Selasa, 10 Julai 2012

APA??? Tak boleh puasa lepas nisfu Syaaban???

Perbincangan 
Terdapat beberapa hadis yang akan dihuraikan di sini
روى أبو داود (3237) والترمذي (738) وابن ماجه (1651) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلا تَصُومُوا ) . صححه الألباني في صحيح الترمذي (590) . 
Diriwayatkan oleh Abu Daud (3237), Termizi (738), dan Ibnu Majah (651), dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila masuk pertengahan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.
Disahihkan oleh Al-Albani dalam sahih Termizi.

Hadis ini menunjukkan larangan puasa selepas pertengahan Syaaban bermula enam belas.

Walaupun begitu,terdapat dalil yang mengharuskan puasa, antaranya:
Hadis 1:




ما رواه البخاري (1914) ومسلم (1082) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلا يَوْمَيْنِ إِلا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ ) . 
Dari Abu Hurairah katanya: Nabi SAW Jangan kamu menghadapi Ramadan dengan kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum, kecuali seseorang yang sebelum itu dia berpuasa, maka dia boleh berpuasa.HR Bukhari (1914), Muslim (1082).

Maka dalam hadis ini menunjukkan, puasa selepas pertengahan Syaaban adalah HARUS bagi yang biasa berpuasa seperti seorang yang menjadi adat kebiasaannya puasa Isnin dan Khamis atau orang yang berpuasa sehari selang sehari. Dan sebagainya.

Hadis 2:

وروى البخاري (1970) مسلم (1156) عن عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قالت : ( كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، يَصُومُ شَعْبَانَ إِلا قَلِيلا ) . واللفظ لمسلم . 

Dari Aisyah RA katanya: Nabi SAW Berpuasa pada Syaaban semuanya (Berpuasa pada Syaaban kecuali sedikit). Lafaz oleh Imam Muslim. HR Bukhari (1970), Muslim (1156)

Kata Ulama

Berkata Imam Nawawi:
Dan hadis ini menunjukkan keharusan berpuasa selepas pertengahan Syaaban kepada sesiapa yang bersambung puasanya dengan yang sebelum.

Dan Syafi'iyah (Pendokong Mazhab Syafi'e) beramal dengan semua hadis ini (menggabungkan hadis), seterusnya mereka berkata tidak harus berpuasa selepas nisfu Syaaban kecuali bagi yang terbiasa berpuasa sebelumnya. Pendapat ini adalah pendapat yang paling tepat di sisi kebanyakan Syafi'iyah bahawa larangan itu adalah menunjukkan pengharaman.

Berpendapat sebahagian Syafi'iyah seperti Imam ar-Ruyani, bahawa larangan itu adalah untuk kemakruhan bukan pengharaman.

Lihat kitab al-Majmuk (M/s 399-400)dan kitab Fathul Bari (M/s 129)- Mukasurat berbeza mengikut cetakan.

Berkata Imam Nawawi: (Riyadus Salihin ms 412)
BAB larangan berpuasa sehari dan dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi yang puasanya bersambung dari yang sebelumnya atau yang menjadi kebiasaannya seperti Isnin dan Khamis. Tamat.

Jumhur ulama berpendapat untuk melemahkan/mendhaifkan hadis larangan puasa selepas nisfu Syaaban selanjutnya, mereka berkata: Tidak makruh puasa selepas nisfu Syaaban.

Berkata Ibnu Hajar:
Jumhur Ulama berkata: Harus berpuasa sunat selepas nisfu Syaaban, dan mereka mendhaifkan hadis berkenaan perkara ini.  Dan berkata Imam Ahmad dan Ibnu Ma'ien: Ia adalah hadis Mungkir. (dimungkiri). Tamat. (diambil dari kitab Fathul Bari)


Dari kalangan yang mendhaifkan hadis al-Ala' ialah Baihaqi dan Tohawi. 

Berkata Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni
bahawa Imam Ahmad berkata berkenaan hadis ini:

Hadis ini tidak terjaga. Dan Kami bertanya Abdul Rahman Bin Mahdi, dia tidak mensahihkan hadis ini. Dan tidak menyampaikan kepadaku hadis ini. Berkata Imam Ahmad: Dia seorang yang thiqah (dipercayai), tidak ada hadis yang dimungkiri yang diriwayatkankannya kecuali ini. Tamat.

Al-Ala' ialah Al-Ala' Bin Abdul Rahman yang meriwayatkan hadis ini dari bapanya dari Abu Hurairah RA,

Dan Imam Ibnu Qayyim 
Dalam kitab Tahzib as Sunan berkata berkenaan kedaifan hadis ini.

إن هذا الحديث صحيح على شرط مسلم ، وإنَّ تفرد العلاء بهذا الحديث لا يُعَدُّ قادحاً في الحديث لأن العلاء ثقة ، وقد أخرج له مسلم في صحيحه عدة أحاديث عن أبيه عن أبي هريرة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ . وكثير من السنن تفرد بها ثقاتٌ عن النبي صلى الله عليه وسلم ، وقبلتها الأمة وعملت بها . . ثم قال : 
Sesungguhnya: hadis ini adalah sahih kerana mengikut syarat Imam Muslim walaupun perawi yang bernama al-Ala' bersendirian dalam meriwayatkan hadis ini dan ia tidak dianggap sebagai kejelikan dalam hadis kerana al-Ala' seorang yang thiqah (dipercayai). Imam Muslim telah mengambil beberapa hadis dari al-Ala' . Dan banyak kitab-kitab Sunan (kitab Hadis) juga terdapat perawi yang thiqah yang meriwayatkan hadis secara bersendirian dan riwayat mereka diterima pakai oleh umat islam dan di amalkan.

Dan katanya lagi:
Sangkaan pertentangan dalam hadis puasa bulan Syaaban, sebenarnya tiada sebarang pertentangan. Dilihat dalam hadis-hadis tersebut, dalil puasa separuh Syaaban bersama dengan yang sebelumnya. Dan juga dalil bagi puasa yang menjadi kebiasaan, untuk dilakukan pada setengah yang kedua.

- Hadis  al-Ala' menunjukkan larangan untuk yang sengaja puasa selepas pertengahan bulan, bukan disebabkan kebiasaan, juga bukan bersambung dari yang sebelumnya.

Kata Sheikh Bin Baz:
Ia adalah hadis sahih (hadis paling atas) seperti yang dikatakan oleh sheikh Nasiruddin Al-Albani. Yang dikehendaki oleh hadis itu ialah larangan berpuasa bagi orang ingin memulakan puasa selepas tengah Syaaban. Adapun sesiapa yang berpuasa pada kebanyakan hari bulan Syaaban atau sebulan penuh, maka dia telah menepati SUNNAH. Tamat. (kitab Fatawa Bin Baz) Jilid 15 M/s 385.

Kata Sheikh Bin Uthaimin Rahimahullah, :
...Dan kalau pun hadis (yang paling atas) itu sahih, dirumuskan dari hadis ia bukanlah untuk pengharaman puasa, tetapi ia hanya menunjukkan kemakruhan sahaja, sepertimana pendapat sebahagian ulama. Bagi yang telah menjadi kebiasaannya berpuasa maka dia boleh berpuasa walaupun selepas Nisfu Syaaban.Tamat.Kitab Syarah Riyadus Salihin (jilid 3 m/s 394)


KESIMPULAN DAN RUMUSAN
  • DIHARUSKAN bagi yang menjadi kebiasaannya berpuasa pada sebelum pertengahan Syaaban untuk meneruskan puasanya.
  • Bagi yang ingin memulakan puasa hanya setelah pertengahan Syaaban maka hukumnya adalah MAKRUH.
Keterangan di atas diterjemahkan dan diambil di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan