Ahad, 12 Januari 2014

Solat Hari Jumaat Sahaja?

solat-jumaat “Kamu solat tak?”, Tanya saya kepada bakal pengantin. Jawabnya “Solat, hari jumaat”. Ini bukan kali pertama saya bertemu dengan jawapan sebegini. Hati menjadi sedih bila mereka ini langsung tidak melakukan solat fardu yang lain. “Ya Allah, bantulah hambamu ini.” Saya menyebut dalam hati.

Seringkali saya apabila bertemu dengan masaalah begini, saya akan bertanya berkenaan keadaan tempat kerja. Adakah tempat yang menyebabkan mereka tidak solat. “Kamu kerja di atas darat atau dalam laut?” Saya bertanya sebegitu, kerana sebahagian mereka bekerja sebagai pengimpal ‘welder’ yang kadang-kala mengimpal dalam laut. “Tidak, di darat.” Jawabnya.

Kalau kerjanya itu, hanya melibatkan di darat dan pada situasi yang boleh dan mudah solat. Saya akan beritahunya lagi, bahawa bumi ini adalah tempat solat. Kamu boleh solat di mana-mana sahaja. Dan berkenaan pakaian pula kalau yang bekerja di syarikat minyak pesisir ini mereka perlu memakai ‘overall’ jadi tiada isu susah nak tutup aurat. Mereka secara automatik memang menutup aurat.

Sabda Nabi: Saya mengambil sepotong dari hadis penuh.

صحيح البخاري - الصلاة - قول النبي (ص) جعلت لي الأرض مسجداً - رقم الحديث : ( 419

Bermaksud:……. Dan dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat solat……... HR Bukhari:419

Jadi jika di tempat kerja tiada ruang khas untuk solat, kita solat di mana-mana sahaja di tempat yang bersih, maksud saya di sini ialah tempat yang tidak bernajis.

Sebenarnya, tempat untuk solat ini bukan isu utama. Bila ditanya lagi, rupa-rupanya mereka tidak pernah dicontohkan oleh ibu dan bapa mereka tentang solat.

DSC_3423 Gambar hiasan sahaja. Diambil dari internet.

Tapi walaubagaimanapun akad nikah diteruskan juga, dengan harapan semua nasihat yang saya berikan tadi semasa khutbah nikah, dapat diamalkan kalau tidak semua pun sedikit sekurang-kurangnya.

Gambar pernikahan yang pernah saya akadkan, saya sebenarnya jarang ambil gambar semasa majlis akad nikah. Kurang sesuai. Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan