Khamis, 5 Julai 2012

AMALAN DI BULAN SYAABAN (1)


1. SYAA'BAN BULAN DIANGKAT AMALAN-AMALAN
حَدَّثَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
رواه أحمد والنسائي، وصححه الألباني
Bermaksud: Dari Usamah bin Zaid- RA- berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain seperti puasamu dalam bulan Syaaban. Sabda Nabi: Itulah bulan yang mana manusia lupainya, di antara Rejab dan Ramadhan, iaitu satu bulan yang padanya diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, Dan aku amat sukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa. Hadis riwayat Ahmad dan Nasai'e dan disahihkan oleh Al-Albani.

Maksud (AMALAN-AMALAN): 
Setiap apa yang datangnya dari seseorang individu daripada perkataan, perbuatan dan keadaannya, ditulis dalam buku amalannya sama ada kebaikan dan keburukan. 
Gambar hiasan 
Firman Allah:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ . وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) 8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Surah Alzalzalah : 7-8


Semua Amalan: 
Firman Allah: Surah Al-Kahfi: 49
 وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Bermaksud: .....................dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa Kitab ini demikian keadaannya? ia tidak meninggalkan Yang kecil atau Yang besar, melainkan semua dihitungnya!" dan mereka dapati Segala Yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

Amalan Yang Zahir
Sabda Nabi:
ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ
رواه أحمد والترمذي، وصححه الألباني
Bermaksud: (hadis panjang) 
.........Telah meninggalkanmu ibumu, Wahai Muaz, dan tidakkah manusia itu dicampakkan ke dalam neraka dengan muka mereka atau dengan lubang hidung mereka kecuali disebabkan oleh hasil tuaian lidah-lidah mereka. (HR Hakim:3548) Memenuhi syarat Bukhari dan Muslim, kedua-dua tidak meriwayatkan/mengeluarkan hadis ini.


Dari hadis di atas kita dapat melihat bahawa lidah boleh menjadi penyebab kita dimasukkan ke dalam neraka. Itu belum lagi dikira perkara fizikal yang kita lakukan yang negatif-negatif.

Amalan Yang Batin
Gambar Hiasan : Jantung

Ilustrasi jantung

Sabda Nabi:
أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهِيَ الْقَلْبُ
متفق عليه
Bermaksud: 
Ingatlah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah ia adalah Jantung (Hati). HR Bukhari: 1946, dan Muslim:1599


Apabila dalam hati seseorang ada prasangka pada yang lain, jasadnya akan bertindak sebagaimana pemikirannya yang lahir dari hati (jantung) yang rosak. Jadi perlu kita perbaiki hati kita dengan amalan-amalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.

2. Kepentingan Amalan-Amalan, di dunia dan akhirat.
Gambar Hiasan


Firman Allah: Al-Isra': 13-14
وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا . اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا]
13. dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya Kitab (suratan amalnya) Yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
14. (lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)".


Segala yang kita lakukan pada hari ini, segalanya direkod oleh Allah. Satu pun tidak akan terlepas. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan dan lakukan. Jadilah orang yang beruntung dan berjaya.

Firman Allah: Al-Taubah: 105
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".


Buat amal soleh, jika tidak, maka penyesalan di kubur dan di akhirat.
Gambar hiasan

وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ قَبِيحُ الْوَجْهِ قَبِيحُ الثِّيَابِ مُنْتِنُ الرِّيحِ فَيَقُولُ أَبْشِرْ بِالَّذِى يَسُوءُكَ هَذَا يَوْمُكَ الَّذِى كُنْتَ تُوعَدُ. فَيَقُولُ مَنْ أَنْتَ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِىءُ بِالشَّرِّ فَيَقُولُ أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيثُ فَيَقُولُ رَبِّ لاَ تُقِمِ السَّاعَةَ
Bermaksud: (Hadis Panjang)
......dan datang kepadanya seorang lelaki bermuka hodoh berpakaian hodoh berbau busuk dan dia berkata bergembiralah dengan amalanmu yang buruk, ini adalah hari yang telah dijanjikan. Maka berkata penghuni kubur: Siapakah engkau yang datang dengan wajah yang penuh dengan kejahatan. Berkata pemuda itu: Akulah amalanmu yang keji. Maka berkata penghuni kubur: Wahai tuhanku janganlah engkau datangkan hari qiamat. HR Ahmad:19038, Abu Daud:2301, Disahihkan oleh Al-Albani 


Firman Allah : Fatir: 37
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِير
37. dan mereka menjerit-jerit di Dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah Kami (dari azab ini); Kami akan mengerjakan amal-amal Yang soleh, Yang lain dari apa Yang Kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa Yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa Yang suka berfikir dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) Yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memberikan pertolongan".

Oleh itu jangan bertangguh untuk lakukan kebaikan dan tinggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Masa bergerak dan tidak menunggu kita.


Sambungan.... 
Siri ke 2
Siri ke 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan