Sabtu, 14 Mei 2016

BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 3

Selesai solat saya pun tak banyak fikir dah, saya jawab setuju dengan tawaran yang diberikan, kerana saya optimis bahawa peluang pasti ada. Dan saya doa dalam hati, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah segala urusan selepas ini.

Bayaran muka yang dicadangkan ialah 30% dari harga jual, iaitu RM7,200. Banyaknya... mana nak cekau duit banyak ni, Wakil syarikat tu beritahu bayaran perlu dibuat hari ini juga, kalau tidak harga bukan lagi harga promosi. Adoiii, macam perangkap pula rasanya. wakil syarikat juga mambawa bersama mesin yang boleh swap kad kredit tu. Ermmm... macam nak kena bayar jugaklah nampaknya.

Sekarang kerusi telah di pasang. Iaitu selepas beberapa hari bayaran dibuat.
Ni gambar kerusi yang telah dipasang.

Sekarang saya terfikir boleh ke dapat untung ni. Saya buat kira-kira:

Kalau saya buat loan selama 5 tahun dengan kadar 4% setahun, bayaran bulanan ialah: RM442. Ini bermakna saya perlu membuat jualan/kutipan sebanyak RM800 sebulan jika saya inginkan keuntungan, kerana ada sewaan tapak yang perlu dibayar. Jika tidak, saya tidak akan mendapat pasif income.



Kalau saya buat loan 3 tahun, di bawah ini jadualnya:
Makanya kutipan bulanan yang perlu ialah lebih dari RM1000.00. Adoyai, boleh ker dapat sebulan RM 1000. Macam mustahil jer.

Tapi apa-apa pun target saya ialah sebanyak RM1000.00 sebulan. Moga dipermudahkan, kerana lokasi yang saya pilih tu mempunyai potensi. Ketika saya solat maghrib di masjid yang saya letakkan kerusi saya, saya dapati sof sampai ke belakang di masjid ini. Penuh. Ini di hari biasa, kalau hari cuti, saya tak pasti lah, bagaimana.

Sambungan...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan