Jumaat, 6 Julai 2012

AMALAN BULAN SYAABAN (2)

3. BERSEGERA BERTAUBAT
Taubat itu WAJIB. 
Firman Allah: Nur : 31
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
.........dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Allah dalam ayat ini, memerintahkan supaya bertaubat.

Meninggalkan taubat adalah perbuatan zalim (dosa)


Firman Allah: Hujurat (49:11)


وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.

Penghulu orang-orang bertaqwa - Nabi SAW- adalah manusia yang paling banyak bertaubat. Sabda Nabi
يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّى أَتُوبُ فِى الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ
Bermaksud: wahai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada allah. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepada Allah sebanyak seratus kali (100) dalam satu hari. HR Muslim:7034

4. BERSEGERA BERBUAT AMAL SOLEH SEBELUM TAMAT TEMPOH UNTUK  BERAMAL
Tidak bermanfaat pengharapan selepas tamat waktu amal

Firman Allah: Al-Mukminun:
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ . لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

99. kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
100. "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Apabila berlaku kematian dan apabila kita telah dihidupkan semula di alam barzakh, maka tiada apa yang boleh kita lakukan. Penyesalan tidak berguna lagi. Janganlah nanti kita meminta dibalikkan semula ke kehidupan dunia ini. Tidak berguna semua itu. Harapan hanya tinggal harapan. Jika buruk amalan maka buruklah siksaan di barzakh dan ia berterusan hingga hari kiamat.


Pengharapan selepas mati adalah sia-sia.
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رجل: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ؟ فَقَالَ: « أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى، وَلا تُمْهِلَ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ: لِفُلانٍ كَذَا وَلِفُلانٍ كَذَا.. أَلا وَقَدْ كَانَ لِفُلانٍ

Bermaksud: Dari Abu Hurairah RA katanya: Kata seorang pemuda: Wahai Rasulullah, apakah sedekah yang paling agung? Jawab Nabi: Engkau bersedekah dalam keadaan engkau itu seorang yang sihat yang kedekut, yang takutkan kemiskinan dan sentiasa mengharapkan kekayaan. Dan jangan tangguhkan sehingga apabila nyawa dihujung halkum baru lah mahu bersedekah dan berkata: Ini untuk orang ini, dan ini untuk orang itu, ketahuilah harta ini (disedekahkan) untuk orang itu. HR Bukhari:1419, Muslim:2429

Dalam hadis ini, kita boleh ambil iktibar, bahawa bersedekah bukan perlu tunggu hingga seseorang itu jadi kaya, bahkan dalam keadaan kita amat memerlukan pun dianjurkan bersedekah. JANGAN sampai terlambat.

قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْل الْمُظْلِم يُصْبِح الرَّجُل مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِح كَافِرًا يَبِيع دِينه بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا )
Bermaksud: bersegeralah berbuat amalan (dikhuatiri datang kepadamu) fitnah yang seperti kegelapan malam, pagi dia seorang mukmin pada malamnya menjadi kafir, dan pada malamnya mukmin dan pada siangnya kafir, menjual agamanya dengan sedikit harta dunia. HR Muslim:328

Huraian Hadis:
1. Bersegera untuk beramal kebaikan. Fitnah atau ujian yang datang dalam bentuk yang tidak kita sedari seperti malam yang gelap tanpa sebarang cahaya hinggakan kita tidak mampu lagi berbuat apa-apa.


2. "Perbuatan menyegerakan amalan" ia juga adalah fitnah (ujian) kerana ramai yang tidak sanggup diuji lalu melewat-lewatkan amal kebaikan. Sehingga ada yang pada siangnya beriman malamnya kafir dan sebaliknya.


3. Fitnah yang datang ini adalah amat dahsyat sehingga Nabi menyebut : Seseorang itu pada paginya seorang mukmin kemudiannya pada malam hari dia menjadi kafir.


Sebagai contoh: 
Seseorang yang bekerja di pejabat kerajaan, pada waktu bekerja dia begitu rajin bekerja (ini dituntut oleh islam), beramah mesra dengan rakan-rakan pejabat dan segala kerajinan dalam pekerjaan di pamerkan olehnya. 


Tetapi selepas habis waktu pejabat. Dia menghabiskan masa dengan berjoli di kelab-kelab malam dan lain-lain perkara yang haram.

4. Menjual agama kerana dunia- Menggadaikan prinsip dan pegangan agama kerana ingin mendapat sedikit kemewahan dan kesedapan dunia. Inilah natijah daripada melewatkan amal kebaikan. Secara tidak langsung dia sedang memperdagangkan agamanya dengan nikmat dunia. Ingatlah dunia ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi. JANGAN gadai agama kelak anda rugi.


SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan