرفه أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده " [ رواه مسلم ] .

Bermaksud: telah datang dari Nabi SAW katanya: (berkenaan) Puasa hari Arafah, aku memohon dari Allah, agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya. HR Muslim.

Hukum puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji.


Ia adalah puasa yang digalakkan (Mustahab) untuk melakukannya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis yang menjanjikan penghapusan dosa bagi yang berpuasa.

Puasa hari arafah bagi orang yang mengerjakan haji?
 
Orang yang mengerjakan haji adalah digalakkan untuk memenuhkan masanya dengan beribadat dan doa, dan janganlah fikirannya dan jiwanya terganggu dengan makanan, minuman dan penyediaan makan minum sehingga ia mengambil kebanyakan masanya untuk itu sahaja.


Dari Abu Hurairah RA katanya:

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال :" نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صوم يوم عرفة بعرفة " [ رواه أحمد وابن ماجة وفي صحته نظر ]

Rasulullah melarang puasa hari Arafah di Arafah. HR Ahmad dan Ibnu Majah. (Hadis ini ada pertikaian dalam kesahihannya).
Juga ada hadis yang berkaitan disebutkan oleh at-Tabrani dalam kitabnya Ausat, hadis Aisyah RAH katanya:

قال : " نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صوم يوم عرفة بعرفات
Bermaksud: RAsulullah melarang puasa hari Arafah di Arafat.


Namun, hadis di atas diperkuat dengan hadis di bawah:

أن الناس شكوا في صومه صلى الله عليه وسلم يوم عرفة ، فأرسل إليه بقدح من لبن فشربه ضحى يوم عرفة والناس ينظرون " [ رواه البخاري ومسلم ]

Bermaksud: Bahawasanya manusia telah berasa syak sama ada Nabi berpuasa pada hari Arafah, kemudian dibawakan kepadanya satu bekas susu lalu Nabi SAW minum pada Dhuha hari Arafah. HR Bukhari dan Muslim.

Penerangan Hadis
Ketika orang ramai merasa syak berkenaan sama ada Nabi berpuasa atau tidak pada hari Arafah, dibawakan satu bekas susu lalu Nabi SAW minum supaya orang ramai pada ketika itu mengetahui bahawa Nabi SAW tidak berpuasa pada hari itu.

Pendapat ulama berkenaan puasa Arafah. (sedang buat haji)

1.   Berpendapat sebahagian ulama bahawa puasa hari Arafah adalah haram kerana larangan dalam hadis yang terdahulu dan larangan itu membawa kepada pengharaman.
2. Sebahagian yang lain menyatakan ia makruh.

Berkata Ibnu Qayyin Rahimahullah: dan berdasarkan dari petunjuk Nabi SAW, baginda tidak berpuasa pada hari Arafah.

 
Kesimpulan: Marilah kita sama-sama berpuasa pada hari Arafah yang akan tiba tidak lama lagi 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan