Sabtu, 14 Mei 2016

BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 2

Ini sambungan daripada yang lalu.

Berikut adalah penerangan dari wakil syarikat. Di atas meja di food court itu, diletakkan brochur, di dalamnya ada maklumat berkaitan vending machine. Ini sebahagian dari yang saya ingat. 

  1. Perbandingan dengan dengan saham. Kalau masuk ASB, pulangan keuntungan tahunan hanya sekitar 8% hingga 10%. Katakan melabur RM20 ribu, pulangan setahun sekitar RM1,800 hingga RM2,000. Begitu juga jika menyimpan di Tabung Haji. Tentunya kita mahukan pulangan yang lebih jika boleh, tapi itu sahaja yang kita dapat kalau melabur di institusi pelaburan. Bagaimana pandangan anda jika dalam kita melabur, kita mendapat pulangan sehingga 40% setahun?
  2. Ada seorang kontraktor berniaga menggunakan vending machine, pada mulanya satu mesin, tetapi sekarang telah mencapai 5 mesin. Dan pulangan yang dia capai sebulan sebanyak RM16 ribu. Dia dah beli sebuah lori untuk angkut air itn dan telah ada dua orang pekerja khas untuk membuat pembelian secara borong dan untuk mengisi semula vending machine yang telah kosong.
  3. Wakil syarikat juga menceritakan pengalamannya mempunyai mesin urut. Katanya dalam masa setahun 6 bulan lebih kurang, telah mendapat semula ROI, modal yang dilaburkan, dan sekarang wang menikmati sepenuhnya wang keuntungan. Katanya lagi "Kutipan mingguan yang didapati dari dua mesin ialah RM400 lebih kurang. Jadi dalam sebulan dapat lebih kurang RM1200"
  4. Antara kelebihan ambil dengan syarikat ini ialah: 
  • Penghantaran dan pemasangan percuma di tempat pilihan.
  • Surat menyurat meminta kebenaran pemasangan di mana-mana tempat, diuruskan syarikat.
  • Waranti selama setahun sekiranya ada kerosakan melibatkan motor dan ... (satu lagi saya tak ingat)
  • Sekiranya jualan tidak capai 40% dari modal, pertukaran ke tempat baru di tanggung oleh syarikat.
Berapa harga kerusi Urut ni??
Kemudian setelah semua penerangan, wakil syarikat selak mukasurat yang menayangkan tanda harga kerusi urut, tercatat harga RM35,000. Gulp tertelan air liur. Saya bertanya mahalnya!!! Katanya "Harga ni harga tidak promosi, manakala harga promosi ialah RM24000.  "Mak ai" saya sebut dalam hati.

Saya sebenarnya ketika itu, ruang untuk berfikir jadi terhad sebab orangnya dah di depan mata dan saya pula belum solat asar, padahal dah dekat nak maghrib. jadi otak susah nak berfikir secara baik. Saya minta izin pergi solat.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan