Selasa, 10 Julai 2012

Pernah dengarkah?? Kisah Yahudi buta, Rasulullah memberi makan.

Tentunya pernah...kan kan kan??
Gambar Hiasan Sahaja
Di bawah ini ada satu kisah yang biasa disebut-sebut dan diceritakan oleh ustaz-ustaz termasuk saya sendiri. Kemudian saya terfikir sendirian berkenaan perawi "hadis" ini dan tarafnya. Setahu saya yang ilmu tak seberapa ini bahawa cerita di bawah adalah bukan hadis dan tiada asal usulnya dalam agama.

Mungkin sahabat-sahabat, para pembaca budiman dapat mengkhabarkan kepada saya berkenaan darjat "hadis" ini. Kisah di bawah amat menarik (sekiranya sahih) untuk diceritakan bagi mengambil pengajaran dari kisah ini. Namun sekiranya tiada sumber sahih maka tidak patut untuk saya menyebutnya lagi.

Mungkin anda pernah mendengar kisah di bawah:

Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi buta lagi miskin, dan dia sentiasa mengingatkan setiap orang yang lalu dekat dengannya dan berkata kepada mereka "Sesungguhnya Muhammad adalah seorang pendusta, penyihir". Dia juga mencemuhnya dan mengejinya.

Walaupun begitu, Nabi SAW pergi kepadanya setiap pagi dan memberi makan kepada pemuda itu yang terlalu miskin tanpa Baginda berkata apa-apa walau sepatah perkataan dan tanpa memberitahu siapakah Baginda.

Berterusanlah begitu, Nabi SAW memberi makan kepadanya setiap hari sehinggalah datang saat kewafatan Baginda SAW, kemudian terputuslah bekalan makanan paginya.


Pada suatu hari, bertanya Abu Bakar kepada Aisyah berkenaan adakah di sana satu sunnah Rasulullah yang belum di buat oleh Abu Bakar lagi? Berkata Aisyah, "Sesungguhnya engkau telah mengikuti semua sunnah Nabi SAW kecuali satu". Maka Aisyah pun menceritakan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setiap pagi iaitu Baginda memberi makan kepada seorang Yahudi buta.

Maka Abu Bakar pun mengambil makanan dan pergi menyuapnya, tetapi pemuda Yahudi tadi mengetahui bahawa dia bukan orang memberi makan kepadanya selama ini. Maka Yahudi itu pun bertanya," Siapakah dia?". Kemudian Abu Bakar pun memberitahu bahawa orang yang memberi engkau makan adalah Rasulullah SAW. Maka menangislah Yahudi tadi dan menyesal atas perbuatannya yang menyakiti Rasulullah SAW sedang dia lah yang memberinya makan. Abu Bakar juga menangis. Kemudian Yahudi tadi memeluk Islam.

Ulasan saya
Jika ada dikalangan pembaca yang dapat mencari kesahihan kisah di atas, saya amat berterima kasih.
Jika ADA, maka ALHAMDULILLAH.
JIKALAU TIDAK DAPAT maka berwaspada dengan apa yang  disebutkan. Jangan sandarkan sesuatu kepada Nabi SAW sekiranya tiada bukti atau hujah. Semua ini hanya peringatan untuk diri saya sahaja. Bimbang benar kiranya ada perkataan yang keluar dari mulut ini hasil dari ketidak telitian dalam menilai maklumat yang diterima dari dunia sekelilingku.
Nabi SAW bersabda: Barangsiapa berbohong dengan Namaku, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka. HR Bukhari (107), Muslim (4)
Ya Allah jauhkan ku dari berbuat perkara sedemikian... AMIIIN, YA RABB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan